2: Anak

736 160 175
                                    

40 votes + 30 comments

"Tuan muda, tolong bawa bertenang" kata pembantu lelaki itu.

"Kemas baju sekarang!" teriak Jungkook dengan nada yang tinggi.

Jeon Jungkook mula mengemas baju-bajunya untuk dimasukkan ke dalam beg bajunya.

"Tuan muda nak pergi ke mana?" soal lelaki tua itu.

"Rumah nenek" kata Jungkook.

"Kenapa? bukan ke lagi selamat kalau duduk dekat rumah je?" soal lelaki itu lagi.

"Saya akan mati harini, saya nak pergi ucapkan selamat tinggal dekat semua keluarga saya" kata Jungkook.

"Urm, tuan muda, itu cuma ramalan, bukannya pasti akan terjadi" lelaki itu memberi nasihat kepada Jungkook.

"Ingat tak tahun lepas yang saya hampir mati akibat di hempap dengan besi bila tiba-tiba gempa bumi berlaku. Tu semua sebab waktu pagi, kita terjumpa kucing hitam" kata Jungkook.

"T-tapi tuan--"

"Kemas sekarang, saya sementara tengah bersiap sedia mental untuk mati di usia 23 tahun ini" kata Jungkook sambil mencapai kalung bertuahnya yang terletak di atas tilamnya.

"Tuan muda, percayalah kata saya, tu cuma ramalan, tak perlu percaya sangat" pujuk lelaki tua itu lagi.

"Oh ya! saya perlu tulis wasiat untuk pembahagian harta-harta saya" Jungkook terus-menerus membuat rancangan supaya dapat mati dengan tenang.

"Saya nak mati dekat tepi pantai"

"Ah, sebelum mati saya nak makan ayam goreng"

"Tuan muda, tolong bawa bertenang" kata lelaki tua itu dengan penuh prihatin.

☆☆☆☆

Kereta milik keluarga Jeon bergerak dengan kelajuan normal di atas jalan raya untuk menuju ke rumah neneknya.

"Ah, nampaknya lepas ni, tak ada pewaris keluarga Jeon" Jungkook yang berada ditempat duduk belakang mula mengeluh kecil sambil menyandarkan kepalanya pada cermin tingkap kereta itu.

"Tuan muda.." lelaki tua itu sudah penat memberitahu Jungkook bahawa semuanya kan baik baik sahaja walaupun ada pinggan pecah yang dikatakan akan membawa nasib malang.

Tiba-tiba sahaja kereta mewah itu membrek secara mengejut membuatkan Jungkook hampir terjatuh daripada tempat duduknya.

"T-tuan, maaf ada kucing dekat depan tadi, tu yang berhenti" kata pemandu kereta itu.

Belum sempat Jungkook mengatakan apa-apa, tiba-tiba sahaja sebuah papan tanda iklan jatuh betul-betul di hadapan kereta itu.

Tipulah jika mereka tidak terkejut. Kalau kereta tidak berhenti tadi, papan tanda tersebut akan menghempap kereta mereka.Pengakhirannya mereka akan mati bersama.

Jeon Jungkook keluar daripada perut kereta sementara pembantunya mendail pihak bomba untuk melaporkan hal ini.

Jeon Jungkook mencari kelibat kucing yang melintas tadi. Adakah kucing itu mati akibat dihempap oleh papan tanda tersebut.

"Meow" perlahan-lahan kucing itu keluar dari bawah kereta Jeon Jungkook.

Sah! Jeon Jungkook sepatutnya mati tadi, tetapi kucing itu telah menyelamatkannya daripada nasib buruk itu. Kucing itu membawa nasib baik!

Baru sahaja Jungkook ingin menyentuh kucing comel itu. Kucing itu terlebih dahulu berlari meninggalkan Jungkook.

"Tunggu!" jerit Jungkook sambil mengejar kucing itu.

Lucky FlukeWhere stories live. Discover now