𝐑𝐞;𝐯𝐞𝐧𝐠𝐞 6

17K 1.2K 115
                                    

🖤🖤🖤🖤🖤

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


🖤🖤🖤🖤🖤

Kalau nak harga diskaun, sila lah get ready di instagram author ya. Terhad kepada 20 orang terawal sahaja.

Apa ii update/ detail sila ikuti perkembangan author di instagram okies. 🖤

#jangancakapsistakpayung








"Ibu tak ada niat pun nak sorokkan hal ini daripada kakak..." terhenti bicara si ibu tatkala mendengar Elsa mengeluh kuat. Kecewa mungkin.

"Habistu apa? kakak ni siapa je? Kakak tahu kakak anak derhaka, kakak anak yang tak berguna. Kakak minta maaf sangat..." Mata Elsa mula berkaca-kaca.

Puan Sofi kemudian pantas memeluk tubuh anak tunggalnya dengan erat. Tak dapat ditahan air matanya juga saat ini, dia turut menangis...Dia menggosok-gosok belakang tubuh anak tunggalnya tersebut.

"Ibu minta maaf, ibu cuma tak nak kakak risau. Ibu tak nak kakak terganggu dalam pelajaran. Ibu tak nak menyusahkan kakak..." balas si  ibu lembut.

"Tak nak menyusahkan apanya, ibu? Kakak ni anak ibu, kakak patut tahu semuanya..." Elsa meleraikan pelukan mereka. Dia masih lagi tidak berpuas hati. Dia marahkan ibunya yang tidak beritahu akan hal mustahak ini.

Kanser paru-paru kot!

Takkan nak tunggu makin teruk baru ibunya nak bagitahu? Mujur lah dia terdetik untuk bertanya kepada Asyraf, kalau tak... sampai kesudah la dia tidak tahu. Elsa melepaskan keluhan lagi.

"Kakak..." panggil ibu bertujuan untuk memujuk anak tunggalnya tersebut. Kelihatan muka Elsa berkerut habis. Masih lagi tidak berpuas hati.

"Kakak tak kira, minggu depan kita pindah KL." Elsa berkata senafas. Dia ingin pindah ke bandar, dia ingin mencari kerja halal dan ingin menyara ibunya di ibu kota tersebut.

Dia ingin menebus kesilapannya yang sering mengabaikan ibunya selama ini.

Ibunya terdiam seketika. "Kenapa nak pindah? Tiba-tiba je?" Soal si ibu pelik.

"Kakak nak cari kerja di sana. Kita mulakan hidup baru di tempat baru ya, bu?" Elsa mengenggam kedua tangan ibunya erat.

"KL dekat tempat kakak belajar dulu ke?" Elsa terdiam.

Tak mungkin dia akan pulang ke kawasan tempat belajar dia dulu. Kenangan bersama Raykal dan mereka semua masih mekar di dalam fikirannya.

Mrs. Zafrel : Regret And Revenge [ EBOOK ]Where stories live. Discover now