*Hazygel pov
"Pertama, kau ajak dia jalan seharian. Bukan dua tiga jam. Tapi dari pagi sampai malam" - Daniel
Itu saranan pertama Daniel.
Bagiku itu agak sukar di lakukan sebab dalam seminggu kami hanya ada cuti 2 hari. Malahan, Alice mesti fikir yang aku pelik lagi sebab nak ajak dia jalan seharaian
Dahlah aku nak cium dia hari tu. Sekarang aku nak bawa dia jalan seharian pulak༎ຶ‿༎ຶ confirm dia cakap aku ni gatal nanti ಥ╭╮ಥ
Macam manaa!!!!!!
Aku pun terus terfikir mama Alice. Aku bergegas menelfonnya dan memberitahunya untuk memujuk Alice keluar dengan ku untuk jalan². Mendengar itu Mama Alice gembira.
*Author pov
Mama Alice memang dari dulu ingin anaknya itu berbaik dengan Hazygel sebab mereka tak pernah nak akur
Mama Alicepun langsung menelfon Alice
Alice yang sibuk bekerja memang tak pernah tak angkat bila mamanya menelfon
"Ye mama?" Jawab Alice "rindu Alice keee?(. ❛ ᴗ ❛.)"
"Mestilah rindu anak mama. Oh ye Alice, kamu kat sana kan ada asistant kedai"
"Ye ada"
"Esok kamu off dulu macam mana? Suruh asistant jagakan kedai sementara untuk sehari"
"Off? Kenapa mama? Mama nak Alice tolong² kat resort ke?"
"Eh bukan tu"
Alice kehairanan "lah? Habis tu?"
"Mama nak Alice keluar dengan Hazygel esok"
"Haaaa?! Kenapa pulak?" Alice terkejut..
"Jangan menolak. Esok Alice mesti keluar dengan Hazygel. Ok?"
"Mama~~~~?" Alice mengeluh
"Alice~... Bukan ke kamu pernah cakap yang Alice tak nak bermusuh dengan dia lagi?"
Alice memang tak nak bermusuh dengan Hazygel lagi. Tapi buat masa sekarang jumpa dan luang masa dengan Hazygel akan buat dorang canggung. Hanya di sebabkan kejadian hari tu. Tapi Alice tak dapat menolak apa yang di pinta ibunya
"Ok lah mama...esok Alice keluar dengan Hazygel"
Selepas itu, Mama Alice mengirim mesej kepda Hazygel
Hazygel tersenyum gembira... Dia pun kembali bersemangat untuk bekerja.
Semua pekerja nya hairan melihat Hazygel senyum² sendiri
Memang kalau dah angau macam ni ek?😂
............
Malamnya Hazygel memandang telefonnya. Terpampang nama Alice dan nombornya. Dorang tak pernah berbalas mesej mahupun menelfon antara satu sama lain
*Hazygel pov
Call ke tak. Call ke tak
Macam mana niii? Aku takut nak call😭
Aku bejalan ke depan, belakang, kiri dan kanan. Macam mana ni༎ຶ‿༎ຶ
Ni kali pertama aku rasa takut macam ni. Aduuuhh
Tiba² telfonku berbunyi. Ku lihat "Alice"
Namanya yang terpampang. Alice call aku
"Arrrghhhhh!" Aku berteriak terkejut
YOU ARE READING
Bukan Sahabat (Completed ✅)
RomanceAlice dan Hazygel sudah lama kenal semenjak mereka kecil. Hazygel sangat membenci Alice dan ini juga membuat Alice membencinya.Apakah yang terjadi seterusnya? PERINGATAN: CERITA INI BERUNSURKAN BARAT. JADI CERITA NI BERLAKU DI NEGARA BARAT DAN ORANG...