𝐑𝐞;𝐯𝐞𝐧𝐠𝐞 8

17.4K 1.2K 540
                                    

Ke...kenapa Tuan nak pecat kami? Apa yang berlaku terhadap syarikat ini?" Elsa pantas bersuara. Menyuarakan persoalan dan sekaligus bantahannya tatkala Tuan Khalid ingin memecat semua pekerjanya.

Tuan Khalid hanya memandang kosong ke arah mereka. Sesaat kemudian dia melepaskan keluhan perlahan. Sungguh dia tidak sanggup tapi apakan daya, keadaan memaksa untuknya berbuat sedemikian.

"Saya dah tak mampu nak bagi gaji kepada kamu semua. Syarikat ini akan muflis serta-merta..." balasnya sayu.

"Tapi atas sebab apa? Saya rasa tak ada masalah pun?" Suzi bertanya. Berkerut habis wajahnya pelik.

"Saya tak nak beritahu tentang ini dengan lebih lanjut. Minggu depan kamu semua tak perlu datang kerja. Sekali lagi saya minta maaf atas segala kesulitan,"

"Tapi, Tuan..." Elsa berkata lagi namun dicantas oleh Tuan Khalid.

Mereka semua berasa sedih. Sudah lama syarikat ini dibangunkan. Kenapa tiba-tiba sahaja?

"Itu sahaja untuk hari ini. Terima kasih." Pantas Tuan Khalid keluar dari bilik mesyuarat itu.

Hadir perasaan sedih dan risau. Nanti nak kerja mana? Sudah lah zaman sekarang susah nak cari kerja.

Elsa mengeluh dalam diam dan bangkit berdiri, dia kemudian turut keluar dari bilik itu.

"Kak Suzi," Elsa menegur Suzi yang sedang membancuh secawan kopi di pantri tersebut.

"Ya, ada apa Elsa?" Suzi mengambil tempat duduk. Begitu juga Elsa.

"Nanti kita nak cari kerja kat mana?" Elsa mengerutkan mukanya. Sedih dan risau. Sudah la dia perlu membayar duit sewa dan barang keperluan rumah lagi.

"Sabar la, inshaAllah rezeki kita ada. Akak akan tanya kawan akak dulu kalau tempat kerja mereka ada tempat kosong."

"Hurm..." Elsa hanya menggumam perlahan. Suzi kemudian menggenggam lembut tangan Elsa.

"InshaAllah, kita semua takkan menganggur. Akak takkan biarkan kamu semua menganggur. Akak sayang kamu semua..."

Elsa kemudian memeluknya erat.

The best senior ever.

˗ˏˋ ♡ ˎˊ˗



"Tuan,"

"Speak." Zafrel menyandarkan tubuhnya pada kerusi kerja yang empuk miliknya tersebut.

"Syarikat Tuan Khalid akan tutup serta-merta. Semua pekerjanya sudah dipecat. Rasanya Tuan dah boleh mengedarkan surat tawaran kerja,"

Zafrel tersenyum puas mendengarkan pernyataan itu. "Baik, edarkan sekarang juga." Zafrel kemudian mengangkat tangan. Faham dengan isyarat itu, pekerjanya mengundurkan diri dan keluar dari situ.

"Elsa Nadira... Wait for me." Zafrel senyum sinis. Dalam otaknya sudah fikir perbagai cara untuk menyeksa gadis itu.

Tunggu sahaja, Elsa. 

Mrs. Zafrel : Regret And Revenge [ EBOOK ]Where stories live. Discover now