Episod 3: Wangian Zana

23K 101 0
                                    

Aku tercegat melihat seorang gadis di depan pintu rumah. Wajahnya manis tetapi nampak kasar. Dia memakai t-shirt hitam dengan logo kumpulan Wings bersama jeans biru yang agak ketat. Kepalanya dilitup manis dengan tudung biru gelap.

"Ariff....," gadis itu menegur. Dia juga kelihatan tercegat memandangku. "Mak aku bagitau kau ada sini, dia suruh bawakan lauk sikit untuk kau makan malam," katanya dengan suara sedikit terketar.

Aku rasa aku kenal dia tapi ingat-ingat lupa. Sedang aku berfikir baru teringat yang aku tak berbaju. Patutlah dia nampak terkejut. Dengan segera aku tutup pintu dan cari baju untuk dipakai. Ah, aku hanya bertuala. Silap-silap dia nampak bonjolan zakar aku tadi.

Selepas menyarung t-shirt dan seluar pendek aku ke pintu semula. Gadis itu masih di situ.

"Maaf, baru bangun tidur tadi. Kejap, awak siapa eh?" Tangan ku ditampar dan gadis itu terus masuk ke rumah. Dia meletakkan bekas lauk dan nasi di meja makan.

"Baru kerja elok sikit dah lupa aku. Aku Zana lah!" bentaknya sambil matanya tajam memandangku.

Aku tergelak. Tak kusangka gadis comel itu kawan waktu kecilku. Lain sungguh dia. Kali terakhir aku berjumpa dia hampir 10 tahun lalu sebelum aku melanjutkan pelajaran ke universiti.

"Kenapa kau gelak?" Zana terus membentak. Aku masih cuba mengatur pernafasan kerana terlalu galak tergelak. "Kau ni tak berubah ya. Dari kecil sampai besar asyik nak garang-garang je.

"Ni baju Wings ni, habis rock la tu?" tanya aku sambil terus tergelak. Zana kelihatan marah dan terus bergerak ke luar.

"Weh, jangan la marah. Lepak dulu sembang-sembang. Lama tak jumpa ni," aku cuba memujuk. Zana menyarung selipar dengan kasar. Marah betul nampaknya.

"Aku nak balik tukar baju. Ni aku beli bundle, limited edition. Kejap lagi aku datang balik tolong kau kemas barang. Tak nak aku kotorkan baju mahal aku sebab kau," katanya mencebik dan terus berlalu pergi.

Aku lihat lauk yang Zana bawa. Ada lauk asam pedas ikan kembung dan sayur sawi tumis. Melihat pada kuantitinya, bukan untuk aku seorang.

Sementara menunggu Zana, aku mandi dahulu. Pintu aku biarkan tak berkunci takut Zana sampai ketika aku sedang mandi.

Tekaanku tepat. Loceng berbunyi ketika aku sedang ralit menyabun badan. Aku jerit minta Zana masuk dari dalam bilik air.

Aku keluar perlahan-lahan dari bilik air dan berlari ke bilik. Aku lupa bawa baju, jadi tak mahu tayang badan pada Zana lama-lama lagi.

Untuk pengetahuan semua, tubuhku agak tegap. Tidaklah berketul tetapi badan ku agak kurus dan ada six pack sikit. Waktu di sekolah dan universiti aku memang aktif bersukan. Sewaktu di JB pula aku rajin ke gym.

Zana sudah menanti di meja makan. Kelihatan lauk dan nasi sudah siap disenduk. Sepinggan untuk dia dan sepinggan untuk aku.

Di meja makan aku terhidu wangian yang agak pekat. Tak sangka Zana berwangi-wangian datang jumpa aku. Nampak saja kasar dia ni.

"Makanlah dulu. Nanti aku tolong kau kemas barang," katanya. Macam dia pula tuan rumah. Haha

"Aku ingat kau makan kat rumah. Mak kau suruh makan kat sini jugak ke?" kataku cuba bergurau. Zana tak menyahut. Hanya terdengar bunyi dia mengunyah makanan.

Aku juga mula makan. Disebabkan lapar dan masakan itu sangat sedap, aku melahap laju. Aku dah tak peduli pada Zana.

"Mak ayah aku balik kampung, aku duduk sorang. Tu makan sini dengan kau. Bosan makan sorang," Zana memulakan perbualan. Fokus makanku terganggu sedikit.

Kami terus berbual mesra sambil makan. Rupanya makanan itu Zana yang masak. Tak sangka gadis kasar ini pandai memasak.

Banyak yang kami sembangkan, terutamanya kenangan waktu kecil. Walaupun dah lama tak jumpa, kami mudah mesra. Mungkin sebab masing-masing sudah lama rapat.

"Kau ingat tak dulu kau kencing aku. Kau cakap ulat buah tu sedap makan. Aku makan terus termuntah!"

Zana tergelak besar. Makanan yang hendak disuap ke mulut terjatuh ke bajunya, tepat di dada sebelah kiri. Baju putihnya kotor terkena asam pedas.

Zana minta tisu tapi tiada. Aku pun tak tahu apa barang yang ada dan tak ada di rumah itu. Dia segera ke sinki. Kawasan yang kotor itu dipercik air.

"Habis kotor baju aku haha," Zana tergelak sambil mengibas sisa sambal di bajunya. Aku sedikit terlopong melihat kawasan yang basah itu kerana ia seakan lutsinar. Aku dapat lihat bentuk bra berwarna coklat.

"Woi, kau tengok apa?!" Zana menyergah. Aku yang serba-salah terus sambung makan.

Selesai makan aku meminta diri untuk ke bilik. Mahu unpack baju-baju yang ada. Zana berkeras mahu ikut.

"Tu barang lelaki la, malu la aku."

"Ahhh sama je barang laki dengan perempuan. Biarlah aku tolong, bosan aku nanti."

Dalam keadaan bilik yang kecil, bau perfume Zana semakin menyengat hidung. Dia membantu aku menyusun buku dan barang lain di meja. Dari belakang, aku dapat lihat punggungnya yang padu.

Zana pakai baju dan seluar yang agak ketat. Aku dapat lihat jelas bentuk tubuhnya. Buah dadanya tidaklah besar mana tapi punggungnya sangat mantap. Aku menahan stim sambil mengemas.

"Cukup dah kot hari ni. Esok aku sambung kemas. Nak rilek kejap lepas tu tidur," kataku kepada Zana yang sedang duduk di katilku. Semasa mengemas, Zana mengikat tudungnya di belakang tengkuk. Buah dadanya tiada pelindung lain selain baju dan bra di dalam. Walaupun kecil, nafsuku agak tergugat.

"Okaylah, aku balik dulu. Esok nak makan sekali tak?" Zana bertanya sambil memandangku. Wajahnya sangat manis, seakan-akan Janna Nick.

"Boleh. Esok kau datanglah panggil aku," aku menjawab mudah. Ketika ingin keluar melintasi aku di pintu bilik, Zana tersadung. Tubuhnya jatuh ke arahku. Aku pantas menyambutnya. Kami berpeluk dengan tak sengaja.

Tanganku merangkul belakang pinggangnya. Dapat aku rasakan buah dadanya di dadaku. Bau wangiannya menusuk hidung.

"Sorry Ariff. Aku gerak dulu," kata Zana melepaskan diri dari pelukanku. Wajahnya kemerahan.

Ah Zana, kau buat aku stim malam ni.....

#KawanWaktuKecil

Kawan Waktu KecilWhere stories live. Discover now