🔮Bab 1

14 3 1
                                    

"Safa, bersiap cepat. Kawan Papa nak datang kejap lagi."

Aku yang elok bermain slime, terus tercampak slime tersebut ke bawah katil.

Terkejut sebenarnya. Papa tak pernah ajak sesiapa datang rumah sejak Mama dah tiada.

"Serius lah Pa!". Soal ku ingin kepastian. Tapi hanya dibalas sepi oleh Papa.

Betul lah tu kot.

Tak mahu berlambat, akhirnya aku bersiap biasa-biasa saja. Dah lama tak ada tetamu sampai aku jadi lupa nak pakai baju apa. Nyaris pakai baju dalam je tadi.

Tok! Tok! Tok!

"Assalamualaikum!"

"Safa pergi buka pintu kejap! Papa nak ambil makanan." Arah Papa dari dapur.

Aku yang baru nak kemas ruang tamu tu, cepat-cepat ke pintu dan membukanya.

Terserlah wajah sepasang suami isteri yang umurnya aku agak baya Papa.

"Waalaikumussalam..". Jawab aku perlahan sambil menguntum senyum.

"Eh ni anak perempuannya Ezam ya? Besar dah kamu. Apa nama kamu, lupa pula. So..So--"

"Safa, makcik." Cepat aku mencelah. Tak nak nama aku yang elok Safa jadi Sofa. Jauh bezanya tu.

"Ya! Safa. By the way jangan panggil makcik. Panggil je Auntie."

Aku tersenyum kekok. "Okey Auntie, jemput lah masuk. Papa ada dekat dalam."

Dengan itu, mereka bertiga masuk ke dalam-- eh bertiga?

Aku baru perasan ada seorang lagi manusia lain selain pasangan suami isteri ni. Manusia yang aku agak dari tadi berdiri di belakang mereka jadi aku tak nampak.

Dan manusia tersebut adalah lelaki.

"Safa tercegat apa lagi dekat pintu tu? Mari sini duduk." Panggil Papa dan aku lihat mereka semua dah siap duduk di sofa ruang tamu. Cepat aku menyertai mereka.

Malu sekejap.

"Apa khabar kau Ezam? Lama tak dengar khabar. Tup tup kau ajak datang sini." Suami kepada Auntie tadi menyoal Papa.

Eh aku kena panggil dia Uncle lah kan?

"Baik Alhamdulillah. Aku macam ni je. Dengan anak perempuan aku duduk rumah ni. Ha Safa, kenalkan kawan Papa. Uncle Kamal. Isterinya, Auntie Sofea."

Aku senyum dan menyalam tangan Auntie Sofea. Ceh baru nak salam.

"Cantik orangnya. Macam arwah Mama dia." Puji Auntie Sofea.

"Tak ada lah Auntie. Biasa je. Arwah Mama lagi cantik." Nafi aku. Walaupun sebenarnya aku mengaku aku memang cantik. Hehe.

"Pandai dia. Ni, kenalkan anak lelaki Auntie. Ziyad Amzar. Sebaya dengan kamu, tingkatan 5."

Aku memandang lelaki bernama Ziyad Amzar itu dan menghadiahkan senyum. Tapi malangnya senyum aku langsung tidak dibalas. Dia cuma menunduk hormat pada aku dan alihkan pandangan.

"Minta maaf ya, Ziyad memang macam ni. Susah nak bercakap." Ujar Auntie Sofea.

Aku memandang Ziyad. Susah nak bercakap.

Introvert ya?

Aku tersenyum. Interesting!

TBC

TranquilaWhere stories live. Discover now