Bunyi zink yang dihujani kedengaran kuat. Katak dan cengkerik mula mengalunkan suara. Aku memandang sepi skrin laptop yang cerah menemani aku dalam gelap. Mata aku pedih bila memandang skrin itu. Selimut nipis membaluti tubuh aku yang sejuk. Hujan lebat.
Black out. Lebih teruk, tinggal aku seorang dalam rumah ini.
Aku dah biasa. Lebih-lebih lagi bila ditinggalkan. Dalam hidup ini, aku berpegang pada prinsip, "aku takkan bergantung pada siapa-siapa". Itu kerana.. aku trauma. Trauma yang membawa kepada diri aku yang kini. Semua tentang aku negatif. Langsung tiada kebaikan.
Sekurang-kurangnya aku punya aku. Ya, aku.
Andai jiwa aku meninggalkan jasad ini, ke mana lagi ingin aku pergi?
Jalan mati. Tiada arah. Buntu.
Sudahlah. Tinggal seorang saja mesti akan macam ni. Tak chill langsung fikiran aku ni.
Lagi pun, aku suka hujan. Lebih-lebih pula waktu malam. Sejuk. Sambil menikmati kesejukan, aku merasai kegelapan yang menarik aku kedalamnya.
Unedited.
2021
YOU ARE READING
Rapuh
Short Storyruang memori antara aku, kau dan mereka. catatan masa ditulis ; 2020 - 2023