Seperti yang dirancang,pagi itu kami bertiga jogging di taman polo.Hari minggu memang ramai orang dan majoriti adalah kaum cina.
Nasib kasut sukan Una ini muat-muat saja dengan kaki aku.Kalau tak mahu ada yang melecet balik nanti.
"Jiha,jom lari."
Aku mengangguk setuju.Kami berdua berlari anak mengelilingi taman polo.Abang Khai sudah lenyap entah ke mana.
Laju betul dia.
Setelah penat,kami berehat sebentar di kerusi batu yang disediakan.Aku mengelap peluh menggunakan tuala kecil yang dibawa.
"Kalau hari-hari macam ini,mahunya tinggal tulang je aku."Ujar Una dalam mengah.
"Tak adanya jugak kalau kau tak jaga makan."
"Betul tu.Abang setuju."sambut satu suara dari arah belakang.
Eh dia ini.Sekejap ada sekejap tak ada.
"Sibuk je la abang ni.Adalah tu nak menyakat orang."
Khairul ketawa kecil.
"Mana ada.Abang tak cakap apa pun."
Aku sedari tadi hanya jadi pemerhati.Mereka nampak bahagia.Walaupun Abang Khai tu bukan keluarga kandung dalam keluarga mereka.
"Eh,dah la jom balik.Dari tadi abang asyik dengar perut Jiha tu berbunyi."ujar Khairul mematikan lamunanku.
Lalu dia berjalan meninggalkan kami yang terpinga-pinga.
Dia kata aku ke?Tak semena tangan dibawa ke perut.
Kuat ke bunyi dia?
Una disebelah sudah bangun sambil ketawa kepadaku.
"Malunya lahaii."lambat aku bergerak ke kereta.
"Una cakap dengan abang yang Jiha nak cari kerja.Betulkah?"tanya Khairul sambil menoleh sekilas ke arahku melalui cermin pandang belakang.
"Hah?Haah,saya nak cari kerja kat Ipoh."
"Jiha nak kerja macam mana tu?"
Aku menggigit bibir.
"Tak kisah,asalkan halal."
Aku nampak Abang Khai mengangguk sedikit.
Perbualan kami terhenti setakat itu.Hanya suara dj radio yang memecah kesunyian.
"Jaz,malam ni kita pergi dinner rumah aunty Emmy ya.Jangan nak pergi mana-mana pula malam ni."pesan Datin Huda.
Jazriq yang sedang menonton televisyen menoleh ke arah mummynya.
"Mummy,Jaz dah janji dengan Aril lah nak keluar malam ni."
"Cancel it!"
Tercengang Jazriq dibuatnya.Semudah ABC!
"Mummy,apa yang penting sangat dinner tu sampai Jaz kena ikut sama?"
"Selagi Jaz tak bawa calon isteri jumpa mummy dengan daddy,selagi itu mummy akan buat macam ini!"
"What mummy?Apa ni?Jaz kan dah besar,hal kahwin tu nanti Jaz boleh cari sendiri la."
Datin Huda mendengus."Sebab mummy bagi Jaz cari sendiri lah sampai sekarang tak jumpa-jumpa!Kalau dah susah sangat biar mummy saja tolong carikan!"
"Mummy,please.Okay Jaz janji akan bawak calon isteri as soon as posible!"
"Itu janji dua tahun lepas Jaz.Mummy dah muak dengar janji Jaz."
Jazriq buntu.Pelipisnya dipicit.
"Okay mummy,dalam masa sebulan ini Jaz janji akan bawa calon Jaz jumpa mummy dengan daddy.Amacam?"
Datin Huda merenung wajah tampan anak terunanya.
"Okay!Mummy bagi tempoh sebulan.Lebih sehari,memang mummy nekad mummy sendiri yang akan carikan untuk Jaz."ujar Datin Huda lalu hilang ke dapur.
Jazriq menghembus nafas lega.Masak aku!
Aril kau memang kena tolong aku!
"Mak cik nak tolong angkat apa lagi?"soalku kepada Puan Saleha ibu kepada Una.
"Tak ada apa dah.Jom kita makan."balasnya lalu kami bergerak menuju ke ruang makan.
"Abang mana?"soal Encik Talha.
"Kat atas kut,tadi dah panggil..."belum habis Una bercakap Abang Khai sudah turun menuju ke arah kami.
Kerusi di hadapanku ditarik.Aku memandangnya yang sedang tersenyum.
Kacak maut!
Eh,apa aku merepek ni?Astaghfirullahalazim...
Selesai mengaminkan doa,kami semua mula menjamah juadah yang disediakan.
"Eh,Jiha makan la lauk ni banyak sikit."kata Abang Khai lalu menceduk sambal udang ke dalam pingganku.
Malu aku dibuatnya.Mana tidaknya dah semua mata merenung ke arahku.
"Terima kasih."
Diam.Masing-masing sibuk dengan makanan dalam mulut.
"Abang balik bila?"soal Puan Saleha.
"Petang sikit lagi abang balik ma,kenapa tu?"
"Lah,sekejapnya.Ingat lama lagi."
Khairul menayang sengih."Ikutkan memang nak lama lagi,tapi tu lah ada kerja sikit.Lagipun umi dah bising suruh balik."
Aku memandang Abang Khai sekejap.
Tak semena dia pula memandangku sambil tersenyum manis.Arh,kalut!
Macam mana boleh kantoi pula ni!
YOU ARE READING
Calon Isteri CEO Sengal
RomansaSeorang gadis yang berhijrah ke bandar untuk mencari kerja bagi menampung keluarga yang miskin. Tugas ayah diletakkan di bahunya setelah ayah tidak peduli langsung kepada mereka. Harapannya langsung musnah apabila dengan tak diduga dia bertemu denga...