KERUSI roda disorong perlahan menuju ke bilik tidak jauh dari tempatnya tadi. Ayah Fathina memandang ke depan, sesekali dia memeriksa nombor pintu. Dia mencari pintu nombor 5.
Setelah tiba didepan pintu wad no 5, ayah Fathina menolak daun pintu dan melangkah masuk terlebih dahulu sebelum menarik kerusi roda masuk ke dalam.
Fathina mencari katil Nia. Kelihatan Nia sedang membelakangi mereka sambil berdiri menghadap katil. Tangannya bergerak sedang mengemas barang.
"Nia..." Suara ayah Fathina membuatkan Nia berpaling. Matanya terus pada wajah Fathina yang sedang duduk diatas kerusi roda. Wajah gadis itu terlihat sedikit lebam dan ada calar kecil di tulang pipinya. Nia dan Fathina berpandangan.
Nia mengukir senyuman. Fathina turut membalas senyuman. Nia mencapai tangan Fathina lalu duduk dibirai katil. Fathina kekal diatas kerusi roda.
"Korang berbual lah dulu. Abah nak turun makan dulu, boleh kan?"
Fathina mengangguk. Lelaki separuh umur itu melangkah meninggalkan dua sahabat disitu.
"Kau macam mana sekarang?" Soal Nia.
"Alhamdulillah, luaran makin okay.. dalaman makin teruk aku rasa.." luah Fathina, suaranya perlahan. Dia melirik ke katil sebelah. Bimbang pesakit katil sebelah mendengar perbualan mereka. Dia cukup malu dengan apa yang terjadi pada dirinya.
"Aku minta maaf, beb.. aku minta maaf sebab tak jaga kau baik-baik.. aku tak mampu nak lawan dia waktu tu..." Nia menggenggam erat tangan Fathina. Dia tertunduk merenung tangan mereka. Dia betul-betul kesal. Perbuatan Huzair berlegar-legar difikirannya.
"Beb... Aku sepatutnya yang minta maaf dekat kau.. aku bodoh! Aku lebih percayakan dia berbanding kau!" Fathina menekankan suara tetapi dengan nada perlahan.
"Aku tak kisah pasal tu.. itu hak kau nak percayakan siapa. Memang, aku mengaku aku yang warning Zair supaya jangan dekat dengan kau lagi. Aku tahu perasaan kau, siang malam kau huru hara sebab dia tak contact kau.. tapi percaya lah, aku tak nak jadi macam ni lah..."
"Dah lah, please... Aku tak nak cakap pasal dia lagi...tolonglah.." Fathina menggenggam kuat tangan Nia. Dia cukup benci mendengar nama lelaki itu. "Aku datang sini aku nak pastikan yang kau okay.." sambungnya lagi.
"Aku okay .. aku dah boleh discharge harini.." Nia senyum nipis.
Fathina senyum kosong.
"Kau nak balik rumah kita ke?" Soal Fathina.
Nia angkat bahu.
"Mungkin rumah Kak Nurul untuk seminggu ni.." kata Nia.
"Seminggu je? Duduk la situ dulu sementara aku nak balik ke rumah tu balik..." Kata Fathina.
Nia merenung mata Fathina.
"Kau nak balik rumah tu lagi?" Senyuman Nia terukir sedikit lebar.
Fathina terdiam. Apakah dia akan terus tinggal disitu, atau dia akan tinggal dengan keluarganya selepas ini?
_________________________________________
SETELAH siap mengemas barang ditempatnya, kini selesai urusannya. Dia hanya perlu menunggu Nurul untuk datang membawanya pulang. Dia menarik kerusi ditepi katil dan menarik kerusi roda Fathina supaya mengadap padanya.
Nia menarik nafas dalam dan menghela perlahan. Dia sedia untuk mengatakan sesuatu pada Fathina. Seharian dia fikirkan tentang ini.
"Beb... Aku nak cakap sikit.."
Fathina mengangkat kening menunggu ayat seterusnya.
"Kau dah tahu apa kerja aku, kan?"
Fathina berubah air muka. Dia mengetap bibir.
"Kalau kau nak buat report, aku faham.. aku terima...apa pun keputusan kau.. aku terima.." Nia mengangguk-angguk kepala. Walaupun berat untuk mengatakannya.
Fathina mula berbelah bagi.
"Tapi... Aku minta masa sikit.. aku nak cari Lisa dulu. Lepas tu kalau kau nak buat report, kau buat lah.. kalau bukan kau pun, aku sendiri akan serah diri.. tapi, bagi aku cari Lisa dulu..." Kata Nia bersungguh-sungguh.
"Lisa..?" Fathina berkerut dahi. Tiba-tiba dia tersentak. "Ya Allah, Lisa?! Allahuakhbar! Nia... Allah... Kau jual Lisa..?" Fathina seperti tidak percaya. Fathina memegang kepala. Termenung panjang dia dibuatnya.
Serta merta air mata deras turun dari tubir mata Nia. Kekesalan yang tidak ada akhirnya. Bagaimana gadis sebaik Lisa sanggup dia gadaikan.
"Aku tak rasa itu jalan terbaik. Bahaya beb..!" Fathina tetap risaukan sahabanya itu.
"Aku tak ada jalan lain. Aku yang bertanggungjawab. Biar aku yang cari dia."
"No, beb.. tempat tu tak elok untuk kau. Aku rasa lebih baik kau lapor pada polis, biar polis buat kerja.." Fathina tetap membantah.
Nia diam sejenak. Baru dia hendak berkata, Fathina lebih dahulu meletakkan jari telunjuk pada bibirnya sendiri meminta Nia tidak berkata apa lagi.
YOU ARE READING
khilaf
De Todokekhilafan tidak akan pergi jika kau sendiri yang tidak menghindarinya..