1: Benci

204 3 0
                                    

PERINGATAN: CERITA INI BERUNSURKAN BARAT. JADI CERITA NI BERLAKU DI NEGARA BARAT DAN ORANG BARAT. JADI SUDAH TENTU ADA SEDIKIT CERITA YANG MUNGKIN TIDAK SESUAI UNTUK KANAK² ATAUPUN ORANG YANG TAK BERAPA SUKA DENGAN ADEGAN KISSING² DAN SEUMPAMANYA. JADI TOLONG BERI KERJASAMA. TERIMA KASIH

*Hazygel pov

Hai, aku Hazygel

Aku menuruni tangga rumah dan terus menuju keluar. Ibu dan Ayah tiada di rumah. Mereka selalu keluar negera untuk urusan kerja. Maklumlah, bisnes. Kami boleh dikatakan orang kaya di kawasan tempat tinggal disini. Aku pun ada bisnes sendiri sebagai owner restauran berkelas, dah banyak cawangan restauran aku kat bandar². Baru saja aku nak masuk ke dalam kereta. Rumah yang ada disebelahku terdengar sangat bising

"Mama~~~! Nanti tak sempat niiii~~~!"

Itulah teriakan perempuan yang 4 tahun lebih muda dariku. Umurku 27 tahun dan dia 23 tahun. Namanya Alice. Musuh ketat aku

"Mama, Alice jalan dulu ye" kata Alice sambil keluar rumah dan bergegas menghidupkan enjin motor

"Nampaknya ada orang yang baru nak dapat kerja" sindirku

Alice menoleh kearahku "excuse mehh?bukan nak dapat kerja ye. Tapi dah dapat kerja"

"Eleh, setakat kerja yang biasa² je. Sape nak pandang" sindirku lagi

"Eh eh eh mamat longkang ni, aku bukan kerja biashe² tau. Tengok ni!ಠ◡ಠ" Alice menunjukkan surat

Aku tak nampak apa yang tertulis di surat tu jadi aku pun mendekatinya di pagar. "Meh sini! Kau pikir mata aku ni boleh zoom ke apa?!"

Alice melemparkan surat

Aku membacanya "haaa!? Kenapa pulak tiba² kau boleh jadi pemilik kedai jahit kat sebelah restauran aku ni!?"

"Kau ni bod*h ke apa? Kau lupa ke yang kedai tu makcik aku punya?"

"Apa kaitannya?"

"Oiii! Makcik aku tinggalkan waris ni kat aku!" Alice berteriak kepadaku

"Waris kepala bapak kau"

"Sape cakap kepala aku tu ha?" Terdengar suara papa Alice dari dalam

"Ha baru kau tau" kata Alice

Aku menggigil sekejap. Papa Alice ni memang garang "Ni aku tanya, macam mana kau boleh ambil kedai jahit makcik kau? Takkanlah dia harap orang macam kau ni ambil kedai dia. Dah lah kedai makcik kau tu bukan biasa². Banyak orang² terpandang jadi pelanggan kat sana. Termasuk akuuಠ‿ಠ" kata ku

"Kau ni nyanyok ke apa?ರ╭╮ರ. Kan makcik aku meninggal 3 bulan lepas sebab kemalangan! Jadi dia ada tinggalkan waris untuk aku lahhhhh! Memandangkan dia tak berkeluarga dan papa aku satu²nya yang dia ada.. jadiiiii makcik aku wariskan kat akuuu!" Kata Alice panjang lebar

"Kenapa waris kat kauuu! Kenapa tak papa kauuu?ಠ_ʖಠ" Kataku tak puas hati

"Sebab aku kesayangan makcik akuಠ益ಠ. Dah lah! Ish aku dah lambat ni!" Alice pun terus pergi dengan motornya

Sebenarnya, keluarga Alice ni tak kalah kaya dari kami. Papa dan mamanya pemilik resort² di pantai hujung kediaman kami yang sentiasa jadi tarikan pelancong. Entah kenapa Alice tak berminat nak ikut uruskan resort² tu. Pemilih!

Bukan Sahabat (Completed ✅)Where stories live. Discover now