5: Gambar aku dengan dia

45 1 0
                                    

Malam

*Hazygel pov

Dah jam 8 lebih malam, belum nampak kelibat Alice. Sekarang aku tengah duduk kat pondok depan rumah aku. Aku nak bagi payung dan kipas dia balik. Sebenarnya boleh je aku bagi tadi waktu nak balik tapi aku tengok dia sibuk

Setengah jam aku menunggu akhirnya dia pun sampai. Aku terus ke pagar sebelah rumah.

Alice membuka helmetnya

"Oi ni kau punya" kataku

Alice pun menghampiri dan mengambil payung dan kipasnya

Aku hanya diam

Alice pun diam dan ingin melangkah tapi dia berhenti sekajap dan kembali menghadap aku

"Ye?" Tanya ku. Padahal dia belum cakap apa²

Nampak sangat aku terhegeh ke apaಠ﹏ಠ

"Emmmm" Alice ragu²

Aku masih menunggu dia bercakap

"Aku nak minta maaf pasal hari tu. Aku tak sepatutnya ungkit pasal ibu ayah kau. Aku mengaku yang aku salah" Alice meminta maaf

Sebenarnya aku memang sangat tersinggung pasal ni. Tapi aku marah lama² pun tak adil untuk dia kalau dia pun dah sedar yang dia cakap tu melukakan hati aku

"Ni duit tempahan kau" Alice menghulurkan duit "tak pe lah pasal pakaian tu"

Aku memandang Alice

"Ambil ni" dia masih menghulur

"Macam ni lah. Ni bukan sebab aku nak berbaik dengan kau. Ambil duit ni. Aku ambil pakaian tempahan aku. Sebagai ganti, kau ambil balik tempahan makanan restauran aku. Kesian lah pekerja kau. Aku tau kau bagi dorang makanan kat restauran lain tapi dorang memang dah biasa dengan restauran aku dari dulu" kata ku

Alice mengangguk "pakaian kau ada kat rumah aku"

Aku bergegas melangkah pagar

"Eh kau nak buat apa?" Tanya Alice panik

"Nak ambil baju aku lah. Kau kata ada kat rumah kau" kataku

Aku dan Alice pun masuk kerumah

Ada abang Leo tengah tengok tv

"Abang Leo, Alice dah balik" kata Alice

Sumpah! Ni kali pertama aku masuk kat dalam rumah Alice selepas 10 tahun. Selalunya aku kat luar je kalau ibu ayah ke sini

*Author pov

Leo pun menghampiri Alice dan memeluknya "macam mana kerja?"

"Semua ok" Alice tersenyum manja

"Mama papa belum balik sebab ada majlis kebudayaan malam ni kat resort. Mungkin dalam 2 jam lagi balik lah kot"

"Ohh.. tak pe lah, Alice video call mama papa je"

Bagi Hazygel, dia tak pernah melihat Alice bersikap manja macam ni. Tapi itulah perangai perempuan. Walaupun ganas disisi lain dia jugak ada sikap lembut dan manja

"Tak pernah kau masuk sukarela kat dalam rumah ni?" Kata Leo

"Errr" Hazygel takut menjawab

"Dia nak ambil baju tempahan. Alice pergi ambil dulu" kata Alice dan pergi

"Ha duduk lah" Leo menyuruh Hazygel duduk

Bukan Sahabat (Completed ✅)Where stories live. Discover now