Sampai sahaja di block junior, kelas Jia dituju. Hyunjin meninjau mencari kelibat Jia. Semua pelajar leka berbual dan duduk melepak dengan kelompok masing - masing, biasa la bila guru - guru bermesyuarat pelajar pun 'mesyuarat' di antara mereka.
Setelah dapat mengesan kedudukan Jia, meja paling belakang milik Jia dituju. Jia kelihatan nyenyak dalam alamnya sendiri, terbantut niatnya ingin mengacau gadis cina itu.
Hyunjin menarik kerusi dihadapan Jia. Pelajar dikelas itu semakin leka dengan perbualan mereka hingga tidak menyedari kehadiran senior mereka. "Korang!! Jom turun padang!! Yoongi 선배 (senior) tengah main basket ball dekat bawah!" dengar sahaja nama senior seorang lagi tu. Laju kaki masing - masing berlari pergi ke padang. Selain Stray Kids terdapat beberapa lagi senior lelaki yang boleh dikatakan kingka juga. Boleh dikatakan batch senior mereka penuh dengan visual yang menarik.
Kelas perlahan - lahan mula kosong, masing - masing sudah mula merayau. Tinggal Hyunjin, Jia dan beberapa pelajar yang lepak di kelas sebelah. Yang pasti itu semua pelajar lelaki yang kurang berminat ambil tahu pasal senior mereka jauh beza dengan pelajar perempuan.
Hyunjin kalihkan semula pandangannya memandang Jia, tanpa disedari terbit senyuman dibibirnya. 'Eii dia ni suka sangat tidur' Jia mula bergerak - gerak terganggu dengan sinaran matahari yang memancar tepat ke mukanya. Hyunjin memandang keluar tingkap sebelum memandang muka Jia yang masih tepejam mata. Diangkat tangannya perlahan - lahan menghadang cahaya matahari dari mengganggu puteri kesayangannya beradu.
YOU ARE READING
Mr. Overprotective // Hwang Hyunjin
Fanfiction"Ini tak boleh, itu tidak boleh ada saja alasan dia. Huh, dah la kuat cemburu" "Jangan rapat dengan mana - mana lelaki selain saya, faham?" #565 - Seventeen #115 - Jongin #4 - leeminho #2 - leeminho 👑👑📜👑👑 JANGAN JADI SILENT READERS!! Please vot...