11: Keliru

46 0 0
                                    

*Author pov

Alice tanpa sedar memeluk Hazygel kembali tapi tidak berkata sepatah katapun

Selang beberapa saat. Alice kembali tersedar dari kenyataan. Kenyataan yang sebenarnya Hazygel membenci dirinya sudah lama

Alice menolak pelukan Hazygel

"Kenapa? Aku belum nak lepaskan" kata Hazygel

"Eerrr ... Aku rasa kau tengah bingung ni." Ucap Alice panik

Hazygel nampak keliru. "Maksud kau? Aku tak bingung"

Alice berdiri.

"Alice, aku serius" tegas Hazygel turut berdiri

"Aku yakin yang kau sekarang keliru. Bezakan mana rasa cinta dan mana rasa bersalah. Selama ni kau benci aku bertahun tahun. Mustahil untuk kau suka, ni kan pulak nak jatuh cinta. Kau sendiri cakap yang kau akan benci aku sampai mati." kata Alice

"Alice, kau tak faham, akuu betul² serius sekarang. Tu dulu, sekarang lain" Hazygel tulus menyatakan perasaannya

"Aku nak balik" kata Alice

Hazygel sedih sebab Alice berfikir yang dia hanya bermain main.

*Hazygel pov

Takkan lah kau masih fikir aku tak serius bila aku dah cium kau Alice

Aku sangat sedih sekarang. Sejujurnya, ni kali pertama aku sangat sedih

Kenapa Alice tak faham apa yang aku cuba sampaikan

"Haz, aku nak balik" pinta Alice

Aku tak mahu menekan dan memaksanya. Aku pun mengikuti kemahuannya

Sepanjang jalan kami tidak bercakap dan Alice hanya memalingkan mukanya ke arah tingkap

Sampai didepan rumah Alice

Alice terus turun. Aku bergegas turun dah menghampirinya yang membuka pagar rumah

"Lice, aku serius" kataku

Alice diam.

Kau tak tahu ke yang aku betul² berharap yang kau akan percaya kat aku sekarang

Alice menatapku sekejap.

Aku menunggu dia untuk membuka suara

Tapi yang ku tunggu hanya dibalas sebaliknya. Alice terus masuk ke rumahnya tanpa sepatah kata pun

Aku kecewa

Aku pun pergi dari sana

Sesampai dirumah, aku terus merebahkan diri ke katil.

Memikirkan kejadian tadi

*Alice pov

Aku baru je siap lepas mandi. Kini aku duduk di depan cermin untuk memakai skin care malam ku.

Apa yang terjadi di antara aku dan Hazygel tadi sangat tak aku duga

Macam mana Hazygel boleh jatuh cinta kat aku padahal dia lah orang yang paling benci kat aku

Takkan fikiran dia mudah berubah?

Tentang ciuman, mungkin dia cuma terbawa suasana.

Dia mesti keliru

Atau

Aku yang keliru?

Aku menoleh kesamping meja. Ada headband yang tadi ku pakai bersama Hazygel

Bukan Sahabat (Completed ✅)Where stories live. Discover now