Aku melangkah longlai keluar dari syarikat gah itu.'Tak guna betul.Kalau aku tahu macam itu gaya dia interview orang dah lama aku cancel awal-awal nak mohon jawatan itu.'
Jam di pergelangan tangan kanan dipandang.Dah nak masuk waktu lunch.Perut pun dah bunyi rentak lain macam.Ada baik aku pergi makan isi perut daripada layan perasaan teringat dekat mamat sengal tadi.
Selesai membeli makanan aku mengambil tempat yang agak tersorok di kios Subway itu.Mata sempat diliarkan ke sekeliling.Waktu macam ini memang ramai yang keluar pergi makan.Masing-masing nak cari makanan isi perut.
Sedang asyik mengigit roti panjang itu telefon berbunyi minta diangkat.
BFF Una
Tangan segera menggesel ikon hijau."Helo,Una."
"Ha,helo Jiha.Kau kat mana?Aku dah sampai ni."
"Hah?Dah sampai?Aku kat Subway ini,kejap aku dah sudah.Tunggu tau!"
"Iya,cepat sikit."
Panggilan dimatikan."Haish Una ni pun bukan nak wassap dulu ke apa.Kan dah kelam-kabut dibuatnya."omelku sambil kalut menyimpan telefon ke dalam bag.Air yang masih berbaki dibawa sekali.
Sebabkan terlalu kalut Jiha tak semena terlanggar seseorang.
"Ouch!Omaigod!"
'Alamak!Apa yang kau dah buat ni Jiha.?!'
Dia perasan banyak mata memandang ke arahnya.Mahunya tak banyak,dah la sekarang memang waktu orang keluar isi perut.'Aaduh,malu nya.'
"Sorry encik,sorry saya tak sengaja."Ucapku lalu cuba mengeluarkan tisu dari poket bag.
"Eh,mata you letak mana?!Lain kali jalan itu pakai mata jangan pakai lutut!."Tengking suara garau itu.
Halamak!Apalah malang sangat nasib aku hari ini,tadi kena tengking dengan mamat sengal tu,sekarang dengan mamat tah mana-mana pulak ini.
Eh kejap.Tapi suara ini macam pernah dengar la.
Kepala didongak untuk melihat pemilik kemeja putih yang terkena air milo itu.
"You?!"
"Encik?"
Soal mereka serentak.
"Erk,maaf encik saya tak sengaja.
Jazriq mengibas bajunya yang basah. " Maaf,maaf! Tu je lah kau tau." bebelnya sambil merengus kuat.
Jiha jadi tak keruan.Aduh,kenapalah cuai sangat kau ni.
"Erk,apa kata encik bagi baju tu biar saya tolong cuci." ujar Jiha takut-takut.
Mencerlung Jazriq merenung gadis di hadapannya. "Kau nak aku buat free show dekat sini?"
"Erk..." Jiha hilang kata. Daripada nak cepat tadi terus lambat.Itulah kau jalan pakai lutut lagi. Jam tangan dikerling sekilas.Mesti Una tunggu lama.
"Hmm,encik..Saya sebenarnya dah lambat ni. Apa kata kalau encik pergi basuh sendiri dekat tandas,lepastu esok saya datang ofis encik,saya ganti baju encik yang kotor tu?" terkebil-kebil Jiha memandang lelaki yang lebih tinggi daripadanya itu dengan muka berharap.
Satu.Dua.Tiga.
"Okay,saya anggap tanda diam encik tu maknanya setuju la ya. Saya minta diri dulu. Bye !"
Terus aku beredar meninggalkan lelaki itu yang masih terpinga-pinga.
"What?! Woi,baju aku !"
Dia dah tak peduli dengan mata-mata yang memandang. Lantaklah nak kata apa sekalipun,janji rasa malu dia terhadap baju yang kotor tu terjamin.
"Lambatnya kau. Tadi kata dah nak turun.Tapi dah nak dekat setengah jam kut aku dekat sini." belum sempat pun punggung tu panas dah macam-macam soalan keluar dari mulut Una.
"Sorry Una. Tadi ada hal yang aku nak boleh nak elak." ujarku sambil menarik tali pinggang keledar.
"Hal? Hal apa?" soal Una lagi sambil mula menekan pedal minyak.
Aku mengeluh perlahan. Macam-macam betul dugaan hari ni. Rasa nak nangis pun ada.Nafas aku tarik dalam.
"Una, aku rasa aku tak lepas la interview ni."
Husna mengerut dahi. Wajah sahabatnya dikerling sekilas. " Tak lepas? Asal pulak? Dia terus bagitau result ke macam mana?"
Aku mengemam bibir. "Cerita dia macam ni.."
Langsung aku menceritakan semua yang telah terjadi bermula dari kaki ini baru jejak ke dalam bangunan syarikat megah itu sehinggalah kejadian di hadapan Subway tadi.
"Serius lah Jiha?" soal Una tidak percaya.
"Kalau aku tipu kau apa faedah yang aku dapat?"
Husna tersenyum sumbing. " Tak adalah,cuma aku macam...kesiannya kau."
Aku menjuih bibir.Memang hidup aku ni mudah mendapat simpati orang ke? Keluhku perlahan.
"Tak ada apalah Una. Lagipun aku rasa tak nak pulak jawatan tu. Biarlah. Anggap jelah tak ada rezeki aku dekat situ."
Myvi milik Una mula memasuki perkarangan rumah. Masing-masing melepaskan seatbelt. "Apa kata kalau kau kerja aje dengan abang aku?"
Aku memandang Husna. "Kerja dengan Abang Khai?"
Laju gadis itu mengangguk. "Kalau kau nak nanti aku bagitau dia.Mesti dia okay punya."
"Tak apa ke? Nanti apa pulak orang kata. Lagipun,aku bukan kenal siapa-siapa pun dekat KL tu. Tak naklah." tolakku.
"Lah,kan ada Abang Khai. Dia la yang akan tolong kau dekat sana nanti." tutur Una sambil menggengam tanganku.
"Eh,kau gila ke apa? Takkan siang malam dia nak awasi aku kut? Dia pun ada life dia lah. Lagipun mesti lah tak manis kalau orang tau."
"Tak payah lah.Kerja dengan mamat sengal tu aku tak nak,dengan Abang Khai pun aku tak nak. Titik ! " pintu kereta dibuka lalu langkah di atur masuk ke dalam rumah.
"Mamat sengal? Sukahati dia aje nak panggil orang dengan gelaran tu." bebel Una lalu mematikan enjin kereta.
YOU ARE READING
Calon Isteri CEO Sengal
RomanceSeorang gadis yang berhijrah ke bandar untuk mencari kerja bagi menampung keluarga yang miskin. Tugas ayah diletakkan di bahunya setelah ayah tidak peduli langsung kepada mereka. Harapannya langsung musnah apabila dengan tak diduga dia bertemu denga...