Darren mengeluarkan dagger dari pinggangnya , Mellisa hanya duduk relax di atas kerusi , dia memandang Darren yang asyik membuat aksi yang mengarut .Dia sebenarnya malas nak lawan si Darren ni , Better dia balik rumah layan movie bersama suami tercinta ahaks😂🙌🏻
" nah rasakan ni " kata Darren berlari laju dagger dihayun ke hadapan muka Mellisa , Mellisa bijak dalam serangan itu. Dia mengangkat kakinya lalu menyepak tangan Darren dengan sekelip mata lalu menyebabkan dagger itu terpelanting jauh darinya.
" shit! " marah Darren dengan kuat , Mellisa yang mendengar kata2 itu terus smirk dengan sinis.
" ni je ke serangan kau? Lemah! " dia menumbuk perut Darren lalu Darren tersungkur ke lantai. Dia mengerang kesakitan
" aku malas la layan kau ni , better aku balik rumah manja2 dengan suami baru aku " perli Mellisa menekan perkataan ' suami ' , habis muka Darren menjadi merah terpadam apabila mendengar kata2 Mellisa yang sengaja membuat dirinya terbakar. Dia bangkit lalu menumbuk perut Mellisa dengan kuat , Mellisa terdorong ke belakang kerana leka , Dia meludah darah.
" la baru perli sikit dah koyak? hehe , kau tahu tak suami aku tu hensem , ada sickpack uish menggoda. Terliur aku tengok , kau ada? mesti tak ada kan hahahaha " sindir Mellisa menjeling ke tepi melihat muka Darren. Hatinya panas disindir oleh Mellisa. Dia menumbuk pipi Mellisa tapi dielak dahulu olehnya. Kini giliran Mellisa untuk membuat serangan balas. Dia menendang kepala Darren tetapi dapat ditahan oleh tangannya.
Dush!
Mellisa tidak menyerah lalu menendang dada Darren dengan kuat , Darren terpelanting ke belakang. Habis patah meja dibuatnya. Mellisa mengerut dahi , mukanya seakan - akan menikmati kesakitan yang di alami oleh Darren
" shoot! That's hurt bruh! , hahahahah " ejek Mellisa dari jauh. Darren mengerang kesakitan pada belakangnya. Dia memegang kiri perutnya. Mukanya berkerut seribu.
" wey! Cepat la aku nak balik nak tidur dengan suami aku ni! " jerit Mellisa dari jauh melambaikan tangan. Tiba2 Jeremy memasuki dewan itu dengan lebam2.
" Mellisa- lari- polis- dah sampai- uhuk! " kata Jeremy termengah2 akibat dibelasah oleh konco2 Darren. Mana tak lebam 5 vs 1 kot! Siapa je tak kalah.
" baik! , suruh budak2 lari dulu nanti aku menyusul.. aku nak settlekan dia " katanya menunjukkan ibu jari ke arah belakang. Jeremy menggangguk laju berlari terhincut2. Pada masa yang sama Darren mengambil dagger yang terpelanting tadi. Dia berjalan perlahan menuju ke belakang Mellisa. Dia mengangkat tinggi dagger tepat pada dada Mellisa.
Dia memusingkan badan pada masa yang sama lalu pisau itu tertacap pada bahunya , darah mengalir dengan deras seperti air yang mengalir. Mellisa mengerang kesakitan , dia terundur ke belakang , dia menarik dagger itu dengan kasar , matanya memandang tajam ke arah Darren lalu membuat death spin tepat pada kepala Darren.
Darren tumbang ke tanah. Kepalanya mengeluarkan cairan berwarna merah. Mellisa tersenyum puas. Siren polis kedengaran. Mellisa bertukar menjadi dirinya yang asal lalu kembali memakai dress tadi. Polis merempuh dewan itu.
Qaireen baru keluar dari belakang dewan dengan muka ketakutan. Seorang anggota polis memapahnya ke ambulance , untuk mendapatkan rawatan segera.
Tit Tit Tit
Mesin denyutan jantung berbunyi menyebabkan seseorang terjaga , dia membuka mata dengan perlahan , terlihat Puan Aina , Encik Adam dan Nurin sedang menunggunya.
" u-umi " kalimat yang pertama keluar dari mulutnya itu dapat menarik perhatian sang ibu. Dia terus berlari ke arahnya , dia menggenggam tangan sang anak.
" Zhariel , bangun nak , semua orang risau dekat Zhariel " kata Puan Aina dengan nada sayu. Dia tidak dapat menahan air matanya lalu mengalir deras. Tangisan sang ibu didengari seluruh wad. Encik Adam hanya mampu berdiam diri.
" u-umi m-mana Q-Qai? " tanya Zhariel melihat wajah sang ibu. Dia memaling wajah ke arah kanan. Zhariel ternampak seorang wanita masih lena , bahunya dibalut rapi. Zhariel berusaha untuk bangkit dari katil , dia ingin melihat keadaan Qaireen.
" Zhariel baring , Riel tak sihat tu , tunggu la sembuh " halang Aina menolak perlahan menyuruhnya baring semula , tetapi sikap degil Zhariel siapa sahaja yang boleh halang. Dia tetap bangun lalu berjalan perlahan duduk atas kerusi. Walaupun luka pada bahunya masih baru , itu tidak menjadi alasan untuknya.
Dia mengenggam tangan Qaireen dengan kemas , dia mengusap perlahan rambut2 Qaireen. Dia menyentuh lembut balutan pada bahunya.
" sorry sayang , hubby tak dapat protect sayang dari bahaya , hubby tak layak jadi suami sayang , hiks- " kata Zhariel menitiskan airmata , hidungnya memerah. Adam Hakimi melihat karenah anaknya , dia tidak tahu kenapa dia tidak suka anaknya berkahwin dengannya.
Tiba2 pipi Zhariel terasa hangat , dia membuka kelopak mata melihat Qaireen sedang mengelap airmatanya.
" shush.. awak jangan la nangis , haha nampak macam budak kecik 10 tahun , comel je hidung merah " ejek Qaireen ketawa kecil. Zhariel mencebik.
" hye , hubby dah 27 tahun okay! " Merajuk Zhariel dia memaling wajah ke tepi , tangan disilangkan paras dada.
" memang la umur 27 tahun , tapi perangai tu macam budak 10 tahun haha! , betul tak umi? " kata Qaireen mendapatkan sokongan dari umi untuk menyakat Zhariel. Aina menggangguk tanda setuju. Mereka berdua bergelak sakan dapat menyakat Zhariel yang sedang menangis dalam selimut milik Qaireen.
Dari jauh , seseorang wanita sedang melihat kemesraan antara Qaireen dengan Zhariel.
" aku benci kau Qaireen! , aku harap aku boleh bunuh kau dalam tangan aku sendiri " katanya dengan penuh dendam.
Darren dirawat oleh Alex , kini sudah sedar , tetapi telinga kiri sudah pekak. Dia tidak dapat mendengar hanya dengan bantuan sebelah kanan sahaja.
" kau dah bagi binatang tu makan? " tanya Darren menghembus asap rokok. Alex menggeleng kepala.
" tapikan bang? Asal kau tak bunuh dia dari dulu? Kenapa kau simpan dia sampai sekarang? " tanya Alex dengan keliru. Hujung bibir Darren ternaik sedikit.
" sebab dia akan berguna satu hari nanti " katanya. Alex menggangguk tanda faham walaupun dia tidak tahu makna dari kata2 oleh Darren. Dia berlalu pergi menuju ke bilik bawah tanah. Dia memasuki sebuah ruangan gelap , disitu ada seorang lelaki tua , rambutnya kusut masai , kakinya terikat oleh rantai besi.
" nah makanan kau , makan elok2 jangan gelojoh " pesan Alex lalu beredar. Lelaki tua itu menarik kasar makanan itu lalu makan dengan gelojoh. Alex baik orangnya tetapi yang buatnya jadi jahat adalah Darren.
To be continued....
( uwu , okay tak chapter untuk diornag bertarung , aku tak reti sangat , so ya aku try. Banyak persoalan dalam ni maybe akan terjawab satu hari nanti , jangan lupa vote dah baca kena vote kalau tak vote nanti kena santau oke hahaha jkjk , see ya da🙌🏻❤️ ) #jangan lupa komen🌚🙌🏻
YOU ARE READING
The Unknown Wife ✔️
Action' ᴰᴼᴺ'ᵀ ᴶᵁᴰᴳᴱ ᴹʸ ᶜᴴᴼᴵᶜᴱ , ᵂᴴᴱᴺ ʸᴼᵁ ᴰᴼᴺ'ᵀ ᵁᴺᴰᴱᴿˁᵀᴬᴺᴰ ᴹʸ ᴿᴱᴬˁᴼᴺˁ ' Muhammad Iman Zhariel seorang anggota polis yang tegas lagikan bertanggungjawab , Masa dahulu dia mempunyai seorang kekasih bernama Nadine Ellysa tetapi perjalanan percintaan itu tid...