BAB 11
FATHINA mengukir senyum tatkala terlihat Huzair sedang berdiri dikaki lima kedai dibawah apartment. Lelaki itu tadinya memandang telefon ditangan, kini memberi perhatian pada Fathina yang datang kepadanya.
"Hai, sayang.." Huzair senyum manis.
"Hai.." Fathina malu-malu.
"Jom.." Huzair memberi laluan pada Fathina berjalan ke kereta yang diparkir diluar kawasan apartment. Fathina senyum, Huzair semakin tahu menjaga batas perhubungan mereka. Tidak lagi sengaja mahu bersentuhan.
Huzair membuka pintu kereta Honda CR-Z berwarna putih berkilauan, Fathina melopong. Sebelum ini dia hanya melihat Huzair selalu bawa motosikal berkuasa tinggi, kali ini kereta yang mahal pula. Fathina memakai tali pinggang keselamatan sebaik sahaja memasuki kereta.
"Kereta siapa ni?" soal Fathina.
"Saya lah.." Huzair melirik.
Kerja sendiri, banyak juga income dia nih. Motor besar, kereta canggih..
"Kita nak pergi mana?"
"Pergi tasik?" Huzair terangkat kening.
Fathina mengangguk tanda setuju.
NIA keluar dari bilik dan menjeling pintu bilik Fathina yang tertutup rapat, sejak terjaga dari tidur tadi dia tidak melihat Fathina. Mungkin keluar dating awal.. gadis itu berjalan sambil mengambil kotak rokok yang terletak diatas meja, jarinya meraba-raba dalam kotak kecil itu kemudian dia mengintai ke dalam kotak. Nia mengeluh.
Televisyen dibuka kemudian dia membawa diri ke balkoni sambil melontar pandangan jauh ke sana. Cuaca petang ini terlihat baik, masih cerah. Dia cuba menahan rasa ketagihan rokok, sayangnya..
"Haishh!" Nia berjalan ke bilik mengambil beg duit dan menuju ke luar.
Pintu lift terbuka tatkala ditingkat 7, Nia berganjak ke belakang apabila seorang lelaki muda yang mengenakan kopiah putih, berbaju melayu dan berkain pelikat masuk ke dalam lift. Lelaki itu tertunduk tatkala melihat Nia yang berpakaian singlet dan berseluar pendek paras paha, lelaki itu menghadap ke pintu lift.
Telefon milik Nia tiba-tiba berbunyi, panggilan dari Fathina.
"Hello beb! Haa.. oh yeke, okay. Aku tak pergi mana-mana pun, jangan balik lewat tau. K, bye.. wa'alaikumussalam.." antara perbualan Nia yang terdengar ditelinga lelaki itu. Pintu lift terbuka luas dilobi aparment. Nia menunggu lelaki itu keluar barulah dia melangkah keluar.
KERETA berhenti setelah tiba diperkarangan apartment. Jalan tar kelihatan lembab dek kerana hujan yang menyimbah awal tadi dan cuaca yang tadinya mendung kini kembali cerah dengan pancaran matahari yang muncul semula dari sebalik awan.
Huzair berpaling tubuh pada Fathina, masih belum puas dia meluangkan masa dengan gadis ini.
"Awak ada apa-apa nak buat ke lepas ni?" soal Huzair.
"Tak ada apa, tengok tv je lah kot.."
"Kita ambil angin dekat pool dulu, boleh? Saya ada bawa baju spare.." Huzair tunjuk ke tempat duduk belakang.
"Bawa siap-siap eh?" Fathina melepaskan tawa.
"Jom..?" Huzair menunggu reaksi kekasihnya itu.
"Jom lah.."
Huzair tersengih, sebuah beg galas yang tersimpan baju didalamnya dicapai. Memang dia menyimpan niat mahu berenang disini selepas menghantar gadis itu pulang.
CUACA petang kini semakin beransur gelap, kedengaran suara bilal sedang membaca ayat Al Quran dari surau berdekatan sementara menunggu waktu magrib tiba. Kereta milik Nia dikunci dan gadis itu berjalan sambil bermain-main anak kunci kereta ditangannya.
Pass card diimbas sebelum pintu dibuka luas, kakinya melangkah ke lift. Nia berpeluk tubuh sementara menunggu lift terbuka, satu demi nombor bertukar sebelum tiba ditingkat paling bawah.
Tingg! Pintu lift terbuka luas, terdapat dua orang didalam lift yang ingin keluar. Nia panggung kepala memandang orang didalam, dua orang yang amat dikenali. Fathina dan Huzair.
Nia terkaku disitu dan dadanya berdegup kencang tatkala melihat wajah lelaki itu sedang bercakap mesra dengan kawan baiknya sewaktu pintu lift terbuka.
Huzair melihat ke luar setelah pintu lift terbuka dan terpandang Nia diluar. Wajah lelaki itu bersahaja, langsung tiada reaksi terkejut atau terkaku. Fathina yang juga terpandang Nia diluar, tersengih-sengih. Keduanya keluar dari perut lift.
Nia masih kaku disitu, seperti tidak percaya apa yang dilihatnya.
"Beb, ni lah.. Huzair.." Fathina merangkul lengan Nia.
Nia tersedar, dia memandang Fathina dan Huzair silih berganti.
"Hai.." Huzair bersahaja.
"Korang dari mana ni??" Nia menyoal Fathina. Kenapa Huzair dan Fathina berduaan didalam lift?
"Jangan salah faham, kitorang pergi pool tadi.."
"Jom, naik atas!" Nia memegang tangan Fathina dan memandang Huzair dengan ekor mata.
"Eh, kejap. Nak buka pintu dulu.." Fathina tunjuk pass card pada Nia.
Nia berdiri disitu dengan perasaan bercampur baur, dia memerhati gelagat Huzair dan Fathina yang mesra berjalan ke pintu keluar.
BUTANG bernombor 8 ditekan oleh Fathina, dia berpaling pada Nia yang bersandar sambil berpeluk tubuh memandang padanya yang tidak lekang dengan senyuman kebahagiaan.
"Zair tu kelakar kau tahu tak.. dah lah caring, sweet, comel!" Fathina memuji Huzair.
Sebelum ini hatinya tidak terbuka untuk mana-mana lelaki, tapi setelah Huzair muncul, hatinya terbuka luas untuk lelaki itu. Perasaan sayangnya pada lelaki itu melebihi dari segalanya.
Nia hanya memasang telinga, senyuman Fathina sangat berbeza, senyuman yang hanya dapat dilihat apabila sahabatnya itu berbual dengan Huzair didalam telefon atau bercerita tentang lelaki itu.
Fathina merapati Nia lalu dipeluk tubuh sahabatnya itu.
"Dia cakap bila tiba masa, dia nak pinang aku..!" Fathina berkata dan menyembunyikan wajah pada bahu Nia.
Nia tersenyum tawar, dibiarkan gadis itu melentok liuk padanya. Memang begitu Fathina jika dia sedang gembira. Pintu lift terbuka luas ditingkat 4, seorang lelaki terpandang pada Fathina yang sedang mendakap Nia didalam lift sambil tersenyum.
Fathina melepaskan pelukan, dia tersengih-sengih pada lelaki yang memasuki lift. Entah apa yang difikir lelaki itu melihatan keadaan mereka sebentar tadi. Nia tersenyum sedikit sambil melirik kepada Fathina. Gadis itu mengumpul angin didalam mulut menahan malu sendiri.
YOU ARE READING
khilaf
De Todokekhilafan tidak akan pergi jika kau sendiri yang tidak menghindarinya..