🔮Bab 5

8 2 0
                                    

"Juliaaaaaa!". Aku menggoncang kerusi Julia penuh excited. Dia yang elok tidur kini terjaga.

"Huh? Apa?". Soalnya mamai-mamai.

"Teka aku dapat apa semalam."

"Dapat apa, apa?"

"Aaa Ziyad bagi aku hadiah. Tahu tak apa! Tahu tak apa!"

"Tak tahu."

"Tadaaaaaaa!" Aku menunjukkan plaster kucing yang Ziyad bagi aku semalam. Tak lupa plaster tu sudah pun aku laminate.

"Plaster??"

Aku mengangguk penuh bersemangat.

"Kau laminate, Safa? Seriously??"

Sekali lagi aku mengangguk.

"Aku tak pernah nampak kau mabuk cinta sampai macam ni sekali.."

Aku tersengih. Selepas itu aku mula menceritakan pada Julia tentang kejadian semalam. Tak lupa aku selitkan kecomelan Ziyad yang bagi aku plaster kucing tu. Shshshhssh.

"Hmm aku bukan tak nak support kau Safa. Tapi kau tengok lah. Dia pun pendiam, macam mana dia nak hadap mulut kau yang bising ni?"

"Apa masalahnya??" Soal ku keliru.

"Orang introvert kan sukakan keamanan. Agaknya kalau lama-lama dia hadap kau, dia aman ke?"

"Hmm.." Aku memegang dagu dan berfikir lama.

"Kalau dia cakap aku bising, aku diam lah. Settle kan?"

Julia mengeluh.

"Suka hati kau lah Safa. Ikut kau nak buat apa. Aku cakap apa pun kau tak akan dengar." Julia kembali ke posisi tidurnya tadi.

Aku memuncung.

Julia ni, apa masalah dia sebenarnya?

🔮


Lama aku berdiri di luar kelas 5 Garnet. Semata-mata nak menunggu kehadiran jejaka comel lagi introvert iaitu Ziyad.

Sudah 10 minit, akhirnya aku nampak Ziyad yang berjalan bersama dua orang lagi rakannya yang aku tak kenal.

Terus aku mendekati mereka.

"Eh Safa--"

"Hai Ziyad!" Aku terus berdiri di hadapan Ziyad membuatkan dia berhenti mengejut.

"Ziyad?". Kawannya yang lain menutur keliru. Kenapa? Tak kenal Ziyad ke?

"Hai Safa. Ingat saya tak?"

Aku menoleh ke tepi. Cuba untuk cam muka orang yang tanya aku tu.

"Oh, Ha..Hazim?" Teka aku.

Nampak tak, aku teka.

Tersenyum lega, Hazim mengangguk.

"Betul. Ingatkan tak tahu tadi."

Sememangnya aku tak tahu tapi disebabkan nak jaga hati, aku diamkan saja.

"Uh saya nak cakap dengan Ziyad kejap boleh?" Pintaku.

Dahi Hazim berkerut.

"Ziyad? Oh maksud awak Amzar ke,"

Amzar? Aku ingatkan orang panggil dia Ziyad. Hmm.

"Boleh tapi...." Hazim memandang Ziyad dan Ziyad turut memandang Hazim. Aku nampak wajah Ziyad berkerut dan dia menggeleng perlahan.

Ops aku lupa dia introvert. Mestilah dia tak suka kalau aku cakap dengan dia secara mengejut.

"....tapi saya rasa bukan sekarang la Safa. Sorry eh? Kitorang ada kerja sebenarnya."

Wajah aku berubah kecewa.

"Tak apa lah. Lain kali, boleh?" Kini aku memandang Ziyad. Dia automatik mengelak pandangan aku.

Masalah sosial dia teruk sangat.

"InsyaAllah.." Jawab Hazim bagi pihak Ziyad.

Tak apa. Kali ni mungkin tak berjaya. Aku akan cuba lagi!

TBC

TranquilaWhere stories live. Discover now