🔮Bab 8

7 3 6
                                    

Hari-hari aku akan sentiasa cuba untuk berbual dengan Ziyad. Apa jua cara aku cuba.

Ziyad pula akan sedaya upaya mengelak daripada aku. Kadang-kadang dia palau aku macam aku tak wujud.

Tapi dah namanya Safa, memang pantang menyerah.

Dia tolak aku sekali, aku datang dekat dia sepuluh kali HAHAHAHAH.

"Ziyad! Yuhu! Ziyad!" Aku cepat berlari ke arah Ziyad. Dari jauh aku nampak dia dah mengeluh bila mendengar suara aku.

"Ziyad, hey!" Aku berhenti di hadapan dia membuatkan dia juga berhenti mengejut.

"Awak dah makan?"

Dia nak tak nak mengangguk.

"Nah, saya belikan awak susu pisang. Favourite awak kan?" Aku menghulurkan sekotak susu pisang kepadanya.

Tapi dia cuma pandang huluran aku. Langsung tak mengambilnya.

"Ziyad, kenapa tak ambil? Lenguh tangan saya--"

"Boleh tak kau berhenti."

Aku terdiam. Wajahnya aku pandang namun dia langsung tak mahu memandang aku.

"Berhenti buat macam ni."

"Tapi Ziyad, saya buat ni untuk awak--"

"Aku tak suka."

Aku diam mendengar ayat itu. Seakan ada satu pisau tajam menusuk tepat dalam hati aku.

"Saya ingatkan... kita kawan..?"

Ziyad mengeluh sambil mata dipejam. Mungkin kerana aku yang tak mahu kalah.

"Eh hai Safa!"

Satu suara menyampuk perbualan kami. Aku memandang Hazim yang tiba-tiba muncul di sebelah Ziyad.

"Em hai." Balas ku janggal.

Aku mahu bercakap dengan Ziyad tapi Ziyad terlebih dahulu beredar pergi.

"Eh Amzar! Nak pergi mana tu?" Soal Hazim namun soalannya dibiarkan sepi.

Baru aku nak mengejar Ziyad, Hazim dah menarik tangan aku.

Aku yang terkejut dengan tindakan Hazim itu, terus menarik tangan aku semula.

"Apa ni?" Ujar ku sedikit geram. Suka-suka hati je pegang tangan aku. Ziyad pun aku tak pegang, ini dia?

"Eh sorry Safa. Sumpah tak sengaja. Saya nak cakap dengan awak je."

Aku mengangkat kening pelik. Cakap dengan aku perlu ke tarik-tarik tangan?

"Air tu untuk saya eh? Uish thank you!"

Tanpa segan silu, dia mengambil susu pisang dalam tangan aku. Laju dia cucuk straw dan terus minum. Aku membulat mata.

Itu air Ziyad!

"Awak ni kenapa? Main ambil hak orang. Ada saya cakap tu untuk awak ke?" Geram aku dengan Hazim ni.

"Eh bukan eh? Ingatkan untuk saya..."

Dia ni kan memang mintak penumbuk aku. Ini ke orang yang Julia agung-agungkan tu? Sumpah tak relevan!

"Ye lah, awak kan suka saya. Betul tak, Safa?"

"Hah?!"

"Awak suka saya. Jadi tak pelik lah kalau susu ni untuk saya."

"Awak mengarut apa ni? Sejak bila saya suka awak?! Perasannya!"

"Tak payah nak malu-malu Safa. Saya tahu awak dekat dengan Amzar sebab awak nak saya kan. Tak logik betul kalau awak suka Amzar. Lelaki pendiam, tak ada rupa tu."

Aku bertambah terkejut. Ya Allah, ni perasan tahap apa ni?!

Dengan geram aku mengambil susu pisang itu lalu memicit kotaknya kuat sehingga membasahi Hazim.

"Itu balasan sebab remehkan Ziyad. Saya jelaskan dekat awak, saya memang betul-betul suka kan Ziyad. Tak ada kena mengena dengan sesiapa! Dan awak tak layak nak kata dia macam tu. Dia lelaki paling handsome, cute, and perfect pernah saya jumpa!"

Usai mengatakan itu, aku terus mencampak kotak yang sudah kosong itu pada Hazim.

Geram. Dia mengata macam tu pasal kawan dia sendiri. Kawan jenis apa tu?!

TBC

TranquilaWhere stories live. Discover now