3: Gaduh

42 1 0
                                    

*Hazygel pov

Aku ada rancangan sempurna supaya Daniel tak dekat² lagi dengan Alice. Bukan sebab aku suka si Alice tu tapi Daniel kan kawan aku ¯\_( ͡° ͜ʖ ͡°)_/¯. Tak kuasa la aku ada kawan yang nak dekat² dengan si Alice tu

Malam, aku mengetuk tingkap Alice menggunakan penyapu kerana bilik kami bersebelahan dan di tingkat atas.

Dia membuka tingkap

Memandangku dengan tatapan mautnya

"Apa kau nak?(ノಠ益ಠ)ノ" marah Alice

Aku melemparkan sampul ke arahnya. Nasib tak jatuh kebawah lagi pun jarak tingkap kami kira² 2 dapa je

Alice membuka. Disampul itu ada gambar Daniel dan exgfnya. Aku sengaja je bagi

"Kenapa kau bagi aku gambar ni?"

"Saja je nak bagitau kau. Tu exgf Daniel. Kalau dia tahu kau dekat² dengan Daniel. Silap² botak rambut kau dia kerjakan. Ex Daniel tu mental sikit" ujar ku

"Jadi?" Alice bertanya dengan muka kosong

"Kau jangan dekat² kat dia kalau taknak kena kerjakan"

"Bukan aku yang terhegeh kat dia"

"Oh habis tu kau suka si Daniel tu lah?"

"Apa yang kau merepek tengah² malam ni ha? Dah lah" Alice ingin menutup tingkapnya

"Patutlah takde orang yang suka" sindirku

Alice membuka kembali tingkapnya "apa kau cakap?"

"Patutlah kau sampai sekarang takde pakweeee, perangai macam ni. Kalau aku, aku pun tak hingin"

"Elehh.. aku pun tak hingin lah dengan kau!" Bentak Alice

"Single lah kau sampai tua" sindirku lagi dan ketawa terbahak²

"Hazygellllll!!!" Alice marah

"HAHAHAHAHA! Manalah ada orang suka kat kau. Dah lah perangai macam HAHAHAAH. Pastu berdikari pun tak tahu, harap muka je. Tu pun tak cantik. Cantik lagi selipar aku HAHAHAHA" Aku mengata Alice tanpa sedar dan ketawa terbahak bahak

"Hazygelಠ_ಠ"

"HAHAHA kejap aku belum habis. Kau ni dahlah annoying gila. Selekeh." Aku masih ketawa

"Sekurang kurangnya keluarga aku masih ada masa untuk aku! Bukan macam kau ni. Macam anak terbuang!" Alice marah

Aku berhenti ketawa. Sejujurnya, perkataan Alice benar dan itu membuatkan aku sangat tersinggung

*Alice pov

Aku tersedar perkataanku sudah melampau. Aku terus menutup mulutku. Tak guna. Mulut aku ni toxic gila

Hazygel menatapku dengan mata sayu

Dia terus menutup tingkap, langsir dan lampu biliknya terus mati

Aku hanya terdiam di tingkap.

Baguslah. Sekarang aku dah rasa bersalahರ_ರ

..........

*Author pov

Hari bekerja. Alice duduk dimotor di awal pagi. Selalunya dia lambat. Hari ni entah kenapa dia awal pulak

Bukan Sahabat (Completed ✅)Where stories live. Discover now