Aiman menghembuskan nafas lega.Alhamdulillah...
Setelah penat lelah dia belajar tambah dengan ujian dibuli dan dipukul oleh pelajar lain, kini dia sudah tamat belajar di menara gading dengan jayanya.
Jadi, hari ni dia mengambil keputusan untuk rehatkan minda di pantai yang berdekatan. Aiman mengambil tempat di bangku berdekatan. Dia mengerling jam di tangan.
Sudah pukul 6.30 petang. Malam semakin menghampiri namun dia tidak mahu pulang ke rumah lagi kerana ingin mengambil angin dan merehatkan minda terlebih dahulu.
Tiba-tiba fikirannya melayang kepada gadis pujaannya, Elsa Nadira.
Haih.
Aiman melihat penampilan dirinya sendiri. "Aku tak layak dan tak sesuai dengan perempuan secantik dia..." Aiman menongkat dagu lalu menutup matanya. Tenang jiwanya mendengar bunyi kocakan ombak di sini.
Sejak daripada perselisihan faham dengan Elsa haritu, mereka semakin jarang terserempak antara satu sama lain. Begitu juga dengan geng Raykal. Mereka sudah jarang membulinya, hanya 'ringan-ringan' sahaja. Tidak seseksa dan sekejam seperti dulu.
Dalam hati Aiman, dia berasa sangat bersyukur kerana dia boleh lebih fokus dalam pembelajaran. Dia ingin membanggakan dirinya sendiri. DIa ingin menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupannya.
Aiman mencelikkan matanya setelah sekian lama. Sedar tak sedar matahari sudah hampir terbenam. Lekas-lekas dia bangun ingin beredar dari situ. Tak elok pada waktu senja masih berada di luar. Tambahan pula, tiada orang yang berada di pantai ini lagi. Semuanya sudah beransur pulang ke rumah masing-masing.
Aiman bangun dan melangkah ingin pergi namun tersentak apabila sepasang matanya melihat figura mereka.
Kelihatan Zayyan, Raykal dan Elsa sahaja kali ini. Mereka memeluk tubuh dan merenung Aiman.
Kali ini apa pula mereka ingin buat?
Aiman pantas berpaling ke belakang, ingin beredar dari situ dengan kadar segera. Dia sudah berasa takut.
"Opss, nak pergi mana tu, sial?" Zayyan berkata sambil menarik beg galas Aiman. Dia mengheret dan mendudukkan Aiman dalam keadaan melutut di hadapan Raykal dan Elsa.
Raykal menunduk dan menarik rambut Aiman sehingga terdongak kepala lelaki itu.
"Kau ingat kau boleh terlepas daripada aku ke, bodoh?" Soal Raykal tegas. Aiman semakin menggigil takut.
"Kau ingat lagi apa yang kau tuduh aku dulu?"
Aiman masih lagi diam. Nampaknya belum habis lagi fasal itu. "Aku tanya kau ni, sial!" Pang! Pipi Aiman ditampar kuat.
"Saya..." Aiman tergagap-gagap.
"Baby, I rasa kita kena pergi dulu. Tak ada orang kat sini lagipun dah nak malam," Elsa akhirnya berkata. Dia menyentuh tangan Raykal yang memegang rambut Aiman tersebut.
"No. I belum habis lagi dengan budak sial ni," Raykal menunjal dahi Aiman dengan kuat.
"Zayyan,"
YOU ARE READING
Mrs. Zafrel : Regret And Revenge [ EBOOK ]
Любовные романы[COMPLETE] [NEW VERSION] [EBOOK 2024] #1 Her Series #Revenge Series "Her regret, His revenge." ⚠️PLAGIAT DILARANG KERAS ⚠️ #1 in [ betrayal ] - 04.08.21 #1 in [ karma ] - 04.08.21 #1 in [ dendam ] - 16.12.21 #1 in [ sayang ] - 16. 01. 22 ...