BAB 19

1.3K 41 6
                                    

Jazriq menyapu mulutnya dengan sehelai tisu selesai dia menyudahkan kunyahannya. Kemudian dia meneguk segelas jus oren . Sengaja dia melambatkan pergerakannya buat si gadis berang.

Najiha sedari tadi merenung Jazriq. Dia tiada selera untuk makan walaupun perutnya juga lapar.

' Lambat betul si sengal ni makan mengalahkan orang tak ada gigi ' . Kutuk aku dalam hati.

" Burppppppp , Alhamdulillah kenyang.."

Aku tayang muka jengkel apabila mendengar Jazriq sendawa.

" Okay, boleh kita mula?" Soalku pula.

" Sure." Tubuhnya disandarkan sambil mata fokus ke arahku.

Nafas aku tarik sedalam mungkin. " Macam yang saya cakap sebelum ini, kenapa encik buat keputusan yang melulu tanpa berbincang dengan saya?

" Keputusan apa? Aku rasa aku buat benda yang betul."

" No, Encik Jazriq. Awak tak sepatutnya telefon ibu saya. Saya belum bersedia untuk bagitahu semuanya ! ." Kataku dengan suara yang tertahan.

Jazriq mengeluh lalu berpeluk tubuh. Badannya dibongkok sedikit mendekati meja.

" Jiha, dengar apa aku nak cakap. Bila aku cakap aku nak kahwin dengan kau maknanya aku memang betul serius. Aku tak kisah apa orang nak kata. Aku harap kau faham kenapa aku buat semua tu."

"Tapi.."

" Ya, aku tahu aku jahil. Aku banyak dosa. Berfoya sana-sini. Sebab tu aku nak halal kan kau supaya kau ada untuk tarik aku bila aku terjatuh." Lirih betul suaranya. Dia memang betul luahkan apa yang terbuku di hati. Dia nak Najiha tahu yang dia betul-betul ikhlas.

Najiha terkedu mendengar pengakuan daripada Jazriq. Lama dia renung mata hitam milik Jazriq dan keikhlasan jelas terpancar di mata itu.

" Saya...saya perlukan masa. Saya memang perlukan masa. "

" Kan aku dah cakap. Aku bagi kau masa sebulan untuk fikir . Tapi kalau lagi cepat lagi bagus."

Aku julingkan mata ke atas. Dasar gatal !

" Tapi encik, kalau lepas dah habis tempoh itu saya tetap dengan keputusan saya encik boleh terima?"

Aku menatap wajah kacak milik Jazriq. Mahu melihat respon lelaki itu.

"Aku yakin kau akan terima aku ." ujar Jazriq penuh yakin.

Ingatkan sudah selesai makan Jazriq akan menghantarnya terus ke rumah, rupanya melecong ke tempat lain. Aku pula bagai lembu dicucuk hidung. Ikut sahaja ke mana langkah Jazriq. Nak mogok pun sudah tak ada guna. Kaki mereka betul-betul berdiri di hadapan pintu masuk bangunan Ipoh Parade.

Belum masuk pun dah ada banyak mata terteleng ke arah mereka, apatah lagi kalau berkeliaran dalam itu.

" Jom lah, kau tunggu apa lagi?" Soal Jazriq yang sudah kehadapan.

Aku berdecit perlahan sebelum membuntutinya. Ini kali kedua dia kesini. Dengan orang yang sama cuma situasi yang berbeza.

" Kita nak buat apa datang sini?" Wajah Jazriq disebelah aku pandang.

Kali ini Jazriq tidak memakai kaca mata hitam miliknya. Mungkin baru sedar yang dalam mall ini memang tak ada matahari kut. Getusku.

Wajah tampan itu mengoyak senyum sebelum memandang sekilas ke arahku. " Kita cari cincin nak?"

Tak semena aku memberhentikan langkah. Biar betik ?! Angin tak ada, ribut tak ada tiba-tiba ajak cari cincin. Ini karang kalau buat sesuka hati memang aku tak timbang dah keputusan aku. Memang reject terus !

Jazriq turut berhenti melangkah. Tubuh kaku Najihah yang berada di belakangnya di hampiri.

" Kau dah kenapa? Nak jadi patung cendana tengah-tengah alam ini?"

" Saya tak salah dengar ke yang awak cakap nak pergi cari cincin?"

Jazriq seakan-akan berfikir. Cuba bermain tarik tali dengan soalan gadis cantik di hadapannya.

" Iya, betul tapi aku tak cakap pun cincin itu untuk kau." Kening lebatnya dijongket. Mahu mengusik.

Jazriq menahan tawa melihat wajah cemberut di hadapannya. Comel !

" Ouh, saya ingatkan apa lah tadi." Langkah di atur meninggalkan Jazriq di belakang.

Kau dah kenapa ini Jiha. Sepatutnya kau lega yang dia bukan nak beli cincin untuk kau. Makna kata dia memang tak buat keputusan yang melulu. Tapi asal macam sedih aje bila dia cakap bukan untuk aku?

Dia mengeluh perlahan.

Kami melangkah masuk ke dalam sebuah kedai emas yang tertera nama Diamond & Platinum. Kami disambut mesra oleh pekerja di situ. Rata-rata mereka mengenali Jazriq. Siapa sahaja yang tak kenal CEO muda lagi kacak bergaya itu.

Kacak ? Boleh lah kut nak buat cuci-cuci mata. Hahaha..

" Welcome, Encik Jazriq." sapa seorang pekerja wanita berbangsa cina.

Jazriq sekadar mengangguk lalu duduk di atas sebuah kerusi yang disediakan di hadapan cermin berkaca itu. Aku turut melabuhkan punggung di sebelahnya.

Kilauan dari dalam kaca itu langsung tidak menghalang keterujaanku. Rambang mata nyah ! Tapi sedarlah diri sikit, Jazriq bukan nak beli untuk kau pun. Lupa ke apa yang dia cakap dekat kau tadi Najihah?

" Cantiknya." tuturku perlahan namun masih dapat didengari oleh Jazriq.

Jazriq merenung lama wajah cantik di sebelah. Teruja betul riaknya. Macam budak-budak yang baru dapat mainan. Lama dia berkedudukan begitu sehingga seorang pekerja menegurnya.

" Beli untuk." suara pekerja itu tergantung sambil memandang ke arahku dan Jazriq silih berganti.

" Someone special." ujar Jazriq tiba-tiba.

Aku pandang muka tak beriak itu. Someone special? Siapa? Kalau dia dah ada someone special, kenapa beria nak kahwin dengan aku?

Pelbagai soalan muka bermain di minda. Tapi aku tetap pamerkan riak tenang. Tak apa Jiha, kalua betul dia dah ada someone special kau dah ada sebab kukuh untuk tak terima dia.

" Tolong ambilkan I cincin yang itu." Kata Jazriq lalu menunjuk ke arah sebentuk cincin bertahtakan tiga bentu berlian kecil bewarna putih. Nampak cantik dan simple.

Najihah turut memandang ke arah kaca yang terdapat pelbagai bentuk cincin itu.

' Eh, itukan cincin yang aku berkenan tadi. Hm, melepas aku nak berangan pakai cincin itu. '

" Cuba kau pakai . Muat tak?"

Jazriq menyua cincin itu kepada aku.

Terkebil-kebil aku memandangnya. Kata nak beli dekat orang lain, tapi nak suruh aku cuba. Kau nak apa sebenarnya ini?

Lambat-lambat aku menyarung cincin itu ke jari manisku. Tanpa sedar terukir senyuman di bibirku.

Cantik sangat!

" Cantik. Padan elok dengan kau." Suara garau di sebelah mematikan lamunanku. Segera aku menanggalkan cincin itu dan letak ke dalam kotak baldu berwarna biru.

'Jangan nak berangan Jiha. Dia beli untuk orang lain bukan untuk kau . Tak payah nak perasan sangat! '

"Nak ambil yang itu ke encik?"

" Ya, bagi saya yang itu." Jawab Jazriq tanpa ragu.

Setelah pekerja itu berlalu, aku mula bersuara.

" Encik memang dah habis fikir ke nak ambil cincin tu?"

Jazriq mengerut dahi . " Maksud kau ?"

" Tak adalah, saya tahu encik banyak duit. Tapi macam mana kalau cincin itu tak muat dengan jari 'someone special' yang encik nak bagi itu."

Jazriq senyum senget. Kalau tak fikir mereka tiada hubungan yang halal, mahu sahaja dia menggosok kepala itu. Nampak seperti ada nada cemburu.

" Aku yakin itu memang saiz jari dia. Pasti muat. Kau tak payah risau." ujar Jazriq penuh makna.

Aku menjeling dia. Lantak lah, duit kau bukan duit aku !

Calon Isteri CEO SengalWhere stories live. Discover now