menyerah

76 4 0
                                    

Kau tahu rasa itu. Rasa menyerah dalam segala hal benda. Apa yang kau lakukan ialah tidur, tidur dan tidur. Macam mayat hidup namun masih bernyawa. Tak mampu nak buat apa pun. Bilik bersepah, baju berselerak. Kau langsung tak kisah.

Menghela nafas berat. Pandangan kabur dek insomnia yang bertandang waktu malam. Akibatnya waktu siang aku mengantuk atau pun pening. Jiwa aku runsing. Aku mahu menangis tapi air mata enggan keluar. Seakan mahu menunjukkan yang aku ini tidak layak untuk menangis. Tidak layak lakukan apa pun. 

Penat.

Ada semua. Tapi semua lari. Kenapa hidup ni memeritkan?

Dan kenapa aku masih ada disini?





unedited.

2021

RapuhWhere stories live. Discover now