40 votes + 20 comments
Jeon Jungkook berjalan menuju ke arah kaunter untuk mengambil Seoyun. Berkali-kali tangannya mengusutkan rambutnya sendiri.
"Saya penjaga dia" kata Jungkook kepada akak yang menjaga kaunter itu.
"Sila isi borang ini ya encik" katanya.
Sempat mata Jungkook berpaling memandang ke arah anak angkatnya itu. Cepat-cepat Seoyun mengalihkan wajahnya supaya matanya tidak bertentangan dengan Jeon Jungkook.
Jungkook menanda semua borang yang ada di situ sebelum mengambil Seoyun untuk dibawa pulang.
"Tulah, lain kali, saya cakap tu. Dengar" kata Jungkook sambil memegang tangan Seoyun yang empat tahun muda darinya.
"Maaf" kata Seoyun sambil memandang ke arah lantai.
Jungkook menghela nafas sebelum memandang ke arah pembantunya.
"Sediakan bodyguard untuk Seoyun" kata Jungkook sebelum dia membuka pintu keretanya.
"Eh, tak perlu lah, saya boleh jaga diri sendiri" balas Seoyun.
"Seoyun, awak tu sekarang Jeon Seoyun, jadi keselamatan awak sangat penting" kata Jungkook bersama tangannya masih lagi memegang pintu kereta yang sudah terbuka itu.
"T-tapi"
"Masuk" arah Jungkook.
Seoyun tidak membantah dan dia terus masuk ke dalam kereta.
Jungkook mengeluh kecil sebelum dia menekan kuat poket seluarnya yang berisi 'lucky charm' nya
"Encik Kang" Jungkook memanggil pembantunya yang sedikit berumur itu.
"Iya?" balasnya.
"Ambil ni, tolong carikan tangkal yang lebih kuat, untuk saya dan Seoyun" kata Jungkook sambil menghulurkan tangkalnya yang dibawa keluar daripada poketnya.
"Baik tuan muda" balasnya.
Jeon Jungkook terus masuk ke dalam keretanya dan kereta itu terus bergerak menuju ke rumah.
Encik Kang mengeluh kecil. Bukannya dia tidak kenal perangai Jeon Jungkook itu, dia telah menjaga jejaka itu sejak kecil.
Mungkin Jungkook terlihat perangainya yang gila-gila sedikit dan comel, namun jika dia dalam keadaan yang merisaukan tentang orang lain, terus berubah perangainya menjadi 'overprotective'
Teringat pula kejadian dua tahun lepas ketika ibu Jeon Jungkook jatuh sakit, dia habiskan dua minggu di sisi ibunya, ibunya mahu ke mana-mana pun Jungkook berkeras mahu buatkan.
Makan, minum semuanya Jungkook uruskan. Itulah, Jeon Jungkook. Dia tidak pernah kecewakan orang yang dia sayang.
Encik Kang memandang ke arah tangkal yang diberi oleh Jeon Jungkook tadi. Sudah hampir enam tahun Jungkook tidak menukar tangkalnya.
Kejadian dia hampir mati akibat dihempap papan tanda itu, dia masih tidak mahu menukar tangkal. Tapi, hari ini dia mahu menukarnya
Jungkook cuma akan menukar tangkalnya jika dia merasakan yang dia perlukan tangkal yang lebih kuat.
☆☆☆☆
Jeon Jungkook memandang ke luar tingkap kereta. Tiada siapa yang bersuara dari tadi.
Si Kucing itu pun cuma duduk di peha Seoyun dengan senyap.
"Awak pergi sekolah, selalunya naik apa?" soal Jungkook.

ANDA SEDANG MEMBACA
Lucky Fluke
Fanfiction▪︎Anda percaya kepada ramalan nasib atau anda lebih percayakan fakta?▪︎ Warning : Jungkook low key sugar daddy🌹 No Mature Content🚫 A little bit romance ✔ Extra comedy ✔ 🔹️Banyak ilmu tentang perkembangan ekonomi dunia🔹️