Apa yang harus aku lakukan jika berkali-kali kecewa kerana dunia? Orang kata dunia ini hanya persinggahan. Dunia ini tempat umat Islam diuji. Hanya dunia semata-mata.
Tetapi kenapa sesakit ini?
Andai saja jiwa ini tidak meletakkan harapan pada dunia, mungkin aku tidak akan sesakit ini. Sakit yang tak dapat digambarkan oleh perkataan. Ada masa sakit itu diluahkan melalui air mata. Ada masa sakit itu diluahkan melalui kemarahan. Ada masa juga sakit itu tidak mampu diluahkan. Hanya rasa kosong. Terlalu sakit untuk diluahkan.
Ya Rabb, ketahuilah hambaMu kini dalam kesakitan. Aku cuma mahukan ketenangan dan kegembiraan.
Tetapi mustahil.
Hamba mana yang tidak akan diuji?
"Allah uji sebab Allah sayang"
Menitis air mata tika membaca teks itu. Aku tidak sedar Dia sayangkan aku. Dia rindu rintihan aku. Dia mahu aku kembali meluah kepadaNya.
Mungkin kekecewaan yang aku hadapi sekarang ini, akan digantikan kisah gembira yang lain. Mungkin air mata yang tumpah hari ini, akan digantikan dengan senyuman yang lain. Mungkin.
Aku tidak sabar menanti hari itu. Hari penuh kegembiraan kerana sabar menempuhi dugaan.
InsyaAllah.
2022
YOU ARE READING
Rapuh
Short Storyruang memori antara aku, kau dan mereka. catatan masa ditulis ; 2020 - 2023