The End.

35 2 0
                                    

Kau ciptakan sebuah penamat tatkala kita dipisahkan oleh jarak.

"saya nak lepaskan awak di sini, sampai sini dulu cerita kita. saya bukan nak tamatkan cerita ni, cuma dlm pembinaan satu novel tu penulis perlukan rehat, dapatkan idea yang bagus untuk bab seterusnya."

Sekali lagi air mata aku mengalir membaca teks itu. Aku pun tidak pasti apa yang harus aku rasakan. Berkali disakiti orang sama. Tetap aku cuba bersabar apa yang telah ditentukan.

Apa pun alasan kau, aku tetap terluka. Aku tetap terluka sejak dulu lagi. Jiwa aku sudah lama mati. Cahaya yang hampir menyala sudah malap lalu hilang.

Kenapa perasaan aku diuji sebegini?

Aku lelah menyoal perkara yang sama walaupun jawapanya tetap tiada.

Aku kehilangan kata-kata. Aku mahu menangis, tapi aku sudah tidak mampu.

Aku dah penat.




28.5.2022
- somewhere in Selangor

RapuhWhere stories live. Discover now