Tit Tit Tit Tit
Bunyi mesin degupan jantung membuatkan hati Daniel sayu melihat adiknya terlantar di katil
"Ini semua salah along ibu , along gagal jaga adik " rintih Daniel disebelah katil Qaireen
Daniel menyembam kan muka pada tangan Qaireen yang putih mulus itu , dia menyesal kerana tidak menjaga adiknya dengan baik , dia telah berjanji dengan ibu untuk jaga Qaireen baik2
Tok! Tok! Tok!
Daniel bangun dan membuka pintu wad , terpampang muka Inspektor Zhariel di hadapan pintu
"Boleh saya masuk?" Tanya Zhariel dengan sopan , Daniel menggangguk tanda membenarkan
"Kami pihak polis memohon maaf atas kesilapan dan kesalahan kami " Kata Zhariel dengan kesal , pasti dia akan dimarahi oleh ayahnya balik nanti
"Tak pe lah Inspektor , saya maafkan , saya memahami tugas polis " Jawab Daniel yang masih menatap Qaireen yang tidak sedar lagi
"Nah , ini buah tangan dari saya , tanda terima kasih saya kepada adik encik " Kata Zhariel lalu memberikan sebakul buah tangan yang dibeli tadi
"Terima kasih , susah2 je " balas Daniel menyambut huluran dari Zhariel
" saya balik dulu , selamat malam , maaf mengganggu " kata Zhariel dan keluar dari wad Qaireen , Daniel menggangguk sahaja
Sebelum keluar Zhariel sempat memandang wajah Qaireen yang polos itu , dia tersenyum manis dan berlalu pergi keluar dari hospital
Zhariel menaiki kereta dan meluncur pergi pulang ke rumah
Sampai di rumah banglo 5 tingkat ,
"Assalamualaikum , Zhariel dah balik " kata Zhariel menunduk untuk membuka kasut
"Waalaikumussalam , balik dah anak umi " balas Aina yang ligat menghidangkan makanan atas meja makan
" Ayah mana umi? " Tanya Zhariel sambil berjalan menuju ke arah sofa untuk merehatkan badan setelah lama berkejaran dengan perompak tadi
"Ade kat bilik khas dia la , macam tak biase " jawab Aina lalu mengelap tangan yang basah itu
"Oh , umi Zhariel naik dulu , nak mandi " kata Zhariel lalu memanjat tangga menuju ke bilik , Aina Nasuha hanya menggangguk
Zhariel mencapai tuala mandi dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri
15 minit kemudian ,
Zhariel keluar dari bilik air dengan tuala pada pinggang , memakai baju t-shirt dan seluar tracksuit
Kembali duduk atas kerusi pada meja bekerja , Zhariel menyemak fail rekod jenayah yang berat , ramai anggota polis tidak dapat menyelesaikan teka teki kes jenayah ini
"Apa yang misteri sangat kes ni , hmm" gumam Zhariel membuka helaian demi helaian , tidak sebarang pertunjuk
Sedang rancak meneliti fail , phone Zhariel berbunyi menandakan mesej masuk , Zhariel membuka peti mesej dan baca , Zhariel membuat muka menyampah
YOU ARE READING
The Unknown Wife ✔️
Action' ᴰᴼᴺ'ᵀ ᴶᵁᴰᴳᴱ ᴹʸ ᶜᴴᴼᴵᶜᴱ , ᵂᴴᴱᴺ ʸᴼᵁ ᴰᴼᴺ'ᵀ ᵁᴺᴰᴱᴿˁᵀᴬᴺᴰ ᴹʸ ᴿᴱᴬˁᴼᴺˁ ' Muhammad Iman Zhariel seorang anggota polis yang tegas lagikan bertanggungjawab , Masa dahulu dia mempunyai seorang kekasih bernama Nadine Ellysa tetapi perjalanan percintaan itu tid...