BAB 1 - PERTANDINGAN

199 16 0
                                    

Seoul National Universiti yang dikenali dengan singkatan nama SNU ini telah menjadi pilihan utama orang Korea kerana ia juga digelar sebagai Universiti Havard Korea

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seoul National Universiti yang dikenali dengan singkatan nama SNU ini telah menjadi pilihan utama orang Korea kerana ia juga digelar sebagai Universiti Havard Korea. Malah, hanya mereka yang dikategorikan sebagai bijak pandai saja yang layak untuk menuntut di sini. Oleh itu, ujian untuk lulus masuk SNU sangat susah dan mencabar. Mana tidaknya, status mereka yang belajar di sini menjadi tinggi dan disegani netizen di Korea. Mereka juga automatik digelar cerdik dan bijak sebaik saja mendaftar diri sebagai mahasiswa di sini. Senang cerita, orang Korea pasti tabik hormat kepada penuntut SNU. Ramai juga bintang K-POP dan pelakon popular di Korea yang belajar di sini. SNU telah dibuka pada Oktober 1946 dengan mempunyai jumlah pelajar lebih 30,000 dan kakitangan serta pensyarah yang mencecah 2178 orang. Universiti terbesar ini menawar pengajian dalam bidang undang-undang, kedoktoran, Seni, Pengurusan Perniagaan, Sains, Sains Sosial, Muzik, Engineering, Agriculture, Pendidikan dan banyak lagi.

Park Jihyo sedang berada di Taman Keukenhof , Seoul National Universiti. Dia kelihatan begitu tenang sambil menikmati keindahan pelbagai variasi bunga di taman itu.

   “Wah, udara disini sungguh segar!”, kata Jihyo, dia menghembuskan nafasnya dengan penuh nikmat.

   Dia berjalan di sekitar taman itu lalu kemudiannya duduk di atas bangku yang berdekatan. Dia terus mengeluarkan sebuah nota kecil yang penuh dengan lirik lagu-lagu yang ditulis olehnya sejak tahun pertama di SNU.

   “Aaaaa... Aku hampir menyelesaikan lirik lagu ini. Aku akan menghabiskannya pada hari ini juga.”, kata dia dengan penuh tekad.

   “I don't know...”, dia berhenti seketika.

   “I don't know 'bout you... But I get butterflies... Modeun neukkim tteollim songil... First time, first time...”, nyanyi Jihyo sambil mengubah frekuensi tingkat suara.

Dia yang sedang leka mencuba pelbagai teknik nyanyian terus terperanjat apabila disapa oleh Im Nayeon.

   “Ya , Jihyo-shi. Apa yang sedang kamu lakukan? Aku boleh mendengar suaramu dari tingkat bawah.”, kata Nayeon sambil berjalan ke arahnya bersama Yoo Jeongyeon. Mereka berdua ketawa kecil.

  “Jinjjayo?”, tanya Jihyo, malu sambil memerhatikan sekeliling.

   “Wah, aku sangat terpegun! Kamu dapat menyanyi dengan nada falseto dan juga head voice dengan baik.”, puji Jeongyeon. Dia menghulurkan air coklat kepada Jihyo.

Jihyo tersenyum manis.

   “Gomawo.”, ucap Jihyo.

Nayeon membaca buku nota kecil milik Jihyo.

   “First time? Daebak, lirik lagunya juga sangat bagus.”, tanya Nayeon sambil memandang ke arah Jihyo.

C A M P I N GWhere stories live. Discover now