🔮Bab 18

7 0 0
                                    

"Ziyad, tolong kejap boleh?" Aku memanggil Ziyad dari dapur. Rasanya Ziyad dekat ruang tamu.

"Ya?"

Ziyad masuk ke ruang dapur dan melihat aku yang terkial-kial nak buka tin susu.

"Ni. Susah pula nak buka."

Tanpa banyak kata, Ziyad mengambil alih tempat aku untuk membuka tin susu.

Tap!

Sekali tarik dia sudah berjaya buka. Aku menepuk tangan teruja.

"Thank you! Kuatnya awak. Curi-curi pergi gym eh?"

Aku mengambil tin susu tu dan memasukkan susu ke dalam bekas tupperware yang biasa aku guna. Ziyad cuma melihat apa yang aku buat.

"Kenapa wak. Nak susu ke?" Aku menyoal dia yang dari tadi diam. Ziyad menggeleng.

Sedang aku menuang susu ke dalam tupperware, rambut aku asyik terjuntai ke depan. Aku menyelitnya ke belakang telinga tapi terjuntai lagi.

Menyampah pula aku. Botak kang.

Baru aku nak selit lagi, Ziyad dah mengambil rambut aku dan tolong pegangkan. Mungkin dia perasan aku struggle dengan rambut ni dari tadi.

How sweet.

"Rambut awak lembut." Ujarnya tiba-tiba. Aku tergelak kecil.

"Awak suka?" Sengaja aku tanya.

Nampak sangat dah tak ada topik lain nak borak dah haha.

"Suka. Bau vanilla." Jawabnya lagi.

"Saya lebih sesuai rambut pendek ke panjang?"

Ziyad diam seketika. Mungkin tengah berfikir.

"Dua-dua. Rambut pendek awak comel. Rambut panjang awak cantik."

"Aww so sweet. Kalau awak, prefer yang mana?"

Dia diam lagi. Jenuh sangat tu berfikir. Kelakar pula dia ni.

"Panjang kot." Dia memberi jawapan. Aku tersenyum.

"Kenapa? Awak lebih suka saya nampak cantik dari comel?"

"Huh?"

Aku memandang muka Ziyad yang keliru.

"Saya dengar perempuan kalau rambut panjang nampak lebih menawan dan mengancam. Awak rasa macam mana?"

Selepas beberapa ketika mencerna ayat aku, muka Ziyad memerah.

"Awak rasa saya mengancam tak dengan rambut panjang?" Tambah aku lagi. Suka melihat muka dia yang merah tahan malu.

Ziyad teragak-agak memandang tin susu dalam pegangan aku. Setelah pastikan susu habis dituang, Ziyad terus melepaskan rambut aku.

"....nak tengok Cuya." Dan dengan itu dia terus beredar dari dapur. Aku dah tergelak kuat.

Haduh dia ni. Comel betul bila malu. Geram!

TBC

TranquilaWhere stories live. Discover now