rindu

8 2 0
                                    

Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang.


Jasad itu terbaring lemah. Bunyi dari pelbagai mesin sedikit menganggu emosi aku. Tangan yang usang itu aku sentuh. 

Sejuk. 

Pandangan aku mulai kabur. Dada mulai berasa sesak dan sempit. Aku lemah melihat insan yang aku sayang jadi begini. Aku rindu mahu melihat senyumannya lagi. Aku rindu jenaka hambarnya. Aku rindu dirinya.

"Jangan nangis depan abah" suara lembut itu menegur sambil memegang bahu aku. Pandangan kami bersatu. 

Matanya merah seperti aku.


...


Telefon aku berdering, panggilan daripada mama aku sambut tanpa was-was.

"Assalammualaikum dik"

"Waalaikumsalam, ya kenapa ma?"

"Dik.. abah dah meninggal."

Pegangan telefon terasa longgar. Dunia aku seakan berhenti. Tubuh aku menggeletar saat mama melontarkan ayat itu. Esakan aku pecah memenuhi ruang bilik. Menangis bagaikan budak kecil yang kehilangan seseorang. 

Aku hilang ayah. Aku hilang dia saat aku jauh. Aku mimpi ke ni?

"Adik nak balik.. nak balik tengok abah.." 

Sekali lagi aku gagal kucup dahi dan tangan usang itu buat kali terakhir.


...


Hidup tanpa ayah itu bagaikan satu mimpi ngeri buat aku. Siapa sangka dia akan pergi secepat ini? Dia pergi ketika aku masih lagi memerlukannya sebagai panduan hidup. Aku hilang cinta pertama aku. Dia pergi buat selamanya.

Rindu pada orang yang sudah tiada itu lebih sakit rasanya. Tiada jasad untuk disentuh. Bahkan suaranya makin samar menghilang di dalam ingatan.

Aku tersenyum lalu air mata mengalir perlahan tika merenung jauh.

Cepat ya abah pergi? Hinggakan dia tidak sempat melihat anak perempuannya sambung belajar. Ya, anak abah yang dulunya sakit, putus harapan untuk hidup sudah punya tujuan. Anak abah beranjak dewasa, perlahan belajar mengorak langkah sendiri. 

"Tak kena tahan wad lama pun. Esok lusa keluar la. Nanti abah pergi tempat kau study." itu kata-katanya yang terakhir sebelum ditidurkan.

Air mata yang semakin deras mengalir aku seka. 

Aku gagal berada disisinya untuk buat kali terakhir malah gagal untuk melihat jenazah. 

Aku benar-benar teruk.

Entah bagaimana untuk mengubati rasa rindu ini.





8/8/2023


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 26 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RapuhWhere stories live. Discover now