Hujan turun dengan renyai. Hampir semua dari mereka telah terlelap akibat keletihan.
Jeongyeon berada diluar pondok sedang menghisap sebatang rokok. Asap rokok berterak terkepus-kepis.
Jihyo keluar dari pondok tersebut lalu menghampirinya. Dia terbatuk-batuk akibat terhidu asap rokok Jeongyeon.
‘Ukhh... Ukhh...’
Jihyo pun mencapai rokok dari tangan Jeongyeon lalu membuangnya ke tanah. Dia memijak puntung rokok tersebut. Jeongyeon hanya ketawa kecil.
“Apa yang kita akan lalukan sekarang?”, tanya Jihyo, dia menatap Jeongyeon dengan serius.
“Aigoo... Kita semua akan mati, tiada pilihan lain.”, balas Jeongyeon, dia hanya mengusik Jihyo.
“Yaaa...!”, jerit Jihyo. Dia memukul punggung Jeongyeon. Mereka berdua ketawa.
Jeongyeon memberi isyarat senyap agar tidak membangun kawan yang lain.
“Aku juga tidak pasti, apapun aku harap agar semua kuat dan mampu bertahan buat masa ini.”, kata Jeongyeon dengan penuh tekad.
Jihyo hanya mengangguk kepala.
“Aaa... bercakap pasal mereka yang lain, sebelum aku keluar, aku tidak melihat Dahyun dan juga Chaeyoung.”, kata Jihyo.
“Mereka berdua sedang berada di belakang.”, jawab Jeongyeon sambil memerhatikan kawasan belakang pondok.
“Belakang? Tiada sesiapa pun.”, tanya Jihyo. “Sekarang bukan masa yang sesuai untuk bergurau Jeongyeon-Shi.”, tambahnya lagi.
Jeongyeon menunjukkan sebuah pintu kecil yang terletak di atas tanah tetapi dihalangi oleh beberapa buah tong buruk dan tayar terpakai.
“Ada apa dengan pintu itu? Aku bertanya pasal Dahyun dan Chaeyoung.”, tanya Jihyo. Dia pasrah bercakap dengan Jeongyeon. Dia menggaru-garu kepalanya.
“Aigoo...”, keluh Jeongyeon pendek lalu mendekati pintu tersebut. Dia menarik pintu itu.
“Tidak mungkin?! Ada lubang di situ!”, kata Jihyo dia mendekati lubang itu.
Jeongyeon menggeleng kepalanya.
“Aigoo... Aigoo... Pabo-ya! Ini bukan lubang, ini kawasan bawah tanah. Jom masuk sebelum kau tanya macam-macam soalan.”, kata Jeongyeon sambil menarik tangan Jihyo dan membawanya masuk ke dalam ruangan bawah tanah itu.
Mereka berdua turun ke ruangan bawah tanah itu. Dahyun dan Chaeyoung menyapa kehadiran mereka.
“Unnie!”, sapa Chaeyoung. “Ppalli... Ppalli...”, tambahnya lagi sambil menarik tangan Jeongyeon.
“Lihat ni.”, kata Dahyun. Dia menunjukkan suatu simbol di atas peta tersebut.
“Kunci? Ini pula hati? Dan yang ini ‘out’? Apakah semua ini aku tidak mengerti.”, tanya Jeongyeon.
“Haa... Berdasarkan diskusi aku dan Chaeyoung, kami yakin bahawa semua simbol yang berada di atas peta ini merupakan petunjuk.”, terang Dahyun dengan teliti.
“Petunjuk?”, tanya Jeongyeon lagi, ringkas.
“Jadi... Kalau begitu, simbol ‘=’ ini merupakan petunjuk bahawa kawasan tersebut memiliki dua ruangan?”, tanya Jihyo pula, dia cuba untuk merungkai teka-teki Dahyun dan Chaeyoung.
“Tepat!”, jawab Chaeyoung. “Aku tidak sangka Jihyo unnie begitu pantas sekali menangkapnya.”, puji Chaeyoung lagi.
Mereka berempat terus berbincang dan membuat beberapa perancangan awal sehingga tiada seorang pun yang sedar akan mereka yang sedang nyenyak tidur di pondok.
YOU ARE READING
C A M P I N G
Gizem / GerilimMengisahkan 9 orang pelajar terpilih mengikuti suatu kem di Gunung Bukhansan , Seoul bersama dua orang guru yang turut mengiringi mereka ke sana. Perkhemahan yang penuh dengan keceriaan bertukar menjadi tragedi berdarah apabila tubuh JYP seonsaengni...