BAB 6
BUNYI penggera pada telefonnya mengejutkan gadis yang sedang lena diatas sofa seorang diri. Fathina melihat kiri dan kanan, dia terlena disini semalam rupanya dengan televisyen yang terbuka tidak ditutup.
Jam dilihat, pukul 6 pagi. Tubuhnya menggeliat kecil disitu, kemudian dia bangkit dari situ. Lampu yang terpasang disana sini direnung. Punyalah penakut, sampai semua lampu nak buka.. Fathina membebel pada diri sendiri.
Telefon dilihat sebelum mengangkat punggung dari situ, pesanan terakhir dari Huzair belum sempat dia baca. Spontan bibirnya mengukir senyum lebar membaca kata-kata lelaki itu. Kemudian dia bangun menuju ke dapur terlebih dahulu.
Peti sejuk dibuka, terasa haus pula tekaknya. Susu segar diteguk beberapa kali kemudian disimpan semula. Matanya melirik pada tin beer dirak pintu peti sejuk, dia mendengus. Tiga tin minuman itu diambil dan dibuang ke dalam tong sampah. Sungguh dia benci melihat air itu, entah macam mana Nia boleh meneguk air kencing syaitan itu saban hari?
"Lantak lah, kau nak marah ke, nak maki ke. Kalau kau tak faham juga teguran aku ni, tak tahu lah!" Fathina membebel sendiri. Dia menuju ke bilik air pula.
CAHAYA pagi memancar masuk menembusi tingkap nako biliknya terkena pada wajahnya. Nia berkerut wajah, dia cuba melarikan wajah dari cahaya itu, akhirnya..
"Haishh!" Nia bangun laju dari tidur. Cahaya menyimbah tepat pada tempat tidurnya, dengan hangat badan dan hangat keadaan didalam bilik ini merimaskan gadis bertubuh tinggi itu. Nia bangun keluar dari bilik.
Gadis itu tersentak apabila melihat Sharol sedang duduk diatas sofa dengan hanya mengenakan boxer brieft, tanpa memakai baju. Lelaki itu kelihatan bersahaja tatkala melihat Nia keluar dari bilik.
Nia berjalan menuju ke bilik air. Selepas menggosok gigi, wajahnya dibasuh berkali-kali tanpa mandi. Rambutnya yang panjang disanggul dan dikepit dengan pengepit rambut. Pintu bilik air dibuka. Sharol masih dengan keadaan seperti itu, langsung tidak menukar pakaian walaupun Nia ada dirumah ini.
Nia ke dapur, peti sejuk dibuka mencari apa yang boleh dimakan. Nurul tiada, hari minggu juga kakaknya itu bekerja. Itu yang membuatkan dia terasa malas mahu balik ke sini, keadaan sama juga. Jika dia balik ke sini, dia lebih banyak tinggal berduaan dengan abang iparnya sahaja.
Telur dari peti sejuk dikeluarkan, roti diatas meja diambil dua keping. Cuaca sudah mahu masuk tengahari, dia baru mahu bersarapan. Api dapur dihidupkan, Nia menyediakan bahan sementara menunggu kuali panas.
Sharol masuk ke dapur menuju ke sinki, bersebelahan dengan Nia. Tubuh besar lelaki itu membuatkan Nia berganjak menjauhi Sharol.
"Nak masak ke nak beli makan tengahari?" soal Sharol. Dia mengerling roti yang disalut telur menunggu mahu diletak atas kuali sahaja.
"Beli je lah.." jawab Nia tanpa memandang Sharol.
"Nak tapau ke nak keluar makan?" soalnya lagi.
"Keluar pun boleh, Nia nak balik dah hari ni. Nanti boleh call grab terus.."
"Nak balik dah..? Dengan Kak Nurul pun jumpa berapa kali je.." Sharol berdiri disebelah Nia, hampir dengan gadis itu.
"Tu lah, busy je manjang.." Nia berganjak perlahan.
Sharol melangkah kecil menghampiri lagi apabila Nia berganjak. Nia jadi tidak selesa, roti diatas kuali dibalikkan. Tiba-tiba dia terasa sesuatu pada punggungnya. Memandangkan dia memakai seluar track suit, sentuhan itu jelas terasa.
Nia menoleh laju memandang Sharol, lelaki itu bersahaja. Wajah lelaki itu seolah-olah tidak tahu apa-apa, matanya memandang roti diatas kuali. Nia dengan kembali memandang roti.
YOU ARE READING
khilaf
De Todokekhilafan tidak akan pergi jika kau sendiri yang tidak menghindarinya..