6: Aku minta maaf

48 1 0
                                    

*Hazygel pov

Dah hampir seminggu aku dan Jimmy sibuk urus festival makanan. Manakan tak sibuk, urus makanan, tempat, kem, pentas dan banyak lagi

Si Jimmy yang selalu penting kan bau badan dia pun dah tak peduli🤣

Restauran aku diurus eh orang kepercayaan aku jadi aku taklah risau sangat

Sekarang aku dalam perjalanan ke restauranku. Saje je singgah kejap nak tengok keadaan kat sana

Dah sampai dan keadaan macam biasa. Elok je

Lepas setengah jam aku kat sana. Aku pun keluar

Tapi ada sesuatu pemandangan yang menghentikan aku

Daniel memandu motor dan di belakangnya Alice. Mereka baru sampai

Aku terus bersembunyi di balik tembok

Aku dengar apa yang mereka bualkan

"Terima kasih tau untuk harini. Kalau takde awak, tak tahu lah saya nak buat macam mana" - Daniel

"Tak de masalah lah. Kan saya dah kata, saya boleh handle semua" - Alice

"Kalau macam tu, sebagai balasan. Apa kata malam ni kita keluar" - Daniel

"Malamni?" - Alice

"Ha ah" Daniel

"Emmm apa kata esok? Sebab esok saya cuti kerja. Awak pun cuti. Jadi sama² free kan. Malam ni saya balik lewat sikit sebab nak urus pembaharuan kedai. Tengok tu. Orang² kat dalam masih sibuk. Tapi tak banyak lah. Tinggal sikit. Malam ni boleh lah siap semua"- Alice

"Ohh emmm. Ok lah kalau macam tu. Esok kita keluar. Masa panjang so boleh la kita lama² sikit HAHAHA" - Daniel

"HAHAHA OK. TAKDE MASALAH" - Alice

Oh jadi sekarang mereka dah tambah rapat. Siap² nak pergi keluar bagai. Lepastu boleh² naik motor berdua

Daniel pun pergi. Alice masuk ke dalam kedainya

Ok tak pe.........

...............

*Author pov

Esoknya

Jam 8am, Daniel dah ada diluar rumah Alice

Mama Alice menjemput Daniel masuk

Hazygel dari tingkap hanya memerhati

Hazygel tertanya pertolongan apa yang Daniel minta kat Alice

Lagi satu, dari mana Alice dapat nombor Hazygel

Pelik

Tak lama kemudian, Alice dan Daniel keluar dan mereka pun pergi menaiki kereta Daniel

..............

*Hazygel pov

Cuti aku hari ni terganggu. Terganggu sebab si Alice tu lah. Entah pape entah. Berani² simpan nombor telefon aku tanpa izin.

Lama gila aku tunggu dia balik. Ni dah 3pm. Kemana ke jadah nya dia pergi dengan Daniel. Si Daniel ni pun satu, aku mesej tanya dia kemana dengan Alice. Bukannya dibalas

.........

*Author pov

Sebenarnya, pada mulanya Alice dan Daniel keluar sarapan bersama dan selepas itu pergi berjalan di taman dan bermain bersama budak² di taman itu. Selepas makan tengah hari bersama, mereka mahu balik tapi Leo menelefon Alice. Leo meminta Alice untuk menemaninya mengurus resort untuk hari ni sebab mereka sangat sibuk. Mama papa Alice pun di sana. Jadi Alice dan Daniel pun pergi ke resort milik keluarga Alice. Mereka membantu Leo menguruskan hal² pelancongan.

Bukan Sahabat (Completed ✅)Where stories live. Discover now