Pagi itu, kelihatan Mya Amanda sedang menanti seseorang di luar pintu pagar asrama kilangnya.
Beg sandang yang digalas di belakang, diperkemaskan talinya. Sesekali matanya mengerling ke arah simpang jalan. Kereta yang ditunggu, masih belum tiba.
10 minit menanti, sebuah kereta Proton Saga BLM berwarna biru berhenti berdekatannya.
Pak Hisham memandang gadis itu atas bawah. Gadis yang telah memporak peranda rumahtangganya!
Beg sandang yang digalas, diletakkan di tempat duduk belakang.
"Assalamualaikum..."
Mya memberi salam seraya melabuhkan punggung di sebelah kerusi pemandu.
"Mmm.. Wa'alaikumussalam.." jawab Pak Hisham acuh tak acuh. Pandangan matanya hanya tertumpu ke jalan raya.
"Kau dah cuba call ayah kau?" lelaki itu memulakan bicara serius.
Mya membelek telefon bimbitnya. Didail nombor telefon Tuan Azhar, ayahnya yang kini menetap di sebuah negeri pantai Timur.
"Mmm... tak ada... Tapi.. tak apa.. Mya ada alamat rumah ayah tue..." ujar gadis itu bersungguh-sungguh.
"Mmm.. Yelah.." balas Pak Hisham, ringkas.
Hanya bunyi muzik yang menemani mereka sepanjang perjalanan. Tiada perbualan mesra.
Kekok? Sememangnya Mya kekok! Berdua-duaan bersama lelaki yang dipaksa kahwin dengannya oleh Nek Piah.
'Kahwin? Kenapa dia nak jumpa ayah atas urusan kahwin? Takkan Mak Da bagi kebenaran? Atau...' pelbagai tanggapan hinggap di fikiran Mya ketika itu.
Untung sekali si pakcik tua tidak memakai minyak wangi itu. Mya sedikit lega. Dia sendiri tidak faham, kenapa dia mudah tertarik kepada bauan yang dipakai oleh lelaki itu?
Perjalanan hampir lapan jam itu, memaksa Pak Hisham untuk berhenti di RnR beberapa kali. Membuang air, solat dan makan.
Mya mengenakan blouse longgar berwarna cream dari fabrik chiffon dan dituck-in ke dalam seluar jeans biru yang agak ketat. Potongan skinny.
Rambutnya yang disanggul tinggi, menyerlahkan lehernya yang jinjang. Tidak dinafikan, Pak Hisham beberapa kali juga menjeling ke arah gadis itu pabila ada peluang. Dasar orang tua gatal!
Hampir jam 6.00 petang mereka tiba di bandar K. Hujung minggu yang begitu ramai pengunjungnya.
"Hari Sabtu pun dah sesak gini... bayangkan esok cemana gaya... Haish..." lelaki itu merungut sendiri. Mya sekali lagi cuba menghubungi ayahnya. Gagal.
"Pakcik ikut alamat nie... Mya bukak Wazee ya.." diletakkan telefon bimbitnya di atas dashboard. Lelaki itu hanya diam.
Kenderaan itu meluncur dalam kelajuan sederhana memasuki sebuah perumahan elit. Mya memberitahu pengawal keselamatan nombor rumah ayahnya dan palang pun dibuka.
Setelah menempuh beberapa simpang...
"turn left... turn left... and you will arrive at your destination!"
Kereta Pak Hisham berhenti di hadapan sebuah rumah. Dahi Mya berkerut. Dia turun dari kereta dan menghampiri pintu pagar.
Gong! Gong!
Hampir meletup jantungnya pabila seekor anjing hitam baka Rottweiler menyalak dengan garang.
"Mmm... Dasat family kau, budak... Siap bela anjing lagi.." Pak Hisham berdiri di sisi Mya dengan senyuman sinis di bibir.
Mya hanya menjeling tajam wajah si pakcik tua. Loceng rumah itu ditekan beberapa kali.
Gong! Gong!
Menanti hampir dua minit, pintu rumah itu terbuka. Seorang wanita pertengahan umur berbangsa Cina keluar dengan mulut berleter pada anjingnya.
"Haiyaa... petang-petang bising.. Mau tido pun susah..."
Mya tersenyum pada Nyonya yang berkacamata itu.
"Aloo amoi... mau cari siapa?" Nyonya itu bertanya sambil sesekali matanya tertancap pada Pak Hisham.
"Aaa... aunty... Ini bukan ker rumah Tuan Azhar? Itu... ayah saya..." soal Mya pada Nyonya yang sedang merantai anjing.
"Whoaa... you anak Azhar meh? Ini lumah you punya bapak, sudah jual worr.. Dia jatuh bangkrap.. You tatau ka?"
Mya terasa lemah lututnya tika itu. Patutlah duit di dalam akaunnya tidak pernah bertambah lagi. Ayahnya kehilangan segalanya!
Air matanya mula mengaburi pandangan. Pak Hisham seperti memahami situasi itu. Dia memapah Mya masuk ke dalam kereta. Entah apa yang dibualkan, Mya tidak ambil peduli.
Pak Hisham memasuki kereta dan diam sejenak. Mya sedang menangis menahan hiba . Lelaki itu tidak tahu mahu bercakap apa.
"Mmm... Kita cari tempat bermalam dulu... Nanti malam, kita fikir nak buat macamana esok..." ujar lelaki itu tanpa menanti respon si Mya.
Tidak tahu apa pula dugaan mereka kali ini. Hotel-hotel di bandar K kebanyakannya fully booking. Kebetulan hari Sabtu malam minggu dan esoknya ada sebuah seminar keusahawanan di bandar itu.
Kali ini Pak Hisham menapak ke sebuah hotel apartment di pinggir bandar. Jika penuh juga, memang mereka berdua tidur di dalam keretalah!
"Pakcik... Mya nak ikut..." gadis itu keluar dari kereta dan mengekori Pak Hisham dari belakang.
Setibanya di ruangan lobi, Pak Hisham terus bertanyakan tentang bilik kosong di kaunter pendaftaran.
"Saya nak check in dua bilik ya... Esok check out.."
"Sebentar ya encik..." balas seorang wanita yang berbaju kebaya ketat. Sebelah tangannya tangkas memainkan tetikus memeriksa status bilik di dalam komputer.
"Mmm... Kami dah check... Memang tinggal satu bilik sahaja lagi, encik... Macamana?"
Mya Amanda dan Pak Hisham berpandangan sesama sendiri.
"Mmm... Bermalam semalam sahaja kan?" soal Mya pada Pak Hisham.
Lelaki itu mengangguk lemah. Dia rasa tidak sedap hati.
✴️✴️✴️✴️✴️
Pintu bilik itu ditolak. Kelihatan ruang bilik yang agak luas. Studio apartment. Ada ruang tamu beserta sofa dan televisyen flat screen. Ruang dapur yang dilengkapi dengan peti ais, dapur, microwave dan mesin basuh automatik.
"Mmm... berbaloi dengan harga..." komen Pak Hisham seraya menjinjit beg pakaian masuk ke dalam bilik.
Mya terkulat-kulat di hadapan pintu. Kesedihan yang dirasai masih belum reda.
"Mmmm... Aku tido kat katil malamnie... Kau tido kat sofa... Jangan nak buat perangai tak senonoh lagi dengan aku... " terang Pak Hisham dengan suara tegas.
"Huh?"
Mya terpinga-pinga.
YOU ARE READING
SUMPAH
RomanceTerlalu sulit untuk diungkap... Terlalu sukar untuk dimengerti... "Tak ada anak pun, Along masih mampu hidup bahagialah, mak! Dah tua-tua macamnie, lagi nak timang anak?" - Pak Hisham "Takyah nak berlagak hensem sangat boleh tak?" - Mya Amanda "Sump...