Dari jauh aku sudah nampak motosikal tersusun elok di bahagian depan sekolah. Fikiran aku ligat berfikir bagaimana aku harus memberi reaksi apabila bertemu mereka.
Senyum. Jangan lupa senyum, Ana.
"Eh Ana! Hai Ana!"
Siapa?
Aku toleh ke arah empunya suara. Betul-betul parking di sebelah motor aku.
"Lama tak jumpa weh"
Aku angguk sambil senyum. "Tu la, biasalah dah habis sekolah kan?"
Sumpah aku cakap kekok gila. Rasa nak lari juga dari sini. Tapi kalau aku lari siapa nak ambil keputusan SPM aku?
Sabar. Kawal pernafasan kau Ana, jangan tahan. Ada yang pengsan pula nanti.
Kami bergerak menuju ke Dewan Tun Abdul Razak iaitu dewan sekolah ini. Sebelum keputusan diedarkan, pelajar SPM 2021 diberikan taklimat untuk kemasukan universiti.
Aku tidak suka berada di sini. Sesak. Bising. Aku dapat rasakan ada mata-mata memandang tubuh aku.
Lagi perit bila aku keseorangan. Aku ada kawan tapi tidak rapat. Kawan rapat aku pula bersama dengan rakan sekelasnya.
Serabut.
30 minit telah berlalu. Masa yang dinanti-nantikan sudah tiba. Aku bangun dan menuju meja yang tertera nama kelas 5 Bestari.
"Okay Ana, ni result awak"
Aku tersenyum tawar.
"Kalau awak rajin pergi sekolah dulu mesti result awak lebih baik." ujar guru kelas merangkap cikgu pendidikan agama Islam aku.
Apa-apa pun syukur kepada Allah, Alhamdulillah. Aku takkan merungut mahupun kecewa dengan keputusan aku dapat ini.
Sebab aku telah berjaya lepas dari neraka sementara.
Aku ucapkan terima kasih dan pulang terus ke rumah.
Tiba saja dirumah tiada ucapan tahniah mahu pun pujian. Tiada seorang pun mengucapkan tahniah kepada aku secara fizikal. Aku merenung slip keputusan itu.
"Kenapa result teruk sangat? Belajar ke tak?"
"Ini la bila dah malas, result ke laut!"
"Memang patut aku tak harapkan apa-apa sebab ni lah!"
Aku menekup wajah. Kenapa?
Kenapa harus begini?
Mereka tak tahu Ana. Mereka tak tahu apa kau lalui untuk sampai ke tahap ini.
Ting!
Ana Syafika, look
Kau dah cuba yang terbaik
Aku dah bangga dengan result kau
Kau dah bagi yang terbaik walaupun masa tingkatan empat dan lima kau asyik mental breakdown.
Aku takkan rasa malu atau kecewa pun ada kawan macam kau. Bangga adalah sebab kau dah lalui banyak perkara pahit and you still tend to survive sampai sekarang.
Itu yang penting.
Aku baca mesej itu sambil menahan sebak. Kenapa kau baik sangat Yaya? Manusia macam aku tak layak dapat apa-apa.
Aku teruk.
Telefon aku berbunyi.
"Hello?" ah damn suara aku serak.
"Hello Ana?"
Dia? Oh dia. Aku angkat panggilan tanpa tengok nama.
"Awak okay?"
Aku angguk. Macamlah dia nampak. "Saya..okay."
"Result okay?"
Aku diam. Bagi aku segalanya okay. Tapi aku dah kecewakan orang yang aku sayang.
Okay ke kalau macam tu?
"Okay..maybe? I don't know"
"Hey apa jadi?"
"Saya teruk. Result teruk. Semuanya teruk Afiq."
"Ana, everything gonna be alright okay? Jangan hancur dulu"
"No. Saya dah hancur since dulu. Lagi bertambah hancur bila awak tinggalkan saya!"
Matikan panggilan.
"Janji bersama hingga akhir?"
"Janji"
Mana janji kita? Di mana kita sekarang?
"Ada plan nak sambung belajar ke?"
Aku angguk.
"Nak sambung belajar apa dengan result macam tu."
Aku berhenti mengunyah.
"Boleh tak berhenti cakap macam tu?" ujar aku mendatar.
"Apa? Benda betul kan?"
"Kau tak tahu apa hadap, jangan cakap sampah boleh?"
"Ana, jaga bahasa"
Heh?
"Sekarang nak salahkan Ana sebab biadap? Then apa pula dengan manusia yang suka merendahkan orang lain?"
Terasa pijar dipipi. Entah aku tak tahu apa aku patut rasakan.
Marah?
Sedih?
Kecewa?
Aku tersenyum.
Aku baru sedar, aku langsung tiada rumah untuk bersandar.
"Satu masa nanti, one of you akan diuji macam mana aku diuji. Bila tiba waktunya nanti, korang akan rasa apa aku rasa bila dah putus harapan dengan dunia, dengan segalanya." aku terus bangun dan berlari keluar rumah.
Ke mana harus aku pergi?
Tiada jawapan.
Aku hilang arah.
YOU ARE READING
Rapuh
Short Storyruang memori antara aku, kau dan mereka. catatan masa ditulis ; 2020 - 2023