Diagnosis

20 0 0
                                    

"Doktor cakap apa?"

Aku membisu. Jasad sudah serabut mahu menerangkan segala kekusutan yang telah aku alami selama ini.

Kertas dari pihak klinik aku hulurkan kepada ibu. Biar dia sendiri yang baca.

"Apa ni?"

"Adik kena pergi hospital. Jumpa doktor psikiatri."

Sepi.

"Kenapa?"

Giliran aku pula membatukan diri. Sekarang aku tengah serabut dan bila-bila saja serangan panik boleh serang aku.

Jiwa aku benar-benar tenat hingga melibatkan fizikal.

Ibu secara berterusan menyoal apa yang tidak kena dengan diri aku. Kenapa aku harus berjumpa doktor psikiatri walhal katanya aku ini baik-baik saja.

Hampir tergelak aku mendengar kata ibu.

"Entah-entah dalam badan kau ada jin setan kot tu yang tak kena."

"Bu. Jangan kaitkan benda-benda tu boleh?"

"Kenapa? Apa lagi tak cukup? Apa lagi ibu tak kasi sampai adik sakit macam ni?"

Aku kecewa. Aku ingatkan orang paling terdekat akan memahami aku. Paling tidak akan menyokong aku.

Rupanya aku silap.

"Dahlah bu, adik balik dulu"

Aku bergegas ke motosikal dan menunggang terus ke rumah. Sepanjang perjalanan hanya air mata menemani diri ini. Perasaan yang bercampur baur lagi membuatkan diri ini tak berguna.









Hospital Pekan, Klinik Pakar (Bahagian Psikiatri)

Setelah menunggu satu jam, akhirnya nombor aku telah dipanggil oleh bilik satu. Aku masuk seorang diri tanpa ibu. Kedatangan aku disambut ramah dengan doktor cina.

"Hi Ana, how are you?" sapanya sambil tersenyum

Sesi berikut berjalan dengan lancar hinggalah Doktor Tan menanyakan soalan yang agak sensitif. Ada soalan aku mampu jawab. Ada soalan aku tidak boleh jawab.

"Ana, you pernah cederakan diri you?"

Aku mengangguk sambil tersenyum disebalik mask.

"Boleh doktor tengok?"

Pada awalnya aku teragak-agak tapi aku terus selak pada bahagian lengan yang dipenuhi seni.

Aku sukakan seni.

"Ada rasa nak bunuh diri? Cubaan bunuh diri?"

"Dua dua ada doktor."

Wajah doktor terus bertukar menjadi keruh lalu menulis sesuatu. Tidak lama kemudian aku tutup apabila dipinta.

"Well Ana, doktor boleh rahsiakan semua ni kalau Ana nak. Tapi.. bila doktor tengok Ana ada self harm yourself, doktor kena bagitahu ibu Ana. Tambahan Ana pula masih belum cukup umur 18 bermakna Ana masih bawah umur. Ibu ada ikut?"

"Ada"

"Can you call her for a moment?"






Ibu masuk lalu duduk berhadapan dengan aku. Ibu turut disapa mesra oleh doktor.

Aku tak tahu apa nak jadi sekarang ini.

Doktor Tan sedang menanyakan soalan yang sudah jelas ibu takkan mampu jawab.

She don't know me well.

"Baiklah, berdasarkan diagnosis yang saya tulis ni Ana ada simptom-simptom kemurungan ya puan. Lagi-lagi bila Ana cakap dia rasa semua ni sejak dia berumur 15 tahun. Lagi jelas simptomnya bila Ana cakap dia ada cubaan nak bunuh diri."

Ibu hanya mengangguk. Aku pula merenung fail kertas yang dipegang oleh doktor.

"Kalau boleh saya nak mulakan rawatan pada Ana. Boleh Ana?"

Rawatan?








"Lamanya, buat apa dalam tu?" soal pakcik bila kami masuk saja dalam kereta.

"Entah la dia sakit apa tah, mengarut je hahaha!"

Me..ngarut?

Aku merenung ubat-ubatan dalam genggaman.

Apa yang aku alami,
rasa sakit yang aku alami..

Semua mengarut?

RapuhWhere stories live. Discover now