Orange Cake

58 4 0
                                    

"Jia bangun cepat!" kejut Yeji dengan paniknya. Mana tak panik satu rumah terlambat, sekali dengan Minghao bangun lambat. Dengan tak sempat sarapan, dia terus kejutkan Yeji dan bergegas keluar meninggalkan rumah. 

"Jia~!" buat kali keberapa dah Yeji menjerit, namun gadis seorang ini masih dalam alam mimpi. "Kejap 5 min je lagi" balas Jia dengan mamai. Yeji terus menarik tangan Jia sehingga gadis itu terduduk "dah pukul 8:00 a.m. la!!" marah Yeji.

"What?!" pantas Jia berlari memasuki kamar mandi bagi mencuci muka. Nasib harini, mereka semua perlu berpakaian sukan, kalau tidak lagi panik nak gosok baju.

.

.

.

~Hyunjin P.O.V~

'Mana pulak dia ni? Takkan tak datang pulak' matanya tidak henti - henti mengerling pagar sekolah dan jam tangan miliknya. Niatnya sengaja nak tunggu Jia di sekolah sahaja, tapi sampai sekarang jangan kata lubang hidung bayang pun tak umpa lagi.

"Hei, kau tunggu dalam kelas je la. Kelas dah nak mula" bahunya dirangkul Han, nak tak nak langkahnya perlahan mengikut ahli yang lain memasuki kelas. 'Dia ni sehari tak buat perangai tak sah kan' rungut Hyunjin dalam hati.

.

.

.

~Jia P.O.V~

Dengan langkah yang besar dan pantas, dua orang gadis ini berjaya berlari memasuki ruangan sekolah tepat - tepat loceng bermula. "Huah! Penat la, boleh kurus macam ni" Yeji memandang pelik ke arah Jia sebelum kepalanya digelengkan perlahan. Badan kecil milik Jia ditolak memasuki ruangan kelas.

"Jumpa rehat nanti" lambai Yeji sebelum perlahan - lahan menuju ke kelasnya.

.

.

.

*Waktu rehat*

Jia memasuki ruangan makan sambil matanya mencari kehadiran Yeji, namun tiba - tiba kepalanya diketuk perlahan dari belakang. "Adui, adab mana hah main kepala lak" balas Jia tanpa menoleh kebelakang, tangannya masih setia menggosok kepalanya yang diketuk tadi. 

"Kau asal lambat pagi tadi?" soal Hyunjin dengan geram, mana taknya dia sudah risau gadis ini sakit ke apa. Mujur Yeji beritahu yang mereka bertiga bangun lewat. Jia hanya balas dengan sengihan, susu strawberry di tangan Hyunjin dirampas sebelum dia berjalan mencari tempat duduk. Ye lah, sudah terang teman lelakinya belikan susu tu untuk dia, takkan untuk korang pulak la kan?

Mereka memilih kawasan yang agak sunyi dan jauh dari pelajar yang lain. Saja nak tenangkan telinga dari jeritan - jeritan manusia di cafe itu. "Hei, awak dengar tak pasal lawatan kem tu?" en.Moon Taeil membuat pengunguman mengenai lawatan sambil belajar di setiap kelas senior. Jia sudah teruja hendak pergi bersama buah hatinya itu. "Dah kenapa?" soal Hyunjin seperti tidak tertarik dengan aktiviti sekoah itu. "Awak pergi tak?" soal Jia dengan mata yang dah bersinar, keterujaanya sudah tidak dapat dibendungkan lagi. "Tak, malas aku. Baik duduk rumah" balas Hyunjin sambil mengerling singkat ke arah Jia.

"Hek eleh, kerek betulkan. Saya tak kira, saya hendak pergi" balas Jia dengan bersemangat. Jelingan dari Hyunjin diabaikan. "Untuk?" jujur lelaki ini malas hendak menyertai aktiviti sekolah. Sudah la tidak bebas, ditambahkan pula kesesakkan dari pelajar. "Biarlah, awak tak nak pergi sudah. Saya boleh ajak yang lain, tambahan pula situ ramai lelaki kacak kyaaa!" terkejut Hyunjin mendengar jeritan kecil milik gadis itu. Pipi tembam milik Jia ditarik perlahan "boleh tahan gatal jugak kau ni, habis sebelah kau ni apa? Aku lagi full pakej la, sixpack semua ada. Nak check? Hah sini" Hyunjin berpura - pura mengangkat baju sekolahnya, Jia menolak kuat badan Hyunjin yang berada agak dekat rapat dengan dirinya.

"Eii, gatal! Pergi main jauh - jauh dekat sana" Jia terus berlari meninggalkan Hyunjin. "Oii, nak pergi mana?" soal Hyunjin dengan memerhatikan perilaku Jia. "Masuk kelas la, tak dengar loceng dah berbunyi nak tunggu en. Jinyoung Park a.k.a JYP~ datang ke?" dengar sahaja nama guru disiplin mereka itu. Segera Hyunjin berlari mengejar Jia.

Berdiri sahaja disebelah Jia, Hyunjin segera merangkul bahu kecil milik gadis itu. "Alaa, kau malu - malu pulak nak tengok roti aku. Cakap pasal lelaki lain tak malu pulak" sekali lagi pipi gadis itu ditarik bagi melepaskan kegeraman. "Sakit la orang tua, tak masalahnya apa main roti - roti ni? Tak cukup ke roti makcik Jimin tadi yang awak makan tu. Cemburu cakap" lidah dijulur kecil sebelum Hyunjin sempat membalas, Jia segera berlari memasuki kelasnya. 'Xu MingJia for real, you need to take a responsible for everything you did to my heart. To every single beat, I won't never let you go till my last breath"







.

.

.

.

.











Hii, how you guys doin'? Nak inform, a few more chapter before ff ni ditamatkan, sebab tak plan pun untuk panjangkan (dan saya kekurangan idea huhuhuhu). Untuk pengetahuan anda, bermula dari chapter ini akan ada a few hint ditinggalkan mengenai ending ff ini. Untuk para penyiasat yang bijak pandai (lagi - lagi bab theory huhuhuhu..TT) tekalah ending-nya nanti ya.

Anyway, #StayAtHome guys

Mr. Overprotective // Hwang HyunjinWhere stories live. Discover now