BAB 20

226 13 2
                                    

Jazriq berjalan beriringan dengan Najihah keluar dari kedai cincin itu. Tanpa mereka sedari sepasang mata galak memerhatikan gelagat mereka berdua.

Jelas riak bahagia terpancar pada wajah kacak milik Jazriq.

"Ouh, patut lah banyak je alasan bila aku ajak keluar" Tengku Emelin mendengus lalu mendail nombor Jazriq.

Deringan telefon mematikan senyuman Jazriq. Sebaris nama yang terpancar di skrin telefon dipandang. Butang off ditekan lalu telefon itu dimasukkan semula ke dalam poket seluar.

Baru sahaja dia dan Najihah melabuhkan punggung di dalam kereta, telefon kembali berdering.

" Jawab la encik. Naik rimas saya dengar telefon encik asyik berbunyi." Kata Najihah.

"Bukan penting pun." Enjin kereta dihidupkan.

"Kalau tak penting tak adalah dia nak bunyi banyak kali.."

Jazriq menoleh wajah cantik disebelah. Tidak semena bibirnya menjongket senyum.

"Kau jealous ke? "

Najihah julingkan matanya. " Lambat lagi saya nak jealous. Setakat call je pun, apa ada hal"

Tengku Emelin mencampak telefon di atas meja. Muka yang putih mula menjadi kemerahan akibat menahan marah.

" Hey, what's up Lin? Apa yang kau marah sangat ni?" Soal Rina.

" Aku nampak Jazriq tadi, dengan seorang perempuan. Bukan main seronok bergelak ketawa. So, aku try la call. Tapi dia declined call aku!"

" Cantik ke perempuan tu?" pancing Rina.

"Eh hello, mata aku tak rosak lagi nak beza cantik dengan hodoh okay. Dah la berlitup macam ustazah."

"Lepastu, yang kau risau sangat kenapa? Dah sah-sah dia tu bukan taste Jazriq. Chill dah la."

Sedikit sebanyak hati Tengku Emelin terpujuk dengan kata Rina.

__
Ting! Ting!
Ting! Ting!
Ting! Ting!

Dari tadi notifikasi di telefon milik Jazriq tidak henti berbunyi. Selang beberapa saat deringan telefon pula kedengaran.

Dalam keadaan malas dia bangun dari tidur. Mata yang separa pejam digagahkan untuk buka. Nama Aril tertera pada skrin.

"Helo, ada apa?"

"Jaz, kau tengok phone sekarang."

"Ada apa? Kau tak boleh settle kan ke?" soalnya sambil tangan menutup mulut yang sedang menguap.

" Sebab tak boleh la aku suruh kau tengok phone tu sekarang."

"Hmm yelah" panggilan dimatikan.

Terkebil- kebil Jazriq membaca apa yang tertera pada skrin.

"Aik, asal semua tag aku dengan IG ni?" Dia menekan ikon bewarna ungu itu.Satu persatu notifikasi dibuka.

CEO MUDA BAKAL TAMATKAN ZAMAN BUJANG

Gambar dia dan Najihah dari belakang terpapar pada muka hadapan page Hangat.com

Jari laju menekan noti yang lain.

HATI CEO SUDAH DIMILIKI

Juga gambar yang sama, cuma berbeza sudut saja. Wajah Najihah di blur kan. Butang komen ditekan.

Nawwal_ as : Alaaaaa crush aku dah dimiliki😭
Gergurl45 : OMGGGG!!!!! Tak sabar nak tengok diorang kawin😍
Kittypuff: Seriously? Tak payah la blur kan mukaaa!!Kami nak tengok!!

Jazriq ketawa kecil. " Cepat betul berita tersebar. Nak taknak kau kena terima la Jiha oii.."

Bingkas dia bangun dari katil. Rasa tak sabar pulak nak kahwin. Dalam kepala dah plan macam-macam untuk harini.

Calon Isteri CEO SengalWhere stories live. Discover now