🔮Bab 7

7 3 0
                                    

"Err.. awak okey??" Aku menyoal Ziyad.

Jangan risau, mamat samseng semua tu dah blah. Ada orang awam yang leraikan.

Ziyad tak menjawab, sebaliknya dia mengangguk.

Ish, susah sangat nak buka mulut tu. Keluarkan lah suara emas kau tu, aku nak dengar.

"Diorang nak apa dari awak sebenarnya?"

Ziyad menggeleng.

Mudahnya dia berkomunikasi dengan orang. Angguk geleng je. Aku harap Papa tak terkejut kalau lepas ni aku balik rumah dia nampak aku terangguk-angguk macam burung.

"Awak nak balik ke?"

Angguk.

"Jom ikut saya dulu."

Kali ni baru Ziyad memandang aku. Dia berkerut, mungkin pelik aku tiba-tiba ajak dia ikut aku.

"Pergi kedai serbaneka sebelah." Jawab aku. Walaupun dia tak tanya.

Dia diam dan nampak berfikir lama.

"Jomlah, saya belanja awak sebab selamatkan saya tadi." Tambah aku lagi.

Akhirnya Ziyad bersetuju. Termakan juga dia dengan pujukan aku hoho.

"Jom,"

🔮

"Awak nak aiskrim apa?" Soal aku selepas aku mengambil sebungkus aiskrim kacang merah, pilihan aku.

Ziyad menggeleng.

"Tak nak aiskrim?" Tanya ku pada Ziyad. Dia menggeleng lagi.

"Habis tu awak nak apa?"

Dia diam lagi. Mungkin sedang fikir nak apa.

Aish berfikir pun nak cute ke. Geram aku nak gomol pipi dia.

"Air nak?" Cadang ku. Dia mengangguk.

Kami berjalan ke section air pula. Aku buka peti sejuk dan biar dia memilih air yang dia nak.

Dan sudah 3 minit kami kaku seperti itu. Satu air pun Ziyad tak pilih lagi.

"Yow Ziyad. Beku lama-lama saya buka peti ni."

Ziyad memandang aku lalu memandang peti sejuk kembali.

"Err..um.."

Aish aku dah buat dia tak selesa pulak. Apa ni Safa!

"Awak suka air apa hm?". Aku melihat satu-satu air di dalam peti itu. Tak ada yang menarik pilihan Ziyad ke?

"Susu pisang.." Gumamnya perlahan.

Aku yang tidak jelas dengan apa yang dia cakap terus memandangnya.

"Apa dia?"

Ziyad menggigit bibir bawah. Nampak agak susah untuk dia tuturkan apa yang dia nak.

"S-susu pisang,"

Aku tersenyum kecil. Sekotak susu pisang aku ambil.

"Dah jom, kita bayar dulu."

Ziyad cuma mengikut langkah aku. Usai memberi susu tersebut pada dia, Ziyad terus melangkah pergi.

Aku biarkan dia.

Dia dah banyak bersosial hari ni. Jadi aku lepaskan dia hari ni. Hari lain mungkin tidak muahahaha.

TBC

TranquilaWhere stories live. Discover now