Selepas tahu yang Ziyad Amzar tu satu sekolah dengan aku, aku jadi teruja.
Kenapa eh aku tak pernah nampak dia sebelum ni?
"Ju. Julia. Aku nak tanya sesuatu ni." Kerusi Julia aku tendang.
Dia yang tekun membuat kerja sekolah tu, terganggu.
"Ish apa dia? Tak nampak aku tengah buat kerja ni? Senget dah tulisan. Dah la nak kena hantar hari ni." Rungutnya.
"Haha padan la muka. Tu kerja dua minggu lepas kan? Siapa suruh buat last minute." Usik aku.
"Cepat lah. Kau nak tanya apa."
Oh lupa pulak.
"Weh kau kenal tak Ziyad Amzar?"
Julia memandang aku sekilas sambil berkerut.
"Ziyad Amzar? Siapa tu?"
"Lah kau tak kenal ke?"
Dia menggeleng. Hm pelik, mungkin Ziyad Amzar tu cuma budak biasa yang tak popular.
"Cuba kau tanya Amir. Dia kan kenal semua orang."
Tak menolak cadangan Julia, aku terus pergi ke Amir yang duduk di hujung kelas.
"Weh Amir."
Amir mendongak. Mungkin pelik tengok aku yang tiba-tiba tegur dia. Selama ni tak pernah pun lol.
"Apa?"
"Kau kenal Ziyad Amzar tak?"
"Oh, Amzar. Kenal."
Aku tersenyum lebar.
"Serius kau kenal?"
Amir angguk kecil. "Dia sama kelab dengan aku. Kenapa?"
"Dia kelas apa? Tahu tak?"
"Garnet." Jawabnya sepatah.
Aku jadi teruja. Garnet, selang tiga kelas je dari kelas aku. Kelas 5 Peridot.
"Okey Amir. Thank you!"
Aku kembali kepada Julia. Nampaknya dia sudahpun menyiapkan kerja sekolah dua minggu lepas dalam masa setengah jam.
"Weh Ju, aku dah tahu dia kelas mana."
"Siapa?". Soal Julia keliru.
"Ziyad Amzar tu laa."
"Oh haa. Kelas apa dia?"
"5 Garnet!". Ujar ku teruja. Mata Julia membulat.
"Kau biar betul? Garnet? Kelas first?"
Bila Julia cakap macam tu baru aku tersedar. Garnet tu adalah kelas pertama. Kelas budak pandai.
Jadinya, kalau Ziyad dalam kelas Garnet, dia pun budak pandai lah?
"Haah kan. Tak sangka dia kelas pertama."
"Hm sekarang ni cuba kau bagitahu aku siapa Ziyad Amzar tu. Tiba-tiba kau cakap pasal dia ni. Aku tak tahu apa-apa,"
Aku tersengih. Lalu aku mula lah bercerita pada Julia tentang kawan Papa yang datang rumah hujung minggu lalu.
"Kau rasa dia introvert?"
Aku angguk dengan senyuman.
"Lepas tu kau ter-interested dekat dia?"
Angguk lagi.
"Wha-- how can Safa? Sejak bila orang banyak cakap macam kau ni minat orang bisu?"
Aku memutar biji mata menyampah. Orang bisu dia panggil? Jahatnya!
"Introvert dengan bisu lain Julia."
"Sama je bagi aku."
"Minat minat gitu je. Kau tak rasa menarik ke dengan introvert ni Ju?"
Dia menggeleng malas. "Bosan. Sunyi sepi je buat apa."
"Lantak kau lah. Yang penting aku kena ambil tahu pasal Ziyad tu. Aku nak tengok betapa introvert nya dia!"
Kedengaran agak menggelikan, Julia nampaknya tak berkenan dengan idea aku.
"Pelik pelik je kau ni. Suka hati kau lah Safa. Asalkan kau bahagia,"
Yass! Aku akan cari tahu pasal Ziyad dengan lebih mendalam. Kau nantikan!
TBC
YOU ARE READING
Tranquila
عاطفية+ I choose to love you in silence. Because in silence I found no rejection. And in silence no one owns you but me. "Boleh tak kau berhenti." 🔮 "Kau fikir aku teringin ke nak kawan dengan kau? Budak bisu. Cakap dengan kau macam cakap dengan patung...