Kafeteria,19 Februari 20XX,
12.37 P.M
Splash!
Zafrel Aiman memeluk kemas beg galasnya. Cermin matanya yang terjatuh tadi diambil dari permukaan lantai. Dia mengetap bibir erat. Rambut dan mukanya sudah lencun basah akibat disimbah air oleh sekumpulan pembuli tadi.
Pelajar lain hanya mampu melihat dan bersimpati akan nasibnya. Mereka tidak boleh buat apa-apa kalau tidak mahu dibuli juga oleh kumpulan mereka, geng Raykal.
Hampir semua pelajar di kampus ini takut dan gerun akan kumpulan mereka. Sememangnya mereka sampah masyarakat di situ.
Aiman kemudian mengangkat wajah tatkala seorang gadis memandangnya tajam dan mentertawakannya dengan penuh sinis.
"Auww baby, look at your face. Kau rasa kau layak ke nak suka kat aku, huh? Kau tu layak duduk di bawah tapak kaki aku je!" Gadis yang bernama Elsa Nadira tersebut menunjal-nunjal kepala Aiman dengan kuat... Aiman hanya diam tidak berkutik. Tangannya semakin kemas memeluk kemas beg galasnya.
Kedengaran mereka mengekek ketawa.
Elsa tersenyum sinis lagi sebelum melangkah ke arah Raykal, teman lelakinya. Digeselkan tubuhnya pada tubuh Raykal sebelum memeluk lengan lelaki tersebut dengan erat.
"Guys, jom kita main satu permainan nak?" Zayyan, salah seorang daripada mereka bangun berdiri dan bersuara. Senyuman sinis diberikan kepada Aiman yang hanya menunduk itu.
"Permainan apa?" Soal Naura, seorang lagi perempuan di dalam kumpulan mereka tersebut.
...
Aiman tercungap-cungap berlari di sebuah padang yang luas. Bajunya sudahpun basah dibasahi dengan peluhnya sendiri. Dia sudah letih dan penat namun lariannya tidak boleh dihentikan.
"Kejar lagi kejar, Hahaha..." mengekek mereka ketawa melihat 'pemandangan' di padang yang luas tersebut.
Ternyata permainan yang dimaksudkan Zayyan tadi adalah berkuda, lainnya menunggang kuda sambil mengejar Aiman, budak nerd dan bodoh tersebut.
Sungguh mereka tiada sikitpun perasaan bersalah kerana melakukan hal sebegitu kepada Aiman. Tiada sekelumitpun perasaan bersalah membuli anak orang seteruk itu malah mereka bangga dapat menindas orang lemah seperti Zafrel Aiman. Mereka rasa mereka sangat berkuasa saat ini.
Aiman sudah tidak tahan, dari tadi dia berlari laju dikejar kuda yang ditunggang oleh Haikal Faisel, salah seorang daripada geng mereka.
Dia mula berasa pening namun dia terpaksa berlari. Lariannya sudah berubah tempo, semakin lama semakin perlahan. Manakan tidak, dia sedang berlari pada waktu tengah hari, panas terik matahari yang sedang terpacak di atas kepala pada waktu ini.
Sungguh mereka tidak berperikemanusiaan.
Sebarisan kerusi diduduki oleh kumpulan mereka yang terdiri daripada 5 orang, iaitu Raykal Nazrel, Elsa Nadira, Naura Milliya dan Zayyan Samuel. Mereka berada di tempat yang teduh, bergembira melihat Aiman yang dikejar kuda yang laju tersebut.
Elsa Nadira melihat Aiman yang semakin perlahan lariannya. Entah kenapa dia berasa bersalah terhadap lelaki itu namun cepat ditepis perasaanya tersebut dan dia kembali bergelak ketawa bersama geng pembuli itu.
YOU ARE READING
Mrs. Zafrel : Regret And Revenge [ EBOOK ]
Romance[COMPLETE] [NEW VERSION] [EBOOK 2024] #1 Her Series #Revenge Series "Her regret, His revenge." ⚠️PLAGIAT DILARANG KERAS ⚠️ #1 in [ betrayal ] - 04.08.21 #1 in [ karma ] - 04.08.21 #1 in [ dendam ] - 16.12.21 #1 in [ sayang ] - 16. 01. 22 ...