Untitled Part 9

49 0 0
                                    

BAB 8

NIA membuka mata yang tertutup, terlihat wajah Fathina yang sedang lena dihadapannya. Kepala gadis itu berlapik bantal, manakala dirinya hanya berlapikkan lantai seramik yang terasa sejuk itu. Nia menolak badan bangun dan bersandar dipintu. Dia melihat sekeliling, kenapa aku tidur dekat sini? Nia melihat diri sendiri, pakaian petang semalam masih tersarung ditubuhnya. Barulah dia teringat kejadian semalam, kecuali kejadian waktu magrib itu. Itu langsung tidak datang difikirannya.

"Beb!" Nia mencuit bahu Fathina.

Fathina terjaga, dia seorang yang mudah terkejut dari tidur. Suasana bilik sudah terang dek kerana cahaya matahari pagi mula memancar ke bumi Tuhan. Fathina tenang, dia tidur disini sepanjang malam, selepas solat subuh juga, dia sambung tidur didepan Nia.

"Kau okay ke?" Fathina menggosok mata yang kelabu.

"Apasal kau tidur sini? Apasal aku pun tidur sini?" soal Nia.

"Saja.. kau okay tak ni?" Fathina merahsiakan apa berlaku semalam.

"Aku mabuk ke semalam?" Nia tidak menjawab soalan Fathina.

"Hm.." Fathina membuka ikatan rambut dan mengikat semula supaya kemas.

Nia memerhati Fathina, ada sesuatu pada wajahnya.

"Apa tu?" Nia mendekatkan diri pada Fathina dan memegang wajah sahabatnya itu.

"Auw!" Fathina menepis tangan Nia yang memicit bekas terkena tumbukkan semalam. Air muka Nia berubah.

"Apasal ni, lebam??" Nia meninggikan suara.

"Kau betul tak ingat ke?" Fathina memegang muka.

"Aku tumbuk kau ke??" Nia serkap jarang.

Fathina mengangguk.

"Shit!" Nia terduduk disitu. Tangannya mengusap kasar rambutnya menjadikan rambut panjang itu semakin kusut masai. "Aku minta maaf, beb.. aku tak sedar apa aku buat.." Nia berkata tanpa memandang Fathina.

"Kau kenapa, beb? Semalam kau lain macam sangat kau tahu tak? Kau lari, menjerit suruh lepas bila aku pegang kau, kurung diri dalam bilik. Kau tak pernah macam ni tau, kenapa Nia..?" Fathina menyoal lembut.

Nia menyorok muka disebalik kedua kakinya yang dirapatkan, apa yang dilakukan oleh Sharol sudah menjadi mimpi ngerinya! Sangkanya dia mampu untuk melupakan dan berlagak seperti tidak ada apa yang berlaku, ternyata, sangkaannya meleset. Dia semakin teringat-ingat kejadian itu walaupun belum sempat abang iparnya itu melakukan perkara terkutuk itu.

Fathina pergi disebelah Nia dan merangkul bahu sahabatnya yang meringkuk disitu.

NIA menceritakan segala yang terjadi kepada Fathina. Fathina mendengar dengan perasan geram dan benci. Dia tidak menyangka sedikit pun apa yang sangat dirisaukan telah terjadi pada sahabatnya sendiri!

Nia bersandar dipintu bilik, kepalanya terlangguk pada daun pintu yang tertutup. Dengan ekor mata dia melirik pada Fathina yang bersila disebelahnya dengan wajah terkejut. Hatinya sekarang diganti dengan perasaan dendam. Tahulah nasib kau nanti, Sharol!

"Kerja tak ni?" soal Nia dengan nada tenang.

"Kerja macam mana, ni?" Fathina tunding pada kesan lebam.

Nia menahan tawa, dia memegang wajah Fathina dengan dua tangannya.

"Aku minta maaffff sangat!" Nia bersungguh.

"It's okay lah! Aku M.C lah hari ni.."

"Sakit ke? Nak pergi klinik?"

"Tak payah lah.." Fathina bangun berdiri.

khilafWhere stories live. Discover now