🔮Bab 11

5 0 0
                                    

Hari ni ada karnival dekat sekolah. Elok sepatutnya aku bersemangat, tapi mood aku down macam tengah potong bawang sekarang ni.

"Safa, kenapa bengkak mata kau ni?" Soal Julia prihatin.

Hmm jelas sangat ke?

"Tak ada. Tengok k-drama semalam sampai pukul 4 pagi.."

"Tak payah tipu aku. Kau dah lama stop k-drama. Aku tahu beza mata kau bengkak bila menangis macam mana."

Aku pandang Julia.

"Ju.. agaknya kalau aku bagitahu kau, kau nak percaya aku tak?"

"Bagitahu apa?"

Aku menggigit bibir sebentar. "Ju.. semalam.."

"Kenapa dengan semalam? Bukan semalam putera idaman kau tu ajak jumpa belakang sekolah?"

Aku tersentap mendengar perkataan 'putera idaman' itu keluar dari mulut Julia. Mesti dia maksudkan Ziyad.

"Tak Ju. Sebenarnya semalam Hazim cuba nak buat benda tak elok dekat aku.."

Dahi Julia berkerut pelik.

"Hazim? Kenapa tiba-tiba dia pulak ni? Buat benda tak elok dekat kau?"

"Ju, please percaya aku. Hazim bukan macam apa yang kau nampak dia sekarang. Dia.. aku tak tahu. Dia jahat Ju.."

Julia tergelak tidak percaya.

"Jangan mengarut Safa.. mana mungkin lelaki charming macam dia jahat. Nak buat benda tak elok dekat kau? Jauh sekali."

"Julia please..." Aku mula rasa sebak. Aku masih tak boleh bayang apa yang akan jadi pada aku semalam kalau Ziyad tiada.

"Kau menangis Safa..?"

Aku pandang Julia dengan air mata yang sudah mengalir di pipi.

Julia terus menarik aku ke dalam pelukannya.

"Dia buat apa dekat kau Safa? Bagitahu aku cepat."

"Ju... Hazim..."

"Hazim buat apa dekat kau?"

"Dia hampir nak perkosa aku.."

Dapat aku rasakan tangan Julia yang mengusap lembut belakang aku. Nak tenangkan aku.

"Siapa lagi yang tahu benda ni?"

"Zi-Ziyad."

Julia melepaskan pelukan. "Ziyad??"

"Dia yang datang selamatkan aku semalam."

"Selain dia?"

Aku menggeleng. Tiada siapa lagi yang tahu benda ni selain Ziyad dan aku.

"Kau percaya aku Ju..?"

Julia memandang aku dengan pandangan redup. Sedih melihat aku yang menangis begini.

"Kita kawan dah lama Safa. Lagi lama daripada aku kenal Hazim tu. Kau orang pertama yang aku akan percaya. Jangan risau, aku ada dengan kau."

Aku menghela nafas lega. Nasib baik Julia mahu percayakan aku. Kalau tak, aku tak tahu pada siapa lagi mahu mengadu.

Selepas kembali tenang, aku melihat sekeliling.

Dan mata aku tiba-tiba bertembung dengan pandangan Ziyad yang duduk jauh dari sini.

Terus aku alihkan pandangan.

Dia tak tengok aku kan?

Tak.. dia tak mungkin tengok aku.

TBC

TranquilaWhere stories live. Discover now