BAB 25

51 0 0
                                    

"LEPAS!!!" Jeritan Fathina memecah kesunyian rumah itu. Tubuhnya tergerak kuat. Matanya terbuka luas memandang siling. Peluh renek membasahi dahinya. Suasana bilik gelap hanya diterangi cahaya lampu yang pudar disudut katil.

Tiba-tiba pintu biliknya terbuka luas. Wanita berusia 50an melangkah masuk dengan laju menuju ke katil Fathina dengan wajah cemas. Dia mendapatkan tubuh anaknya yang sedang duduk dikatil.

"Kakak...sabar kakak.. kakak mengigau lagi ni...sabar ye, sayang.." Rosnah memujuk anak perempuannya itu sambil memeluk tubuh kecil Fathina. Sudah banyak kali Fathina mengigau begini, jeritannya hampir setiap malam membuatkan dia dan suaminya susah hati.

Fathina membalas pelukan ibunya. Hatinya menangis akhirnya terbit jua pada nyatanya. Air mata membasahi pipi dan baju ibunya.

Setiap malam, mimpi ngeri sentiasa menghantuinya. Wajah Huzair yang menyakitkan hati sentiasa hadir dalam mimpinya. Dia masih belum mampu melupakan apa yang telah berlaku. Mungkin tidak akan melupakan sampai bila-bila!

___________________________________________

SUASANA pagi ini kelihatan tenang. Dari atas, sepasang mata memandang jauh ke bawah sambil memerhatikan manusia lain yang sedang berjalan membawa langkah masing-masing. Terlihat kecil dimatanya. Kemudian dia mengalih pandangan pada langit yang semakin cerah. Burung-burung mula berterbangan mencari rezeki yang telah ditetapkan oleh yang Maha Pencipta.

Nia berpaling ke dalam rumah apabila perasan kelibat Lisa yang sedang berjalan. Lisa menghampirinya.

Nia mengukir senyum. Lisa membalas senyuman nipis. Dia mengambil kesempatan melihat permandangan dari beranda. Nia membiarkan Lisa mengambil angin pagi. Memang indah suasana disini ketika waktu pagi. Dia sangat rindukan suasana begini sewaktu bersama Fathina.

"Akak.. Lisa nak tanya.."

Nia mengangguk kecil sambil merenung mata Lisa menunggu soalan.

"Lisa dengar masa akak berbincang dengan uncle nak ambik Lisa balik. Akak setuju untuk bayar duit 20 ribu dekat dia? Betul ke apa yang Lisa dengar?"

Nia menarik nafas dalam. Dia tidak menjawab. Otaknya mula ligat berfikir, dimana dia mahu cari duit yang belum cukup. Jika ikutkan, dia cuma ada simpanan lebih kurang 10 ribu.

"Akak.. Lisa minta maaf kalau..."

"Lisa tak salah. Yang salah, akak. Biar akak yang tanggung kesalahan akak ni. Akak yang bodoh! Biar akak yang terima hukuman dari apa yang akak sendiri dah buat!" Nia memintas kata-kata Lisa. Nadanya sedikit tegas. Dia kesal dan marah dengan diri sendiri. Apa yang dilakukan selama ini telah memakan dirinya sendiri!

Lisa terdiam.

Nia meraup rambut dengan kedua tangannya. Dia bertongkat lengan pada tembok beranda sambil memandang tajam ke bawah. Walau sejuta kali dia menyesal, tidak akan mampu kembalikan semula maruah gadis yang tidak bersalah ini.

"Lisa nak tahu kenapa akak buat kerja ni?" Nia bersuara lembut setelah hatinya mula bertenang. Lisa mengangguk ingin tahu.

___________________________________________

"KAU tak boleh buat macam ni. Kau sepatutnya laporkan pada polis. Kalau kau tak laporkan, lepas ni lagi ramai perempuan yang tak bersalah jadi mangsa!" Suara Fathina dihujung talian kedengaran jelas ditelinganya.

"Tapi aku dah taruhkan nyawa kakak aku sendiri. Aku dah bagi alamat dekat apek tu. Kalau aku tak tunaikan janji aku, entah-entah Kak Nurul yang jadi mangsa!" Nia mengurut dahi.

"Nia.. dengar sini. Kalau kau buat report, polis akan serbu tempat tu. Bapak ayam tu pasti akan kena tangkap. Tak ada siapa boleh apa-apakan Kak Nurul." Bidas Fathina.

khilafWhere stories live. Discover now