𝐑𝐞;𝐯𝐞𝐧𝐠𝐞 2

20.3K 1.4K 203
                                    


Lamunan Elsa tersentak apabila Raykal mengusap kepalanya perlahan. "Masih fikirkan budak bodoh tu?" Soal Raykal perlahan tapi kedengaran tegas.

"Baby, you kena faham... I yang shoot dia masa tu. Kalau kena saman dengan keluarga dia macam mana?" Elsa mengenggam kemas tangannya sendiri. Cuba menghilangkan debaran di dadanya.

"Dia tu sebatang kara lah," Haikal menyampuk tiba-tiba. Elsa terdiam. Aiman sebatang kara? Ah, tak kisah lah sebatang kara ke apa, dia masih lagi takut. Dia rasa bersalah sangat.

Mujur lah panahannya tadi tidak mencederakan Aiman kerana Aiman terlebih dahulu terjatuh rebah dan pengsan.

Mereka berempat hanya tenang tapi tidak bagi Elsa. Dia tidak boleh tenang! Walaupun Aiman hanya pengsan, dia tetap berasa bersalah.

"Dia dah sedar," Naura yang baru keluar dari bilik kecemasan tersebut memaklumkan mereka. Elsa menarik nafas lega. Mula-mulanya mereka berempat tadi tidak mahu mempedulikan Aiman yang terkulai pengsan itu namun setelah puas Elsa merayu, baru lah mereka membawa Aiman ke hospital ini.

"Dasar perempuan sundal! Apa yang kau dah buat dekat Aiman, hah?!" Elsa yang baru sahaja ingin bertenang terkejut apabila seorang gadis datang menyerangnya secara tiba-tiba. Raykal dan lain-lain juga tidak sempat buat apa-apa kerana ia berlaku secara pantas.

"Auw..." Elsa terjerit kesakitan apabila rambut panjangnya ditarik kuat oleh gadis tersebut. "Lepaskan dia la, bodoh!" Naura pantas merungkaikan tangan gadis itu.

Pang!

Terjatuh hingga terduduk gadis itu apabila Naura bertindak menamparnya dengan kuat. Nafas mereka tercungap-cungap. Gadis itu kembali bangun dan merenung wajah mereka berlima silih berganti.

"Kau orang semua memang sampah masyarakat! Apa salah Aiman sehinggakan sanggup menyeksa dia sampai macam ni sekali, hah?!" Tangannya menunjuk-nunjuk ke arah mereka.

Raykal tiba-tiba tersengih. Dia menepuk tangannya. "Wow, aku tak sangka budak bodoh tu ada peminat juga ya, hahaha..."

"Tapi... Nampak sepadan juga kamu berdua ni. Dua-dua bodoh! Hahaha..." Raykal memandang jijik gadis itu atas bawah sambil tersenyum sinis. Ayat Raykal tadi membuatkan mereka ketawa terbahak-bahak. "Nice couple! Dua-dua bodoh, bengap! Hahaha." Haikal menambah rencah lagi.

"Kau..."

"Kau akan menyesal!" Gadis itu menarik nafas cuba menahan emosinya. Dia ingin menangis namun ditahan. Seketika tubuhnya ditarik oleh kawannya dan mereka pantas beredar dari situ.

Raykal hanya menjuih bibir dan mengangkat bahunya. "Jom blah. Serabut kepala aku," Zayyan berkata seraya merangkul bahu Raykal.

Elsa hanya diam di situ sebelum Naura menyentuh tangannya dan mengajaknya pulang. Elsa mengeraskan tubuhnya. Dia ingin melihat keadaan Aiman namun, apa pula yang akan diperkatakan Raykal nanti, kan?

Lagipun dia sudah bersyukur kerana Aiman sudah sedar dan selamat.

Naura kemudian mengheret tangan Elsa. Kali ini Elsa menurut.

...

"Kau kenapa berani sangat nak serang mereka?" Anis berpeluk tubuh merenung kawannya, Maisarah Nimra. Terkejut dia apabila melihat Maisarah menarik rambut Elsa Nadira di hospital tadi.

Mrs. Zafrel : Regret And Revenge [ EBOOK ]Where stories live. Discover now