"Sayang... mengucap sayang... Mak ada datang nie..." dipujuk Mak Da dengan lembut. Manan sudah menghubungi pihak hospital sebentar tadi.
Mata Mak Da melilau. Dipandang sekeliling. Ditenung satu persatu wajah yang berada di ruang tamu itu.
"Sapa tue??? Ohhhh... Itulah pompuan yang abang gilakan tue kan???? Abang dah kawen dengan dia!!!"
Ditunding jarinya pada satu arah.
Pada seorang gadis comel berambut panjang bernama Mya Amanda.
Mya Amanda terpempan.
Keadaan mula kecoh di rumah Pak Hisham tika itu!
"Abang setannn!! Curang dengan sayang!! Urghhh!" Mak Da kembali mengamuk. Ditumbuk-tumbuk dada bidang Pak Hisham.
Wajah Mya merah padam menahan malu. Riak wajah Nek Piah turut berubah ketika itu. Kasihan dengan cucu angkatnya itu.
"Nek Piah... Amenda lah Pak Hisham nie... Kawen baru sampai mengamuk si Ida nie... Tak baek lah macamnie.." salah seorang makcik bawang yang bertudung bawal menyampuk.
"Yelah... Tahulah lepas pencen haritue dapat duit banyak... ratusan ribu... Bukan main lagi pasang bini baru..." sambung pula si makcik bawang yang lain. Sengaja mencurah minyak tanah ke api.
Pak Hisham hanya diam. Dipeluk erat tubuh Mak Da, biarpun wanita itu terjerit dan meronta.
"Assalamualaikum..."
Suara seorang lelaki memberi salam, membuatkan kekecohan itu reda seketika.
Manan mempelawa lelaki itu masuk. Hospital yang agak jauh di bandar, mendorong Manan untuk menelefon sahabat lamanya yang bertugas di klinik berdekatan sebagai Penolong Pegawai Perubatan (PPP).
"Eh... Ingat kau panggil ambulan.." Mak Biha menegur Manan yang sedang berbual dengan sahabatnya itu.
"Kawan Manan nie sanggup nak tolong tengokkan... Maaf ya Mak Ngah... Manan risau sangat dengan keadaan mak..." balas Manan dengan suara sedikit bergetar.
Suara bisik membisik sesama sendiri masih kedengaran. Mya Amanda sudah menghilang masuk ke dalam bilik. Cuba memujuk hatinya sendiri.
"Sapa nie? Rambut pacak-pacak macam landak!! Kau balikkk!" Mak Da mengherdik lelaki itu.
Pak Hisham memberikan kerjasama dengan membantu PPP itu mengambil tekanan darah.
"Mmm.. Mak Da ada makan ubat ker?" soal PPP itu lagi.
Pak Hisham terdiam.
"Tak ada... Rasa macam dah lama sangat... Lagipun tak pernah jadi gini.. Last jadi pun... dalam 20 tahun lepas..." balas Pak Hisham.
Mak Da yang meracau tadi, kembali tenang selepas disuntik dengan ubat penenang oleh PPP itu.
"Manan ada sembang dengan saya tadi... Sejarah kenapa Mak Da jadi macamnie... Saya rasa elok pakcik bawak isteri pakcik buat pemeriksaan lanjut di hospital..." terang PPP itu seraya menyimpan peralatan perubatannya di dalam beg.
"Takperlah... Kita ikhtiar cara kampung pun boleh... Dulu pun mak suruh Bidan Semah tue yang urut si Ida nie selang sehari..." Nek Piah bersuara.
Mengenangkan sejarah silam Mak Da yang pernah hamil dan bayinya mati dalam kandungan, membuatkan Nek Piah termenung lama.
Tetamu yang hadir sudah beransur pulang. Walau masih bergosip liar tentang gadis misteri yang muncul di rumah Pak Hisham.
Pak Hisham mengusap lembut kepala isterinya yang sedang tertidur pulas.
YOU ARE READING
SUMPAH
RomanceTerlalu sulit untuk diungkap... Terlalu sukar untuk dimengerti... "Tak ada anak pun, Along masih mampu hidup bahagialah, mak! Dah tua-tua macamnie, lagi nak timang anak?" - Pak Hisham "Takyah nak berlagak hensem sangat boleh tak?" - Mya Amanda "Sump...