BAB 2 - PERJALANAN KE GUNUNG BUKHANSAN

91 15 0
                                    

Setelah memenangi Pertandingan Lagu Pilihan yang lalu, kesembilan mereka merasa semakin yakin untuk menyertai pelbagai pertandingan seterusnya. Walau bagaimanapun, mereka akan bercuti di Gunung Bukhansan sempena hadiah kemenangan mereka tersebut.

(SEHARI SEBELUM PERJALANAN BERMULA)
    
     “Kring! Kring!” notifikasi telefon pintar Dahyun berbunyi. Dahyun yang masih baring di atas katil terus mencapai telefonnya dengan tidak bersemangat.

     “Mwoya? Bukankah hari ini hari Ahad? Aaaaa... Aku mahu tidur sepanjang hari.” tanya Dahyun kepada diri sendiri. Dia menggaru kepalanya sambil menguap.

     Dia membuka kekunci telefon pintarnya lalu terkejut melihat 14 panggilan suara yang terlepas dari Tzuyu. Dia terus membaca pesanan dari Tzuyu.

[TZUYU] Dahyun-Shi , mengapa kamu masih belum bangun? Tidakkah kamu ingat bahawa kamu akan menemani aku dan Chaeyoung hari ini untuk membeli barang?

[TZUYU] Bangun!!! Bangun!!!

Dahyun terkejut.

     “Aduh, aku terlupa!”, keluh Dahyun, memukul kepalanya dengan perlahan.

Dia memandang tajam ke arah jam digital di atas meja di sebelah katilnya.

     “Kau?! Aku sudah menetapkan penggera tetapi kenapa kau masih tidak berbunyi?” tanya Dahyun, geram.

Dia terus mencapai jam tersebut.

Dahyun terkedu seketika melihat jam digitalnya tidak bergerak. Dia berasa begitu hampa.

     “HUAAAAAA!!! Wae aku yang selalu bernasib malang? Wae?”, keluh Dahyun, dia berjalan lemah ke bilik air.

▄▀▄▀▄𝙱𝙰𝙱𝙰𝙺 𝚂𝙴𝚃𝙴𝚁𝚄𝚂𝙽𝚈𝙰▄▀▄▀▄▀

Masing-masing dibahagikan tugas untuk membeli barang keperluan. Mina, Dahyun, Chaeyoung dan Tzuyu membeli snek, minuman dan barang kering yang lain manakala Momo, Sana dan Nayeon pula membeli makanan basah seperti daging, ayam dan sebagainya. Jeongyeon dan Jihyo pula ditugaskan untuk membawa peralatan tambahan yang akan digunakan semasa perkhemahan nanti.

▀▀▄▀▄𝙱𝙰𝙱𝙰𝙺 𝚂𝙴𝚃𝙴𝚁𝚄𝚂𝙽𝚈𝙰▄▀▄▀▄▀

(HARI PERJALANAN BERMULA)

Mereka semua sedang berkumpul di hadapan dewan untuk menunggu ketibaan bas yang akan membawa mereka ke tempat perkhemahan nanti. Kehadiran JYP seonsaengnim dan SunMi seonsaengnim memecahkan kesunyian.

Jihyo merapati mereka. Dia memberi tunduk hormat sebelum mengajukan soalan.

    “Seonsaengnim, mana bas kita ni? Rasanya dah agak lewat.”, tanya Jihyo sambil melihat ke arah jam telefon bimbitnya.

     “Pemandu bas telah menghubungi saya sebentar tadi. Dia akan tiba dalam beberapa minit sahaja lagi.”, jawab SunMi seonsaengnim dengan lembut.

Jihyo mengucapkan terima kasih lalu kembali ke arah kawan-kawannya.

Mereka kelihatan buntu.

Bas yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Masing-masing menyimpan barang sebelum mengambil tempat duduk.

     “Huaaaa!!! Akhirnya aku dapat berehat.”, kata Dahyun, menggeliat kecil. Dia terus mencapai selimut dan menutup matanya.

     “Ya?! Kenapa kamu tidur? Hari masih lagi terang benderang.”, tanya Tzuyu sambil menarik selimut Dahyun.

     Dahyun berasa tertekan.

     “Tzuyu-shi, tidak bolehkah kalau sehari kamu tidak bercakap dengan aku?”, tanya Dahyun. Dia menarik semula selimutnya tadi.

C A M P I N GWhere stories live. Discover now