Aku bersedia untuk mengambil Zana di tempat kerjanya. Mengikut lokasi yang diberikan, dia bekerja di kawasan Berjaya Times Square. Aku tak pasti dia bekerja sebagai apa, belum bersembang ke arah itu.
Aku memakai kemeja terbaik yang aku ada dengan jeans paling mahal yang aku pernah beli. Selepas kejadian semalam, aku teruja untuk bertemu Zana. Cuma aku masih keliru, adakah ia kerana cinta atau berahi?
Berahiku memang membuak-buak selepas air maniku terpancut disebabkan dia semalam. Tetapi aku juga seperti ada rasa cinta terhadapnya. Perasaan yang pernah aku miliki 10 tahun dulu kini kembali.
Aku tak pasti apa yang ingin aku lakukan dengannya malam ini. Aku akan menjemputnya pada jam 10. Tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan pada lewat malam begitu. Dia dah makan malam ke? Nak bawa dia pergi makan? Atau tengok wayang?
Pukul 9.30 aku start enjin Bezzaku. Dalam hati, perasaan aku bercampur antara teruja dengan gemuruh. Aku tak dapat bayangkan jika apa yang disaksikan dalam video semalam terpampang di depan mataku. Batang aku akan keras maksimum dan meronta minta dibelai.
Aku menunggu di hadapan pusat karaoke. Sejujurnya aku memang berdebar. Memang aku dah bertemu Zana beberapa kali sebelum ini. Kami bersembang dan bergurau. Tetapi kejadian semalam mengubah banyak benda.
Dari cermin sisi aku dapat lihat Zana datang. Agak mengejutkan aku sebab dia berbaju kurung. Mungkin memang itu pakaiannya di tempat kerja. Biasa aku lihat dia hanya dengan t-shirt.
Zana masuk dan serentak itu wangiannya menusuk ke hidung aku. Sangat lembut dan mengghairahkan.
"Nak pergi mana?" tanya Zana. Dia membetulkan duduk dan mencapai seatbelt. "Aku belum makan ni, kita makan dulu boleh?" cadang Zana. Aku okay saja.
Kami menuju ke sebuah kedai mamak di kawasan Masjid Jamek. Menurut Zana, itu mamak kegemarannya.
Sepanjang perjalanan kami berbual mesra. Beberapa kali juga aku tertarik dengan teteknya yang agak tersembul mengapit seatbelt.
"Pandang jalan tu Ariff. Fokus," tegur Zana. Dia tersenyum kecil. Aku segera alihkan pandangan. Segan ditegur macam tu.
Di mamak kami makan dan berbual. Aku tunaikan janji untuk belanja dia makan tapi dia hanya order sekeping roti telur dan air. Mungkin memang jenis tak makan banyak.
"Lepas ni nak balik ke nak lepak dulu," aku bertanya. Sengaja memulakan sembang selepas beberapa minit kami terdiam.
"Jom pergi karaoke, nak?" Zana mencadang. Aku terkejut kerana tak sangka dia mahu ke karaoke. Ingatkan sekadar nak lepak bersembang kosong di mana-mana. Dan otak aku sudah mula fikir lain kerana aku tahu macam-macam boleh terjadi dalam bilik karaoke. Aku ada pengalaman.
#KawanWaktuKecil
P/s: Terima kasih buat semua yang membaca. Maaf kalau ada kekurangan di mana-mana, saya baru-baru lagi nak menulis di Wattpad ni. Terima kasih juga ada yang vote. Jemputlah vote banyak2 lagi, hehe. Jemput juga komen pandangan anda di bawah, saya nak tahu juga feedback pembaca. Cerita ini rekaan saya sendiri, tak copy dari mana2 website atau blog. Kalau nak bersembang boleh mesej juga. Mana tahu dapat kawan baru. Hehe
YOU ARE READING
Kawan Waktu Kecil
RomanceKisah Ariff dan Zana yang terpisah 10 tahun. Tragedi membawa Ariff pulang ke Kuala Lumpur dan bertemu Zana. Masihkah ada sayang antara dua sahabat baik sewaktu kecil ini? Atau kini yang mendominasi hanya berahi?