Tzuyu berjalan mendekati singki air yang terletak tidak jauh dari vila tersebut. Dia hendak membasuh mukanya. Langkahnya terhenti seketika setelah mendengar bunyi dentuman yang amat kuat di dalam vila tersebut.
Tzuyu kecut. Dia mengundurkan langkahnya sambil menutup telinga dengan kedua-dua belah tangannya.
Tiba-tiba, bahu Tzuyu di pegang oleh seseorang. Dia menoleh pantas.
"Aaaaaaa....!", jerit Tzuyu. Dia terperanjat melihat SunMi seonsaengnim.
"Are you okay, Tzuyu?", tanya SunMi seonsaengnim. Dia menghulurkan tangannya.
Tzuyu mencapai tangannya dengan lemah. Beberapa orang kawannya terbangun dari tidur setelah mendengar bunyi jeritan tadi. Mereka keluar dari khemah dengan segera.
"Waeyo? Apa yang berlaku?", tanya Mina. Dia merimaskan rambutnya dengan penuh anggun.
"Eonnie, kamu masih kelihatan cantik walaupun baru bangun tidur.", puji Chaeyoung terpesona melihat Mina.
Mina hanya tersenyum manis.
"Aigoo...! Tzuyu lagi.", kata Dahyun yang baru keluar dari khemah kembali masuk ke dalam untuk menyambung mimpinya. "Kenapa dia sering menggangu masa rehat ku?", tambahnya lagi , perlahan sebelum melelapkan mata.
Tzuyu gementar. Dia kelihatan pucat.
"Tidak ada apa...", balas Tzuyu kepada SunMi seonsaengnim. Dia terus membasuh mukanya.
Tzuyu melihat vila tersebut. Dia berasa tidak sedap hati.
"Perlukah aku memberitahu mereka?", tanya hati kecil Tzuyu. "Ahh...! Tidak perlu, itu mungkin hanya perasaanku.", kata hati kecilnya lagi.
▀▀▄▀▄𝙱𝙰𝙱𝙰𝙺 𝚂𝙴𝚃𝙴𝚁𝚄𝚂𝙽𝚈𝙰▄▀▄▀▄▀
Semua pelajar dan guru bersiap-siap untuk aktiviti seterusnya. Mereka akan bermain sebuah permainan yang dikenali sebagai 'Kembara Harta Karun' , dimana mereka akan dibahagikan kepada 3 kumpulan berdasarkan warna khemah masing-masing. Mereka mestilah mencari benda yang dikehendaki berdasarkan hint-hint yang diberi.
Kumpulan yang memperolehi banyak mata akan mendapat hadiah istimewa sewaktu makan malam nanti.
Tempat pencarian pula tidak melebihi 5km dari tapak perkhemahan serta di kawasan vila sahaja.
"Baiklah, sebelum kita memulakan aktiviti kita pada hari ini, cikgu ingin mengingatkan bahawa sentiasa berjaga-jaga. Jika ada sesuatu berlaku terus hubungi saya atau SunMi seonsaengnim dengan segara!", kata JYP seonsaengnim.
"Jangan pergi tempat terlalu jauh dari tapak perkhemahan kita!", tambahnya lagi sebelum mereka memulakan misi.
▀▄▀▄𝙱𝙰𝙱𝙰𝙺 𝚂𝙴𝚃𝙴𝚁𝚄𝚂𝙽𝚈𝙰▄▀▄▀▄▀
Jeongyeon, Jihyo dan Mina mencari di sekitar anak sungai. Mereka bergegas ke sana bukannya menyelesaikan misi malah seronok bermain air.
Jeongyeon sengaja menepis air ke arah Jihyo.
“Ya, Jeongyeon-shi!”, kata Jihyo kepada Jeongyeon. Dia mengejar Jeongyeon lalu membalas serangan.
Mina ketawa melihat kerenah mereka.
Jeongyeon berlari ke arah Mina lalu menyorok di belakangnya.
“Berhenti! Aku sudah penat.”, kata Jeongyeon, dia ketawa.
Jihyo berpura-pura menuruti kata Jeongyeon.
“Baiklah, aku juga penat.”, kata Jihyo. Dia menepis air ke arah Jeongyeon setelah dia bergerak ke arahnya.
YOU ARE READING
C A M P I N G
Mystery / ThrillerMengisahkan 9 orang pelajar terpilih mengikuti suatu kem di Gunung Bukhansan , Seoul bersama dua orang guru yang turut mengiringi mereka ke sana. Perkhemahan yang penuh dengan keceriaan bertukar menjadi tragedi berdarah apabila tubuh JYP seonsaengni...