BAB 5 - DARAH

43 4 0
                                    

Hari sudah berganti. Malam dimana matahari tidak kelihatan sekarang mulai terbit. Mereka semua bangun awal dan selesai mengemas barang masing-masing untuk pulang.

"Cepat!", jerit Momo, dia berada di hadapan sekali.

Mina dan Chaeyoung sedang menenangkan Sana yang kelihatan seperti mayat hidup. Dia masih trauma dengan apa yang berlaku semalam.

Jeongyeon menggigit kukunya. Dia berjalan berulang alik memikirkan sesuatu.

"Nugu?", tanya Tzuyu. Dia melihat seseorang di balkoni vila.

Mereka semua memandang ke arah balkoni.

"Seonsaengnim...? Itu SunMi seonsaengnim!", kata Dahyun. Dia melambaikan tangannya ke arah SunMi seonsaengnim.

Tiba-tiba, keluar seseorang dari belakang SunMi seonsaengnim. SunMi seonsaengnim menoleh ke arahnya.

Rambut SunMi seonsaengnim ditarik dengan kuat. Dia menjerit kesakitan.

"Kalian cepat keluar dari tempat ini!", jerit SunMi seonsaengnim dengan kuat.

Mereka semua berasa semakin takut. Masing-masing berpelukan antara satu sama lain.

"Lari...!", jerit SunMi seonsaengnim lagi. Dia memandang ke arah anak-anak murid sambil tersenyum.

"AaaAaaaaAaaaaarghh..."

Kata terakhir dari SunMi seonsaengnim sebelum jatuh ke tanah. Percikan darah berselerak disekitar dinding vila tersebut.

Jeongyeon meraung menangis dan hendak berlari ke arahnya tetapi dipeluk oleh Tzuyu. Tzuyu menghalangnya bertindak di luar kawalan.

"Unnie, jangan!", kata Tzuyu sambil memeluk Jeongyeon.

"Yeorobun, bertenang!", kata Jihyo.

"Apa-apapun kita mesti kekal bersama. Mungkin kita tiada pilihan lain kecuali menempah maut untuk terus hidup. Pastikan kita sentiasa melindungi diri sendiri terlebih dahulu.", kata Jihyo lagi. Dahyun menghampirinya lalu menunjukkan sesuatu. Dia mengangguk kepala seolah-olah ada sesuatu yang ingin disampaikan.

"Lebih baik kita berpindah ke tempat yang lebih selamat sekarang.", kata Dahyun. Dia meminta agar kawan-kawannya mengikutinya.

"Dimanakah kamu menemuinya?", bisik Jihyo kepada Dahyun.

▀▄▀▄▀▄▀▄FLASHBACK▄▀▄▀▄▀▄▀

Dahyun, Chaeyoung dan Tzuyu masuk ke dalam vila untuk mencari botol ajaib. Sewaktu sedang sibuk mencarinya, Dahyun terjumpa sehelai kertas di belakang gambar yang tergantung di dinding. Kertas tersebut merupakan peta di sekitar kawasan vila.

Dia menyangka bahawa kertas tersebut merupakan petunjuk JYP seonsaengnim pada mulanya. Akan tetapi setelah dikenalpasti, kertas tersebut kelihatan begitu usang dan kuno.

Dahyun terus melipat peta tersebut lalu menyimpan di dalam sakunya tanpa pengetahuan Chaeyoung dan Tzuyu.

▀▄▀▄▀▄Babak Seterusnya▄▀▄▀▄▀▄

"Adakah tempat ini benar-benar selamat?", tanya Nayeon. Dia membersihkan tempatnya sebelum duduk.

"Jangan risau, sekarang kita berada jauh dari vila.", jawab Tzuyu.

Kesembilan mereka sekarang berada di sebuah pondok usang di hutan yang amat jauh dari tapak perkhemahan.

"Persoalannya, bagaimana kamu menjumpai pondok ini, unnie?", tanya Tzuyu kepada Dahyun.

Dahyun menghulurkan peta kepada Tzuyu. Nayeon, Sana, Momo, Chaeyoung dan Mina merapati Tzuyu.

"Peta?" tanya Mina, ringkas.

C A M P I N GWhere stories live. Discover now