BAB 7
FATHINA menyangkut anak kunci kereta pada key holder, sandal bertali ditanggalkan dan diletak atas rak kasut. Sambil menanggalkan stokin, suis lampu ruang tamu dipetik. Suasana yang tadinya kelabu, kini terang benderang.
Fathina membawa tas tangan dan berjalan ke bilik sambil dia memetik suis bahagian dapur pula. Memang tidak akan dia biarkan rumah kegelapan bila dia sendirian. Tatkala lampu dapur terbuka, gadis itu tersentak, dadanya berdegup laju melihat Nia sedang tidur ditepi kabinet sinki dengan tin beer yang dikemekkan bergelimpangan dilantai. Gadis itu kelihatan sangat selekeh.
"Beb!" Fathina mengerakkan tubuh sahabatnya. Dua tiga kali digerakkan, akhirnya Nia membuka kelopak mata. Mulutnya menggumam,tangan Fathina masih memegang kedua lengan Nia. Melihat gadis itu seperti sedang mamai, Fathina menggerakkan lagi tubuh itu, tiba-tiba..
Dengan kasar Nia menolak tangan yang sedang memegangnya hingga terduduk gadis itu disitu. Fathina terpinga-pinga, dia merenung Nia yang bangkit dari berbaring. Mata merah Nia merenung tajam padanya.
"Beb..? Kau sedar ke tak ni?" Fathina meninggikan suara.
Nia masih menggumam, langsung tidak difahami Fathina apa yang cuba dikatakan oleh Nia. Fathina mendekati Nia dan memegang kedua bahunya, tiba-tiba Nia meronta dengan kuat.
"Lepas! Lepas!" jerit Nia. Tidak semena-mena Nia mengangkat penumbuk keudara kemudian..
Bukk! Satu tumbukkan singgah ke muka Fathina yang tidak tahu apa-apa, Nia merangkak dengan tergopoh gapah meninggalkan dapur. Fathina yang dalam kesakitan kini bercampur meremang bulu roma melihat sahabatnya berkelakuan pelik. Sudahlah waktu magrib sekarang ini! Fathina membaca ayat kursi berulang kali. Dia berdoa mudah-mudahan itu adalah Nia!
Wajah yang ditumbuk tadi dipegang dengan kedua tangan, Fathina masih duduk dilantai sambil menahan sakit. Tumbukkan Nia boleh tahan berbisa! Luruh air matanya tanpa disedari.
NIA merebahkan tubuh dibalik pintu yang ditutup rapat, perasaan takut tiba-tiba muncul melebihi dari apa yang dia lalui siang tadi. Tumbukkan diwajah Sharol sebentar tadi membuatkan tangannya terasa sakit dan berdenyut. Bagaimana Sharol boleh ada dirumah ini?? Ya, dia tidak salah lihat! Memang Sharol yang cuba memerangkapnya sekali lagi disini!
Nia tiba-tiba meraung sekuat hati, suaranya kedengaran hingga luar bilik.
Fathina mendengar suara raungan Nia, dia bangun dari situ melupakan sakit pada wajah. Pintu bilik Nia cuba dibuka, tetapi berkunci. Daun pintu diketuk-ketuk.
"Beb! Buka pintu ni, Nia!" Fathina sedikit menjerit.
"Pergi! Pergi! Aku benci kau!" jerit Nia.
Fathina bingung. Tak kan sebab buang beer dia nak mengamuk macam ni??
"Beb! Kenapa sampai macam ni??" jerit Fathina lagi.
Nia diam, terdengar suara tangisan keras sahabatnya itu dari luar. Fathina bingung, mahu saja dia pecahkan pintu ini. Tapi kedengaran seperti Nia berada dibalik pintu. Ya Allah! Apa aku nak buat ni?? Mungkin Nia sedang mabuk? Tiga tin dia beer sudah habis, mungkin ke dia mabuk? Kenapa dia cakap macam tu? Kenapa dia nampak takut sangat??
Azan magrib mula berkumandang memecah sepi didalam rumah itu.
SELESAI solat magrib, Fathina menadah doa mengadap kiblat. Doa dipanjatkan kepada Allah, Tuhan semesta alam supaya dilembutkan hati sahabatnya itu untuk berubah. Diberi ketenangan hati dan jiwa kepada Nia, dan menjadikan rumah ini jauh dari malapetaka punca dari air haram yang ada didalam rumah ini. Doa yang tidak pernah dilupakan olehnya selepas solat.
Telekung ditanggalkan, Fathina berdiri dihadapan pintu bilik Nia yang bertentangan dengan pintu biliknya. Tombol dipulas, masih berkunci. Fathina mengeluh, dia berfikir seketika. Fathina berjalan ke meja, mencari anak kunci, siapa tahu Nia tinggalkan kunci bilik diluar. Meja makan yang sedikit bersepah dengan surat-surat dan barang lainnya diketepikan, matanya ternampak segugus anak kunci dihujung meja. Ya! Dia kenal itu anak kunci milik Nia.
Gugusan anak kunci dibelek-belek, yang sama dengan anak kunci biliknya dipegang dan berjalan ke pintu bilik Nia. Perlahan dia mencucuk anak kunci pada tombol, pintu terbuka. Terasa terhalang dibalik pintu, Fathina menolak perlahan hingga pintu terbuka lepas untuk dirinya membolos masuk ke dalam.
Fathina menjeguk kepala pandang ke bawah pintu dibahagian dalam, Nia sedang tidur disitu dengan nyenyaknya. Fathina masuk sepenuhnya ke dalam dan memetik suis lampu bilik. Dalam kerisauan, dia juga berjaga-jaga, bimbang makan penumbuk lagi sekali.
Sebelum itu, dia merenung wajah Nia yang agak sugul, dengan rambut yang kusut menutupi separuh wajahnya. Kenapa dengan kau ni, Nia..? Tiba-tiba kau balik, jadi macam ni? Kalau kau betul marah sebab aku buang air kau, tak kan sampai sanggup tumbuk aku?
Fathina melutut dihadapan sahabatnya itu sambil memerhati keadaan Nia dari atas hingga ke bawah. Tidak ada apa-apa yang tercalar. Fathina menarik nafas dalam dan dihembus kuat. Tak mungkin dia akan mengejutkan sekali lagi, biarlah Nia terus dengan lenanya disitu.
YOU ARE READING
khilaf
De Todokekhilafan tidak akan pergi jika kau sendiri yang tidak menghindarinya..